Wednesday, January 9, 2013

Just Getting Started

Assalamalaikum semuanya.

Eh pejam celik pejam celik dah tahun, dah 2013. Pejam celik pejam celik dah 9 January. Tahun baru kali ini tak sempat nak belog jadi maafkanlah diri ini. Tengok mercun pong pang pong pang pon tak sempat sebab malam tahun baru dok terkejar boyfriend korea si Sang Hyuk. Haha sekali lagi maafkan lah ku tak bisa (tiba-tiba).

Tahun pon dah baru, azam pon ada lah yang baru. Ehe ayat tu setiap tahun macam sama je kan? Asyik ngabor je tapi buat nye idok juge. Allhamdulilah tahun baru ni masih bernyawa, masih bernafas dan masih sihat. Semoga diri ini dipanjangkan umur selamanya.

Allhamdulilah sekali lagi kerana tahun baru telah memberi rezeki baru buat diri ini.Sekarang ni dah dapat kerja dah. Sekarang ni diriku bukan budak lagi yang dianggap tidak matang dan tak pandai berdikari. Sekarang ni dah tak boleh dah bangun lambat duduk dalam bilik syok sendiri. Aha supaya tidak ada yang bertanya berkali saya beritahu. Saya kini bekerja sebagai guru tadika di Smart Reader Kids Damansara Height. Amboiiii amboii guru tadika bunyi tak berapa nak sedap kan? Ok fine I work as a "preschool teacher" (sebut slang british girl padahal lidah berbelit belit nyebutnya). Ok the fact that I will be working with kids forever kinda amaze me. Forever ke? Hopefully la kalau tak ada cabaran melampau terlampau. Bila fikir balik macam tak percaya je that I choose to work with kids for the rest of my life. Cerita dekat sekolah tak ada apa sangat la kan. Kalau nak suruh cerita pasal budak-budak semua memang sebulan tak habis. Dalam hidup ni bukan budak-budak je banyak kerenah tapi yang dewasa lagi 1000 kali banyak kerenahnya. 

Ok there goes my blog post in Bahasa Melayu. Rindunya menaip dalam bahasa melayu. Maklumlah sekrang dekat sekolah tu memanjang cakap bahasa inggeris berhabuk konon minah saleh celup. That all for today. 

Related Articles

0 comments:

Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images