Sunday, June 8, 2014

Beijing part 1

Salam. Hari ni baru balik dari Beijing. So tercutus lah idea untuk blog pasal summer holiday in Beijing. 

Flight dari Malaysia pukul 6.00 petang. Macam biasa Malaysia Arlines tetap jadi pilihan waktu mahu terbang ke Beijing. Aku kalau suruh sembang pasal holiday aku exited menggila. Pergi Beijing ni 5 family. Yang baca mesti terkejut beruk kan. So sebabkan family besar pergi sekali so kita ikutlah tour agency. 

Bila sampai Beijing International Airport aku terpana sekejap. Seriously airport dia besar teruk. Even though aku dah pernah jejak Hitro Airport ( Airport terbesar dunia) aku masih kagum tengok airport kat negara Cina. Sini aku bagi gambar.





Tak banyak gambar ambik dekat Airport sebab kita rushing nak balik hotel. Ye lah sampai pon dah pukul 12.30 time membuta. 

Masa first time naik bas tengok Tour guide rasa macam akward sekejap. Tengok cara dia interect dengan kita macam tak havoc haha. Tour guide kita nama Steven. Lepas masuk bas dengar dia cakap omputih memang pulun gelak. I tau I jahat sila sepak bila jumpa. Dalam hati macam "dia ni akan jadi tour guide untuk 5 hari? Biar betul?" Yelah masa tu belum kenal luar dan dalam. Kalau nak sepak lagi sekali sangatlah dibenarkan.

Lepas sampai Airport terus gerak Hotel. I tinggal dekat Sunworld Hotel. Sunworld hotel ok. Jangan pulak jadi I terconfuse dengan Sunworld Dynasty Hotel. SDH tu tempat orang kaya manyak fulus. Sunworld hotel ni hotel 4 bintang. Kalau kat Malaysia ala ala holiday inn la. Walaupun hotel 4 star aku rasa macam hotel ni luxury gila. Bilik dia cantik teramat sangat. Paling penting hotel ni ada free wifi. Dekat Cina ni susah nak dapat free wifi. Bukan macam kat Malaysia main key in password. So kalau dapat wifi kat hotel  tu macam dapat air setelah separuh hari tak ninum la. Sini gambar hotel.





Cantik je hotel ni kan? Kalau kat Malaysia hotel ni kira macam hotel Pan Pacific la. Siapa duduk Sunworld Dynasty Hotel tu kira macam kaya gila la. SDH tu kat Malaysia rasanya macam Tanjung Rhu lat Langkawi.

Ok actually banyak lagi nak post pasal trip to Beijing tapi pelan- pelan dulu. Nanti tulis part 2 pulak. Takut tulis banyak cramp pulak blog I. Hihi

Related Articles

0 comments:

Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images