Friday, May 15, 2015

Mollydooker's coffee

Salam. Semakin hari semakin banyak membuang masa di kedai kopi urban. Entah semenjak dua menjak tiga menjak ni suka sangat buat review pasal restoran or kafe yang I pergi. Ada orang sentap and rasa aku ni belagak sebab sibuk nak menunjuk gambar makanan overprices. Yang itu aku tak nak komen apa-apa. Aku nak tengok sahaja.

 Malam ni aku "leypark" dekat Mollydookers Coffee Bar. Perkataan leypark itu adalah tujuan menyindir yang berkenaan. Aku sungguh jujur hari ni. Siapa makan cili terasa podasnya. Kedai kopi ni agak simple interior dia. Actually dulu kedai dia kecik je depan Chef & Brew dekat Bukit Damansara. Sekarang pon masih located dekat Bukit Damansara tapi dah tukar dekat sebelah kedai Kita Kita (kedai batik). Cafe yang baru ni lebih besar and selesa. Yang dulu punya macam too small and kalau lepak situ rasa macam ikan sadin sangat.

Macam aku cakap tadi, kedai ni interior dia sangat simple. The interior design is similar to Podgy and The Banker. Kerusi kayu and konsep perabot minimal. Banyak benda- benda bewarna putih dan itu memudahkan aku untuk mengambil gambar bajet lawa. Kalau dah sebut pasal cafe review haruslah review pasal menu kat sini. Kedai ni speciality dia kopi. So kalau datang sini wajib minum Piccolo Latte dia. Kalau pencinta kopi macam aku ni dah tentu-tentu tak kisah kalau minum kopi pahit. For me when I drink coffee, the bitter the coffee the better the coffee will taste. Kedai ni ada jugak jual taco and salad but I never had a chance to try it. Dah datang pon lepas dinner perut larat minum kopi je. Sebagai desesrt untuk hari ni I ordered Chocolate Praline cake (kalau tak silap). The cake was delicious and highly recommended. Tak terlalu manis macam penulis belog. hahaha meroyan gila statement. Nah, tataplah gambar bajet lawa sedikit. Jangan meleleh air liur basi sudah.




Tolong jangan tanya kenapa gambar aku semua ada Kinfolk. Berbuih dah mulut menjawab.



Sorry la. Syok sangat ambik gambar sampai tak sedar gambar resit sekali terselit. Jangan label saya si poyo berlagak kaya.



Berjuta gambar ambik tapi rasanya tak ada satu pon yang lawa.


Gambar atap kedai tetap menjadi pujaan. Syok ambik gambar kopi lupa pulak ambik gambar kedai. Ni kena datang lagi ni. Alasan basi sangat.

Ok lah pujaan hati. Sampai sini sajalah coretan saya ya. Untuk pengetahuan semua lagu Kun Anta by Humood Alkhudher masih lagi bermain dalam fikiran saya. Bye

Related Articles

0 comments:

Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images