Monday, September 23, 2013

I'm stupidly cool


Dress: Topshop, Flats: Zara, Bag: Coach, Bracelet: Bali, Watch: Toywatch and One Direction phone cover.


Assalamaulaikum pembaca sekalian. Aku tidak pasti dan yakin ada yang membaca tulisan aku dalam blog ini. Kali ini aku sengaja menulis dalam bahasa melayu. Bila tulis dalam bahasa Inggeris tatabahasa dan ejaanya selalu salah. Aku bukan berputus asa. Aku cuma lemas. Setiap kali aku cuba menulis dalam bahasa inggeris pasti ada yang mengkiritik bahawa grammar aku tak betul. Mereka mengomen seolah-olah aku ni hanya belagak menggunakan bahasa omputih tu. Sudah cukup sudah. Manusia memang begitu. Bak kata Finn Jamal

"Suruh kita tengok hati dia dah kecik katanya. Suruh kita tengok persaan dia dah calar katanya. Asyik kita menengok, jaga. Yang kita punya terlanyak-lanyak ni ada orang tanya".

Dari minggu lepas lagi hati aku dah memberontak dah nak blog. Aku tak jadikan blog ini sebagai diari. Aku tak rasa aku boleh update hari-hari. Aku hanya nak luahkan isi hati dan perut.

Tinggal lagi 2 bulan aku akan berusia 21 tahun. Umur aku makin meningkat tapi tak rasa macam umur aku berubah. Aku rasa sama je. Bila aku nak something aku  masih merengek sampai aku dapat. Haha aku tahu dalam bab tu aku tak berapa matang.

Sejak akhir-akhir ni aku rasa masalah macam datang berbakul- bakul pada aku. Ok kalau gambar Harry Styles datang berbakul- bakul aku terima la. Ini masalah, macam mana aku nak terima? Mungkin bagi orang lain itu bukan masalah and orang indon kata "perkara speler". Kalau nak suruh ceritakan masalah aku sampai tahun depan pon tak habis.

Aku mengaku kadang- kadang aku rasa menyesal dengan keputusan yang aku ambik. Tak perlulah aku jelaskan keputusan apa yang aku dah ambik. Dulu aku masa aku ambik keputusan tu aku tak fikir susah atau senang. Aku tak pernah fikir bolehkah aku handle semuanya. Aku just fikir effect dia di masa hadapan. Bila aku buat keputusan apa- apa aku selalu fikir macam mana orang pandang aku nanti. Aku ni macam Mira dalam Awek Chuck Taylor sebab aku selalu nak nampak cool. Kadang- kadang aku tak sedar betapa susahnya nak handle satu situasi. Aku buat sebab nak nampak cool. 

Now aku sedar jugak manusia ni boleh buat benda paling bodoh sebab nak nampak cool. Aha ini hanya luahan hati aku. Kalau lepas ni ada orang nak judge aku well aku tak kisah. Ok kalau aku menangis berbakul- bakul orang tak nampak. So hari ni aku type lah berbakul- bakul bagi memuaskan nafsu aku.

Dah panjang menggila dah post aku kali ni. Nanti kalau aku nak nampak cool aku tulis lagi. Mihmihmih.

Related Articles

0 comments:

Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images