Star beri cinta bab 4
Dua bulan telah pon berlalu setelah Zain pulang dari Jepun. Tiada apa yang Zain lakukan di rumah selain makan, menonton televisyen dan tidur. Zain tidak banyak melepak dan merayu kerana dia tidak mempunyai kawan dan kesempatan.
"Zain papa nak cakap sikit. Next week Zain akan mula kerja dekat company papa. So papa nak..
"Papa isn't it too early for me to start working in your company? Bagilah Zain masa lagi sebulan." Zain pantas mencelah tanpa memikirkan percakapanya.
Tan Sri Zainuddin membalas dengan nada kasar "what? Bagi masa sebulan? Untuk apa? Untuk terus duduk rumah, besarkan perut. Ok papa bagi masa 2 minggu untuk kamu rest. After that no more excuse young man." Tan Sri segera beredar tanpa menoleh kearah Zain yang seperti kebingungan.
Setelah seminggu berfikir Zain terus menyuarakan apa yang terbuku di benak hatinya. Kali ini Zain bertemu empat mata dengan papanya tanpa dipaksa. Tanpa melenggahkan waktu Zain segera menyuarakan hasratnya. " Ok fine papa. FINE! Zain akan kerja dekat company papa but I have one condition. Zain tak nak papa treat Zain macam anak papa. Dekat office just be professional. Just treat Zain macam pekerja papa yang lain. Easy brezzy right?"
"Cmon young man, cmon Zain. Kenapa papa tak boleh treat Zain macam anak papa at the office. Apa jadi pon at the end you still will be my son right? But kalau itu yang Zain nak I'm fine with it. Janji Zain kerja dengan bagus." Tan Sri Zainuddin seakan menurut saja kata- kata anaknya.
"Ok so next week Zain masuk kerja. Easy! I work with you and you be professional with me. Luar office Zain anak papa. Deal?" Zayn bersuara teruja.
Hari yang ditunggu telah tiba. Zain segera bersiap bagaikan tidak sabar untuk mula bekerja bersama papanya.
Awal pagi Puan Sri Kirana segera berbicara " aduh anak mama ini makin cakep. Mukanya udah cakep cuma kok mukanya serius gitu? Kan masih pagi.. Ayuh senyum dong." Puan Sri sangat risau melihat muka Zain yang sentiasa muram sejak disuruh berkerja dengan papanya.
Zain pantas membalas dengan nada marah. " good morning ma. Wait.... First thing pagi- pagi dah "ngomong" indonesia. Cakap melayu please and tadaaa.... I'm smiling now. Happy? Zayn berpura-pura senyum kelat bagi mengelakkan mamanya membebel.
Setelah hampir sepuluh minit mendengar mamanya berleter Zain bergegas mencapai beg bimbitnya nya. " I gotta go right now. Bye ma. Love you!"
Itulah kata terakhir dari Zain sebelum meninggalkan rumah.
"Assalamualaikum encik. How can I help you sir?" Kayla Iman memberi salam kepada Zain. Dia tidak sedar bahawa dia sedang bercakap dengan anak pemilik syarikat.
"Waalaikumusalam. Saya akan bekerja di sini. You tak tahu ke saya akan bekerja di sini. By the way, who is Kayla? Papa saya cakap Kayla akan jadi secretory saya." Zain segera bersuara dengan muka masam bak cuka.
"Ya allah, Encik Zain. I'm truly sorry. Saya tak tahu... Sa sa saya lah Kayla. Tan Sri tak pernah bagitahu yang Encik akan mula kerja hari ni. Maaf encik" Kayla berbicara gugup. Raut wajahnya seakan mahu menistiskan air mata.
Zain bermuka selamba. Dia tidak marahkan Kayla kerana dia tahu Kayla belum mengenalinya. "Owh so awak Kayla. Relax la. Tak payah takut dengan saya. Senang je kerja dengan saya. You buat kerja you. I buat kerja I. Easy"
"Ok Encik. Sila ikut saya sebentar. Saya nak tunjukkan office encik. Tan Sri pesan suruh saya tunjukkan semua tempat dalam syarikat ni." Kayla bertutur kata sopan kerana dia takut dia mengulangi kesilapan yang sama. Jikalau dia tersalah cakap sekali lagi mungkin reputasinya rosak di Sapura Kencana.
"Terima Kasih Kayla. Saya rasa biar saya tengok bilik saya dulu. Saya nak cuba sesuaikan diri kat sini. If I want anything I will let you know. Jangan takut dengan saya and ummm... jangan treat saya macam anak Tan Sri Zainuddin. Dekat office saya bukan anak dia. Understand?" Ucapan Zain kepada Kayla seakan memberi amaran.
Kayla sunnguh terkejut setelah mendengar kata-kata Zain. "ummm ok then Encik Zain. Kalau ada apa-apa just let me know. Saya keluar dulu. Lega sungguh hati Kayla apabila disuruh beredar dari bilik Zain. Pertemuan pertama dengan Encik Zain sungguhlah memalukan.
"OMG OMG Kay Kay... Ya allah Kayla. Siapa lelaki yang cakap dengan kau tadi. Alaaa, handsomenya. AHHHHH!" Najwa tiba-tiba datang tanpa memberi salam kepada Kayla. Najwa tanpa berselindung melompat kegirangan di hadapan Kayla.
"Kau jangan nak buat pasal menggedik depan aku. Kau tau tak lelaki yang kau gilakan tu anak boss kita. Anak TAN SRI ZAINUDDIN! Kayla segera menuding jari ke arah Najwa. Hari ini adalah hari pertama Zain bekerja. Tidak manis bagi Kayla untuk berbicara tentang anak pemilik syarikat kerana dia akan bekerja sebumbung denganya.
Najwa tersenyum sambil membalas " omg tu anak Tan Sri eh? Hari-harilah boleh jumpa. Muka dah la macam Lee Min Ho. Badan dah lah sado. Kenapa dia kerja sini. Patut jadi model je. Sifat gedik Najwa makin terserlah selepas mendengar suara dari bilik Zain.
"Pasal tu jangan tanya aku. I don't know anything. Ok aku kena sambung kerja. Hari ni hari first boss aku kerja so banyak nak explain kat dia. Kau pergi siapakan kerja kau. Menggatal lain kali eh" Perbualan meraka terhenti di situ kerana Kayla seakan mendengar jeritan dari bilik Encik Zain.
"Kaaaaaayla"
0 comments:
Post a Comment