Tulisan Fynn Jamal sangatlah menangkap jiwa. Kalaulah aku boleh menulis sehebat dia.
Aku penat berpura- pura bahagia
Aku penat sembunyikan air mata
Ingin aku luahkan rasa hatiku ini setiap detik
Namun tak ada yang cuba menghayati dan memahami
Aku penat memendam
Segala yang aku pendam kini tumbuh menjadi dendam
Manusia, kita mungkin serupa namun kita tetap tidak sempurna
Manusia, mereka tidak pernah cuba mengenali
Hanya tahu menghakimi dan membenci diri
Sakit hatiku kini tiada lagi yang mengerti
Hanya bisa berdoa hidupku tidak terus lara begini
Aku berharap bahagia datang menanti
Jika ia datang menghampiri takkan ku menoleh lagi
Tuesday, February 4, 2014
Pixie
Assalamaualaikum semua.
Waduh, lama rasanya tak menaip dalam bahasa melayu. Rasa omputeh sangat. Saja je taip dalam bahasa Inggeris sebab nak biasakan diri menulis macam omputeh. Biarlah grammar ke laut janji ada semangat nak improve.
Ok tajuk Pixie sungguh tak related dengan post belog. Mesti ada yang ingat aku nak bukak cerita pasal Pixie Lott. No no no. A BiG NO! Post hari ni bukan pasal Pixie Lott ke apa. It's going to be about novel Fixi. Haha tang tajuk tu bunyi je sama so I fikir why not Pixie. Cun apa.
Sebelum melencong lebih dalam tentang Fixi mai aku explain dulu.Perkataan Fixi ni diambil dari bahasa Inggeris yang bertajuk fiction. Novel Fixi ni kira novel fiction la. Menurut pandangan aku Novel Fixi ni novel hipster. Bak kata emak den "semuanya hipster, hipster tu apa? Hantu ke?" haha bagi aku hipster ni benda yang agak rare orang buat. Kalau orang kata "nak jadi hipster la" maknanya dia nak jadi rare or different. Itu pandangan aku la.
First time aku baca novel fixi ni tahun lepas. Ini terjadi sebab nak sangat ikut trend. Tahun lepas kan novel Fixi ni trend. Aku kan suka ikut trend. Suka sangat ikut trend walau benda bodoh pon nak ikut (benda bodoh bukan benda yang melalaikan ok). Janji nampak cool and ikut trend aku buat.
Novel fixi ni different. Setiap penulis dia mostly tulis benda yang relevan dengan dunia sekarang. Pernah waktu pertama kali aku baca aku macam terkezutt beruk jap sebab ada setengah novel tu pakal bahasa yang agak kasar. Lepas dah baca and fahamkan isi dan cerita barulah aku paham apa yang ditulis tu semua realiti. Bukankah realiti dunia sekarang ni kasar, pemarah, pembenci and so on. Mostly cerita dalam novel fixi ni ayat dan perkataan dia agak berbunga- bunga dan puitis. Kepada pengemar cerpen dan puisi macam ioulls ni haruslah baca novel fixi ni.
Inilah novel Fixi pertama yang aku mula baca. Tengok tajuk dah rasa buka ni interesting. Masa mula- mula baca tak teringat pulak aku yang "Chuck Taylor" ni adalah kasut Converse. Cerita ni interesting. Untuk orang yang pertama kali baca mesti rasa buku ni bodoh. Well to be honest at first pon aku rasa penulis buku ni kasar dan ganas. Bila dah baca sampai habis aku dah mula paham maksud tersirat dan tersurat yang ingin penulis sampaikan. Aku pon dah mula paham setiap karakter dalam cerita ni. Novel ni kisah playboy remaja. Semua yang diceritakan dalam novel ni sama dengan realiti. Pernah sampai satu tahap aku jadi terlalu emotional setiap kali aku baca babak Mira dan Hafiz. Siapa yang belum baca sila baca sampai paham.
Ini pulak novel kedua yang aku baca. Baru habis baca semalam. Bila tengok tajuk rasa macam pelik. Apa la terfaktab bagai ni. Terfaktab adalah tettt. Lu cari sendiri. Kalau semua aku bagi tahu tak adalah eleman misteri disitu. Buku ni menarik. Novel ni ada tulis cerita daripada beberapa penulis. Dalam imiginasi aku penulis- penulis ni semua muda, berbakat, kreative dan ranggi. Bab paling aku suka dalam novel ni adalah bab "Kenapa perempuan suka Bad Boy". Cerita ni relevant sangat ok dengan dunia sekarang ni. Cerita dalam novel ni boleh buat aku gelak dan menangis sorang- sorang. Awesome tu!
Girls fall in love with what they hear, boys fall in love with what they see. That's why girls wear make up and boys lie - Wiz Khalifa (ayat daripada bab favorite)
Okay aku rasa cukuplah aku mengarut pasal novel fixi ni. Kalau yang rajin bacalah novel fixi ni. Kalau yang malas membaca macam aku ni baca jugaklah sebab novel ni dijamin boleh memupuk minat membaca. Ok wa chow lu. Nanti ada nove best wa roger lu (ayat acah-acah taiko tai KL)
I'm Sharizad without the Dato. Apart from wanting to met with Harry Styles I also wish I own Januar Haikal 's living room. I'm am what I am. Not who you want me to be.
Pencinta musik dan puisi. Bukan pemuisi bukan jugak jurufoto. Hanya minat menulis dan mengambil gambar. Tidak pandai berkata- kata manis macam Nadhirah Brundage. Hanya pandai menjadi diri sendiri. Suka atau benci, terpulang.