Tulisan tanpa motif
Salam lovelies!
Ini gambar cinta hati dalam mimpi saya. Saja tayamg bagi semua gadis berbalah. Biar yang tengok hatinya tercalar.
Maaflah kawan, sekejap tulis bahasa melayu sekejap tulis bahasa omputih. Tulis satu bahasa dah mainstream. Kita kan hipster so haruslah tulis bahasa campur aduk kuah rojak. HAHA padahal pendiriaan selalu tak tetap. Hipster lah sangat.
Lama tak menaip belog cerita saya ini. Rindu nak berkias kias beromantis beromatik dekat sini. Paling rindu nak beremosi berdrama dekat sini. Maklumlah drama televisyen petang petang makin bosan. Baik aku tulis drama dunia sendiri. Boleh hiburkan hati yang lara ni. Amboii dalamnya.
Jujur aku tak tahu apa motif tulisan kali ini. Apa pun motif nya aku nak tulis jugak. Orang suka ke tak suka biar lantak. Biar mati hatinya. Perghh dalam lagi.. Okay kita mula cerita.
Situasi semalam dekat Guardian.
Abang lada hitam (aku jahat aku tahu) : awak from Indonesia?
Aku: Tak, saya orang KL.
Hatiku membara. Sungguh memabara. Bukan aku kata orang Indonesia tak bagus tak cantik. Aku geram je sebab orang selalu tak rasa aku ni melayu. Kalaulah dia cakap "Muka you macam Revalina, you dari Indonesia ke?". Haih confim senyum sampai telinga baju koyak rabak. Ini bukan kali pertama orang ingat aku Indon. Dah beberapa kali jugak. Nasib hati mampu sabar. Mulut masih boleh pura-pura senyum.
Cukup berdebat pasal Indon. Nanti ada pulak yang makan dalam. Dalam sedar tak sedar lagi lapam hari aku nak terbang ke China. Memang dari June hati ni meronta- ronta mahu terbang haihh. Barang tak packing satu habuk pon. Biar lantak. Apapun doakan aku selamat pergi dan selamat pulang
Sampai simi dulu coretan hambar sabtu saya. Tangan dah kebas menaip. Jumpa nanti. Kalau ada puisi baru nanti aku publish. mood lari sekejap. Buhhbye!
0 comments:
Post a Comment