Suka
Muka tak berapa nak bahagia dan tak berapa nak sedih. tengah-tengah =()
Wah wah, sukanya saya menayang muka saya yang teramat hodoh tu kan. kan kan? Permulaan belog post dah terpampang muka hodoh saya. eh, saja je suka suki post gambar sendiri. Nanti tak letak gambar orang complain "balik-balik post gambar lelaki hot". tadi sempat jugak menjengah blog popular. Haniz Zulaikha punya. Tengok paper haritu "10 individu yang paling dicari di google Malaysia". Haniz Zulaikha adalah salah seorang daripadanya. wooow! Hebat gadis itu. yey, Justin Bieber di tempat kedua. Kecoh betul aku ni kan. Sebut nama Justin Bieber tu dah hampir setiap hari. sorry , terlalu obses sangat saya. Pasal Haniz Zulaikha tu hebat jugak dia sebab berada di tempat keempat. Si gay Adam Lambert dan bini Dato K tu dah kalah. Terkejut sekejap saya. yelah , selama hidup tak pernah pon dengar nama gadis tu tiba-tiba keluar surat khabar. Individu yang paling dicari pulak tuh. hebathebatgadis tu. oppss, hari ni sempatlah membaca blog dia. selama hampir satu jam membaca sempat lah diri saya membuat konklusi bahawa blog dia memang sangat menarik. Blog dia sangat padat dengan gambar yang lawa. Rupa-rupanya penulis belog itu pon sangatlah cun, camtik, comel dah berbagai lagi. Perghh, saya akan teruskan membaca blog hebat tersebut. manalah tahu nanti dapat idea menulis blog dengan lebih cemerlang. Haizz. masa oh masa. cepatnya kau berlalu. Taulah saya ni bosan. sekejap pon tak boleh tunggu ke. oklah tersayang saya dah terpaksa dah ni tutup cerita. Laptop manja ni pon dah bagi warning dah ni. karng kalau tak stop karang hitam skrin laptop ni. Maksud saya low battery lah. lembat betul pickup. byebye. nak keluar dah ni. Malam ni selamat menonton bola semuanya. "oiii, Malaysia you can do it, bantai Garuda tu cukup". byebye. nak tamatkan cerita pon setengah mati. Panjang berjela ayat.
wassalam
0 comments:
Post a Comment