Social network
Hello kawan-kawan yang kita suka! Aduuh, tak merancang pon nak post belog hari ni. Tak merancang pon nak tekan-tekan benda alah ni *tiba-tiba*. Nah ni gian menulis punya pasal lah ni. Ni lah masalah nya kalau dah gian menulis, dah tak tahu apa nak tulis pon pakai belasah je. Janji penuh blogger kita walaupun tak ada yang sudi baca. Kalau orang tanya dia masa-masa kosong saya apakah kerjaan saya? wah wah ayat nak lawa je kan? Banyak sangat! Lagi-lagi yang membabitkan laman sosial ni. Dalam bahasa Inggeris nya adalah Social network. Kepada yang tak tahu dan terkial-kial memikirkan sini saya tunjuk.Ini bukan social network yang saya sibuk-sibukan tadi. Ini saya punya dekstop wallpaper lah all. Benda ni pon nak tayang-tayang dekat belog. Lame!! Nampak gambar tu. Tu lah masalah kalau dah kegilaan terhadap pontianak ni kan? Sampai muka si kacak Steven Salvatore tu nak jadikan wallpaper. Saya ni memang sebegitu rupa. Pantang nampak mamat hot, segak lagi bergaya mulalah pandang mata tak berkelip. haha
Facebook
Macam-macam nampak dalan gambar tu kan. sorry kalau ada muka-muka yang dikenali di situ
Ini sosial network kita yang pertama. Masa awal tahun 2009 tengok semua orang buat benda alah ni saya pon sibuk-sibuk nak buat. Nasib reti guna. Wah wah sekarang ni dah tiap tiap hari dah menatap benda ni. Sampai aku naik bosan tengok benda ni, benda ni naik boring tengok aku. Hari-hari bukak benda ni bukan buat apa pon (tengok-tengok gambar, komen-komen sana sini, mengutuk orang). Mengutuk tu saja-saja tambah, padahal yang selalu kena kutuk tu diri sendiri -___-.
Twitter
Status mengarut yang sudah menjadi kebiasaan
Twitter ni pon mula buat pada awal tahun 2009. Buat pon pasal terbaca yang orang kata twitter ni paling ramai orang buat berbanding sn lain. Benda alah ni pon hari-hari saya login dan logout. Hari-hari tulis status. tulis curahan hati. Follow orang sana sini. Itulah kerja si saya kalau dah bertwitter ni.
Tumblr
Kecintaan ku sampai bila-bila- Justin Bieber, Dave Franco dan Dave Franco hitam putih
Sorry sebab gambar di atas tu macam tak menunjukkan tumblr dah. Malas yang teramat sangat nak menayang logo tumblr. Orang kata tumblr ni macam blog jugak lah kan. Lebih kurang lah tapi banyak orang suka post gambar daripada entri panjang berjela. Dalam belog biasanya semua post cerita emo terlebih tapi tumblr ni lebih kepada post gambar. Saya teramat suka tumblr ni. Dulu masa tak berapa pandai nak guna jarang-jarang jugaklah bukak. Sekarang mentang-mentang dah pandai hari-hari reblog post. hehe. Selalu bila kegilaan bertumblr datang saya seperti biasa suka reblog gambar lelaki-lelaki hot kacak segak lagi bergaya. Bukan reblog gambar lelaki je tapi reblog semua kecintaan dan kesukaan saya. *Gambar diatas menunjukkan bukti*
Blogger
Logo blogger yang dicuri dari Google !
Ni lah tempat nya kalau nak tengok kita menulis cerita kehidupan kita. Banyak benda kita selalu cerita dekat belog kita. Kadang-kadang dalam belog kita ni ada masa kita tulis coretan emo-emo. Bila datang waktu emo mulalah kita tulis merapu merepek semua dan lepas tu kita harap ada orang baca. Ada waktunya kita tulis moment membahagiakan dalam hidup kita. Masa tulah paling kita suka. Dah lah boleh cerita panjang berjela sampai lenguh tangan lepas tu tambah pulak dengan gambar comel comel segala. Dalam belog kesayangan kita ni megutuk orang lain dan manusia sangat kurang-kurang kita lakukan. Nanti marah pembaca sekalian semua. Perli-perli pon kita elak-elkan.
Banyak lagi social network dalam fikiran sekarang ni. Dulu mula-mula buat Myspace lah. Ingat lagi dulu semua dok sibuk tanya "ada myspace ka". Myspace saya ada lagi tapi account pertama dah rosak *geram teramat sangat*. Bila buat balik acc (singakatan bagi account) semua dah tak ramai guna dah. Perasaan menyesal tak sudah semua timbul bila buat acc baru. Sekarang pon dah tak berapa nak layan myspace-myspace ni. Benda lain pulak dah jadi trend tahun alaf baru ni.
Dah dah sudah. Tangan kita dah lenguh. Otak kita dah jam dah. Nanti kita tulis lagi. Esok sekolah rendah dan menengah mula. Sorang-sorang lah kita dekat rumah esok! bye tata :)
0 comments:
Post a Comment