One Night In Paradise
Sebelum membaca sila abaikan tajuk post. Aku tidak akan beritahu kenapa tajuk nya sebegitu rupa. Aceh, kalau nak tahu cuba teka sendiri. Siapa teka betul dapat sticker Angry Bird. HAHAHAHA :)
Assalamualikum uolls. Aiyooo walaupun dah diajar untuk tidak menggunakan perkataan uolls masih lagi gatal nak menggunakannya. Bila cakap uolls tu uolls ni rasa kelakar pulak. Rasa comel pulak. Sudah, abaikan pasal uolls tu. Allhamdulilah, assignment dah dan presentation dah habis. Pengakuan jujur.... Assignment semua buat last minutes konon sibuk macam suri rumah jaga anak 5. Aku tahu tak comel pon tulis ayat macam tu. kahkahkah *saja gelak bunyi macam tu sebab dengar cerita ada budak gelak macam tu*.
Pejam celik pejam celik menggunakan mata sepet rasa kejap je dah last semester. Acehh, tiba-tiba rasa bangga pulak sebab dapat belajar sampai last semester. Ey, bukan semua orang tau dapat habiskan belajar sampai last semester. Ada jugak yang belajar sekerat jalan kononya pasal tak tahan presure padahal sebab belum belajar subject stress management. Saja je bubuh subject stress management dekat situ sebab teringat presentation aerobic semalam. Okay, tak payah lah aku cerita pasal presentation aerobic semalam. Cukup sekadar aku kata ianya sangat awesome walaupun aku tahu aku menari macam kayu. Aha, sukanya sebab lagi 2 minggu dah nak habis semester akhir. Aku tahu perkataan semester akhir sungguh skema bunyinya, padahal selalu sebut last semester. Suka tu suka jugak tapi takut jugak lepas sebulan keluar dari college aku menangis macam budak kecik sebab rindu suasana college.
Minggu ni presntation and assignment habis dan pada masa yang sama banyak benda berlaku. Rasanya cukup sekadar aku beritahu sesuatu yang berlaku pada minggu ini sangat menyedihkan. Tak perlulah ada yang menyibuk tanya kenapa dan mengapa. Kalau aku nak aku pandai- pandailah aku cerita. Sudah cukup, aku tidak mahu lagi bercerita tentang perkara tersebut. nanti tak pasal-pasal aku menangis dan orang ingat aku gila sebab menangis tapi tak nak cerita kenapa. Ewahh, bahasa tu tak boleh lagi skema ke? hahaha, gelakkan diri sendiri.
LOL. Sering menaip perkataan LOL tanpa tujuan walaupun tahu kadang tiada perkara yang kelakar. Instead of saying laugh out loud all the people asyik cakap LOL. lagi pelik bila orang itu sepatutnya gelak depa pi cakap LOL. Aihh, dah panjang sangat ni tulis. Kalau sambung tulis lagi, kang tak pasal-pasal tertulis benda mengarut bluek bluek bluek. Bye. Till we meet again on the next post.
LOL,
0 comments:
Post a Comment