Saturday, February 22, 2014

Ehh

Bukan harta yang aku cari
Harta itu duniawi semata
Tidak kekal lama
Tidak selamanya bersama

Cinta yang aku kejar
Sejak azali aku bermimpi
Hanya kasihmu ingin ku gapai
Berharap impianku tercapai

Hidupku sepi tanpa cinta
Ingin aku temukan sang pencinta hati
Tegaknya yang lain menari di atas
tangisan ku ini

Manusia

Manusia
Tamak seperti haiwan
Rakus tanpa belas ehsan

Manusia
Makhluk paling pantas menuding jari
Paling hebat mencaci maki
Tak pernah behenti sesaat
Biar fikiranya bercelaru
Asal bahagia laju menyeru

Terkadang hadirmu menyemakan fikiran
Terkadang handirmu menyentap hati
Aku biarkan.. Aku tidak hairan
Aku tahu ikut hati nanti mati.

Friday, February 21, 2014

Cantik

Cantik
Impian setiap gadis metropolitan
Wang ringgit bukan lagi halangan
Asal cantik lahirlah beribu pujian

Cantik
Yang cantik disayang sayang
Yang cantik dipuja puja
Yang buruk kau tendang tendang
Yang buruk kau label celaka

Cantik
Duniawi semata
Jangan kamu angkuh
Jangan kamu meninggi diri
Memang cantik terdapat di merata
Ingatlah kita semua ciptaan- Nya

Basikal

Basikal..
Pengganti kenderaan
Yang membantu aku kehadapan

Basikal
Peneman dikala bosan
Pendorong ketenangan

Basikal...
Hadirmu mengubah hidupku.
Dulu aku malas
Kini aku cergas

Basikal..
Tanpamu disisi aku resah
Hadirmu di sini aku ghairah.

Ingin aku selalu bermesra deganmu
Di waktu pagi, petang siang dan malam
Menunggang mu baik untuk kesihatan
Memberi kekuatan stamina dan badan

Perempuan

Ini kisah seorang perempuan
Nampak lembut diluaran
Hakikatnya dia kasar dan baran

Dia masih perawan
Punya hati punya perasaan
Terkadang nafsunya sukar dilawan
Keinginanya tak tercapai di akal fikiran

Tiap waktu menangis beribu sesalan
Dia bertanya kehairanan
Apakah ini cubaan
Apakah ini dugaaan 
Hanya berharap muncul keajaiban

Kecintaanya bermimpi
Bermimpi di siang hari
Bemimpi bertemu sang arjuna
Sang arjuna pencuri hati
Seperti di alam fantasi

Cinta

Cinta..
Ianya membahagiakan
Ia juga mengkhayalkan

Hebatnya kuasa cinta
Kerana cinta manusia alpa
Kerana cinta manusia lupa
Kerana cinta manusia hampa

Alpa pada identiti
Lupa pada realiti
Hampa pada infiniti

Saya nak cuti

Hatiku riang
Hatiku girang
Hatiku menang

Aku mahu terbang
Terbang bersama burung besi
Bawalah aku melayang.
Tenangkanlah jiwa dan emosi.
Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images