Lelaki eksistensial
Hello kakak adik abang tuan puan pembaca sekalian.
entahlah kenapa. Rasa macam dah bertahun tinggalkan belog ni. Rasa macam dah berhabuk. Beberapa hari lepas ada berita pasal flight MH370.Tak tahu nak describe macam mana benda tu terjadi. Aku banyak dengar cerita pasal flight tu tapi tak nak lah cerita benda yang tak pasti. Nanti kena bahan teruk punya. I sebenarnya sedih sebab I rakyat Malaysia tapi I tak dapat tolong orang dalam pesawat tu. Allhamdulillah sebab I masih lagi diberikan kudrat untuk doakan mereka.
Ok dah lari dari topik dah. Sebenanya I tak ada mood nak cerita pasal semua benda. Rasa macam otak ni semak sangat. Kalaulah ada jejaka yang boleh hilangkan kesemakan ni. Hamboiiii melaupau pulak berangan.
Ceritanya sebenarnya pasal novel fixi la. ketagih punya pasal aku dah beli 6 buah buku Fixi. Haiyoo tu lah orang kata addicted kan? Buku ketiga aku baca tajuknya Lelaki Eksistensial.
I tahu yang cover buku ni dah memberitahu bahawa buku ini tidak senonoh dan lucah. Selalu orang kata "don't judge the book by it's cover" tapi tajuk ni memang dah mengambarkan cerita dia. Buku ni sequel kepada novel Awek Chuck Taylor. Kalau tanya I, I rasa ACT lagi best sebab jalan cerita dia lagi ekstrem. Ekstrem tu maksudnya lebih menonjol la. Novel ni best tapi character dalam cerita ni agak plain. Macam ACT cerita ada jugak menceritakan pasal perempuan-perempuan bodoh yang senang kena kencing dengan lelaki. haha kencing mean tipu ok. Kalau budak sekolah rendah baca mesti dia ingat lelaki kencing kat perempuan tu. OMG, what am I talking about ewwwww geli. Benda yang aku paling salute pasal lelaki dalam novel ni adalah dia boleh takel awek dengan begitu mudah. I admit yang mamat misteri ni tak lah semacho si Hafiz dalam ACT tapi perempuan toleh kat dia jugak. Ending cerita ni bahagia. Sorry sebab spoilkan cerita. I eksited sebab ni first time I baca novel fixi yang happy ending.
Ok sudah cukup sudah. Cukup sampai di sini saja. Sekarang tengah syok baca KL Noir. Nanti dah habis I tulis review.
0 comments:
Post a Comment