Saya suka makan.
Salam semua, lama dah tak berblogging kita ni ye. Kesian reader, penat korang tunggu. Hehe. Sekarang ni tengah merelexkan diri sekejap. Mid term exam baru habis pukul 12.00 tadi. Mid term exam je habis, assignment tak habis lagi. Malam ni ingat nak berehat sebentar. Esok kita sambung assignment kalau rajin. haha. Aduh, tajuk post tu ignore je. "Saya suka makan". Tajuk tu ada sebab nak cantikan belog je tu. Nak kata saya ni pemakan tu, tak de lah sangat. Tapi you all, hari ni memang nak cerita pasal makanan. Dah, jangan exited sangat korang. Tengok gambar ni dulu. Lepas dah tengok nak exited ke hape, lantak pi korang lah. haha.
Sushi- sekali ngapp rasa nak lagi.
Gambar diatas dicuri di tumblr. gah.
Nampak gambar besar dekat atas tu. Buat yang tak tahu makanan tu namanya Sushi donggg. Sushi tu adalah antara makanan yang saya suka. Sebelum reader tanya kenapa saya suka makan sushi, sini saya tolong jawab. Saya suka sushi ni sebab sejak akhir-akhir ni rasa bentuk dia macam comel. Dulu-dulu suka sushi ni sebab obsess dengan lelaki jepun. Annoying kan? Pasal lelaki boleh terjatuh cinta dengan makanan. haha. Tapi sekarang ni pasal lelaki korea dan jepun ni dah tak ambik port dah. Eh, korang sedia maklum lah saya ni kan dah jadi Belieber. Orang kalau dah jadi Belieber ni, mana pandang dah lelaki lain. Adessssssss, ayat. haha. Dah, dah.. Karang kalau dah story pasal Bieber boleh buat novel bersiri dah. Ok kita stop dulu sampai sini.
P/s- Post hari ni hanya untuk banyakkan entri sahaja. Langsung tak ada tujuan menulis.
0 comments:
Post a Comment