Sunday, May 4, 2014

Bila jumpa artis

Ini cerita petang ini. 

Jujur. Aku suka tengok orang khawin. Suka tengok orang bahagia. Kalau pergi majlis khawin tak suka. Sebab tu jarang nampak batang hidung aku kat majlis khawin. Kalau khawin sedara aku pergi lah. Bila pergi orang khawin pon makan, tengok pegantin lepas tu balik. Jangan ingat aku pergi majlis khawin Glam anak dato Tan Sri je. Aku malas pergi anak siap pon khawin. 

Hari ini hari yang menakjubkan. Aku ke majlis khawin uolls. Majlis khawin sedara mak aku. Bukan sedara dekat pon. Pernah jumpa 2 3 kali je.

Last ibunda berdialog: "hari ahad depan adik One tu Khawin. Mak pergi nak ikut?"

Actually One dalam dialog dengan mak aku tu kumpulan Forteen. Aku ni pantang dengar retis ke adik retis khawin nak je ikut. Aku kata aku tak suka pergi orang khawin tapi kalau retis khawin aku laju. 

Masa majlis aku dengan tak malunya menunjukkan muka exited. Dari pagi harap boleh jumpa Izzue Islam and dapat makan nasi Briyani semeja dengan dia. Hamboii over gila. Sampai sana tengok si Izzue tak ada. Tapi tengok siapa yang ada....


Dari kanan: Ariz Lufiaz, Ridzuan Sharifuddin dan Ameer Amirrais. 

Okay maaf kalau muka I sangatlah menjengkelkan. Jantung dup dap dup dap dapat gambar dengan retis.

Cerita tak habis lagi. Masa Ioulls nak balik tu konon buat buat lah nak lalu ambik pengantin. Konon. Padahal nak lalu meja Forteen mintak nombor haha. Melawak je. Lepas ambik gambar pengantin dengan muka tebalnya mintak ambik gambar kali kediua dengan Ameer and Ariz. 

I: saya nak balik dah boleh ambik gambar? *muka berdebar macam diri sebelah Obama*

Ameer: Nak selfie ke nak gambar?

I: anything *lagilah gabra gila khinzir*

Guess what? Lepas tu Ameer terus ambik my phone and selfie. Whateven. I'm speechless. 

Hambik kau gambar selfie aku dengan Ameer Amirraiz. Habis dia tekan handphone aku sampai I naik malu. Siap dengan mimik muka bagai. Saja nak bagi fikiran ku tak keruan.






Sila abaikan muka aku yang macam ayam berak kapur tu.

Lepas dah selfie dengan Ameer terus pergi selfie dengan Ariz Lufias. Masa mula tengok Ariz ni macam malu-malu. Dia macam tak banyak cakap. Entahlah I bukan peminat tegar Forteen so aku I tak berapa nak tahu. Nah gambar dengan Ariz. Lupa nak suruh Ameer kirim salam dengan Wak Doyok haha.




Maaflah kawan. Gambar dengan Ariz semua tak jelas. I yang pegang handphone so cuba bayangkan bila tangan orang nervous pegang handphone. Menggeletar rupa apa. Post gambar ni buka sebab nak tunjuk muka. I  ni rupa pon tak hada. Saja post nak bagi pembaca sentap. Hahahah

Lain kali kalau nak aku pergi majlis khawin undanglah Artis. Kalau ada retis adalah aku. Bye

Related Articles

0 comments:

Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images