Monday, June 9, 2014

Beijing part 2

Salam semua. Semalam dah janji nak post part 2 kan. Nah sebuah! Honestly sebelum aku pergi Beijing ni aku tak banyak tahu pasal tempat-tempat kat sini. Yang aku tahu pon Great Wall of China and Forbidden coity. Hari tu orang tanya Summer Palace tu tempat apa aku pon ternganga bingung nak explain apa. Aku tahu apa yang aku tahu pon sebab tempat tu ada dalam cerita cina. Weyh, Mulan kan belakon deakat Forbidden City. Kalau tak tengok haram le sampai Beijing pon tak tahu apa. Nampak sangat bukak internet layan benda mengarut. heh!

Ok kalau datang Beijing harus visit tempat bersejarah. Beijing bukan tempat shopping okay. Kalau khawin anak cucu sultan maybe sesuai kot shopping sini. Seriously bangunan lama kat sini semua cantik teruk ok. amboii bahasa. Siapa yang tak suka lawat temple or bangunan lama pon automatically akan terpegun bila lawat tempat-tempat ni.

First Day





First tempat I visit is Giant Panda Zoo. Seriously kalau orang tanya pasal tempat ni aku memang tak recommend langsung suruh pergi. Tempat ni memang la ada Panda tapi bosan. Kalau perhati betul- betul nampaklah Panda tidur terbongkang. Kalau dok lepa confirm tak nampak apa. Tak payah tengok Panda. Tengok I je. I lagi comel dari Panda. Lagi pun I tak makan orang. Lu orang tak Payah basir masa pergi Beijing  sebab Malaysia dah beli Panda berjuta ringgit. Lepak Zoo Negara sudah.

Habis visit Panda Zoo kita pergi. Summer Palace. Summer Palace ni cantik sangat sebab ada tasik. I kan hantu air. First time jejak sini nampak berduyun manusia. Serabut aku! Nasib view dia tak mengecewakan. Kalau bagi peluang duduk sini setiap petang aku pon sanggup. Lepas dah explore Summer Palace. Sorry gambar simpan dalam camera digital.  Dah habis berjakun dia Summer Palace pergi pulak masjid kat negera cina. Fayuan mosque namanya. Dekat Beijing ni tak ramai Cina so masjid kat sini sangat kurang. Fayuan mosque ni kira masjid baru jugakla. Bila datang sini teanag je rasa. Masjid pon bersih. Nah layan lah gambar sikit.






Day two

Hari kedua pergilah Forbidden city. Tempat ni memang aku dah dengar sejak dari Malaysia lagi. Dengar jelah tapi tak tahu menahu pon ni tempat apa. Bila dah sampai Beijing baru lah aku tahu yang ni tempat emperor dulu-dulu tinggal. Bangunan dia cantik gila. Besar gedabak ok. Kalau istana raja kat Malaysia ni cantik macam ni confirm aku dah ngorat cucu sultan. haha Dekat sini paling banyak selfie melfie. Mentang- mentang sekarang dah pandai main batang. Batang yang aku maksudkan adalah monopod ye. Otak tolong jangan mereng. Orang kat Cina jarang nampak monopod sebab tu bila nampak aku pegang monopod bantai gelak macam tengok lawak ke Derr. Padahal orang cina yang cipta monopod tu. Hairan kak jah! 

Nah gambar 5 bijik.






Sempat jugak lawat Niujin mossque masa kat Bejing. Niujin mosque ni adalah masjid paling tua dan lama dekar Beijing. Kat sini rasa paling tenang sebab tak de berjuta manusia. Rasa nak tinggal je sini. 



Day 3
Allhamdulillah hari ketiga di Beijing dapat pergi Great Wall Of China. Great Wall of China termasuk dalam 7 Wonders of the Worlds. Setakat ni aku dah visit 2 WOTW iaitu Borubodor in Yogakarta dan Great Wall. Great wall ni tinggi dan aku rasa paling happy bila dapat sampai ke puncak. Untuk sampai ke last tower kena harungi 8 tower tapi aku sekeluarga naik cabel car. Sampai tower 7. Kau gila nak panjat dari bawah. Panjant Batu Cave pon dah separuh nyawa. Benda yang aku tak boleh lupa bila dapat selfie dekat puncak tertinggi kat Great Wall. Best gila. Sampai anak cucu akan ku kenang. 






Hari ketiga jugak aku pergi Olympic Village. Tujuan utama pergi sini adalah untuk lawat Bird Nest Stadium. Dalam Stadium tak boleh masuk. Stadium ni tempat buat Olympic pada tahun 2008. Tempat ni sangatlah cantik. Sekitar tempat ni banyak orang jual barang. Dekat sini jugaklah aku tertipu. Cerita bermula bila aku nampak Mickey Mouse. Aku bila nampak Mickey sajalah konon nak ambik gambar. Habis aku ambik gambar pakai Instax, pakai handphone lepas 2 kena tipu. Lepas habis ambik gambar aku kena tipu 10 Yen (RM 5.00). Kalau tahu kena bayar tak lah aku sakan nak ambik gambar. Baik aku pergi Hong Kong Disneyland kalau tahu kena bayar. Yang baca jadikan pengajaran ye.



Itulah serba sedikit yang aku boleh huraikan tentang tempat yang aku lawat dekat Beijing. Nanti aku cerita lagi dalam part 3. Mungkin part 3 part paling last. Aku akan cerita pasal makan and shopping in Beijing. Jumpa nanti.

Related Articles

0 comments:

Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images