Lazy bum
" A rainbow would not be without first the rain"
Salam semua. ADUH!! Kenapa dengan aku ni hah? Dari semalam malas, malas, ok MALAS. Tolong boleh tak? Kalau mood malas aku dah datang perhhh semua kerja tak menjadi. Tolong hilang kan mood malas aku boleh tak? Kalau ada sesiapa yang boleh tolong, terima kasih sangat sangat. Tahap malas aku ni macam dah kronik. Dari hari Isnin aku ni niat nak buat assigment tapi tangguh punya tanggu sampai hari ni tak buat-buat. Tambah pulak hari ni Microsoft Word buat hal. Dah lah aku ni tak pandai membetulkan sofware. Nampak gaya nya kenalah tangguh sampai malam ni. Itu pon kalau ada orang boleh tolong solve problem ni. Kalau tak ada nampak nya gigit jari lah aku malam ni. Haha. Kusut kepala! Bila niat nak siapkan assigment ada je halangan menimpa. Kalau assigment siap blog pulak buat hal. Bila nak buat tugasan tu ada je benda nak rosak. Ok, aku buat assigment memang selalu malas. BERblogging rajin pulak. Itu biasa untuk aku. Buat assigment berapa minit ja dah stress. Bila dah stress tu mulalah menyimpang ke Facebook, Twitter dan sebagainya. Kalau tengok tv tu sampai 5 jam pon tak apa. Tengok tv berjam-jam tak pulak rasa stress. Nak nak kalau pakai piring Astro. Macam-macam ada, habis cerita Indon, cerita Hindi pulak, habis cerita Hindi cerita korea pulak, habis cerita Korea channel E pulak, last-last cerita Arab pon aku layan. Haha. Hari ni belog pon pasal Microsoft ngok ngek tu la. Orang semangat nak buat kerja dia ting tong pulak. Kan dah tekan "new post".
Maaf, post hari ni memang tak ada motif langsung. Aku belog pon sebab malas nak buat assigment. Daripada aku tengok tv baik aku belog. Bolehlah jugak exersice kan tangan. Dari tadi macam nak dengar I want to hold your hand by The Beatles je. Addicted weyh. Aku layan oldies song jugak ok. Layan lagu ni pon pasal Glee semalam lah. Kalau si Fin yang bajet macho tu tak nyanyi lagu ni aku tak tak adalah addicted nak dengar lagu tu.
Ok. Must end my post now. Nanti kita tulis lagi. bye :)
0 comments:
Post a Comment