Terima Kasih
Terima Kasih
Kau telah mengajar aku erti kepahitan
Sakit jariku tercucuk duri
Sakit lagi hatiku yang telah kau curi
Kau curi hatiku dan kau hiris bertalu- talu
aku di sini hanya mampu menangis tersedu- sedu
Terima kasih
Kau telah mengajar aku erti kepayahan
susahnya mendaki gunung Kinabalu
Payah lagi untuk memenangi hati kamu
Terima kasih
Tanpa kamu aku hanya bisa melamun
kerana kamu aku kini mampu bangun
Bangun meredah taufan
Bangkit melawan ketakutan
Lama tak tulis. Cara penulisan dah makin bekarat. Belum ada buah hati tapi puisi jiwang karat saja. Yang baca jangan menghakimi. sekian.
0 comments:
Post a Comment