Wednesday, May 13, 2015

Dulu sampai sekarang

Assalamualaikum. Hello.

Sedar tak sedar dah nak masuk 8 tahun dah aku dalam dunia belog ni. Dulu buat belog ni kengkonon ingat belog macam diari la. Kengkonon boleh lah curah isi hati terpendam. Konon je tapi sampai la ni tak ada orang baca belog picisan I ni. Semakin hari semakin banyak benda berubah. Dalam dunia blogging pon semakin banyak benda berubah. Untuk aku sendiri aku rasa cara penulisan aku makin baik. Aku dah pandai nak tulis benda yang perlu sahaja. Kalau dulu main canang kat orang segala benda yang terjadi dalam hidup. La ni idak doh. Cek pandai dah cover line. Cerita yang mana perlu je la. Belog I ni tak lah sehebat belog Kak Paten, Kek Nis and Kak Yuyu tapi boleh la. Gambar dalam belog pon tak sekacak gambar Aizul Marcello. Tulis belog pon untuk diri sendiri. Siapa je yang baca. Kalau ada silence reader mohon tampil ke hadapan. Jom kita imbau balik blog post dari tahun pertama sampai sekarang ni.

2008- Inilah tahun pertama I buat belog. Entah masa tu tak tahu kenapa nak buat belog. Time tu belog ni macam benda yang tengah in la. Biasa nama pon Sharizad. Apa orang nak buat dia pon nak kena jugak buat. Tahun 2008 tahun gila kpop. Ingat lagi post semua pasal artis kpop je manjang. Gambar pon gambar FT Island memanjang. Gambar yang diambil sendiri tak pernah ada. Semalam baca balik tengok ayat semua sependek short pants. Gigih pulak bubuh satu perkataan satu warna. Haih rindu pulak zaman muda muda dulu. Ingat lagi tahun tu tahun aku ambik SPM.Semua cerita tentang stress ambik spyem.  haha ingat balik gelak tak hingat kau.

2009- Tahun ni pulak tahun aku gila dengan movie Twilight. Boleh pulak kan? Setiap tahun ada je gila dengan satu benda. Alhamdulillah sekarang masih waras. Masa tu tak pandai lagi tulis puisi jiwa jiwa. Mungkin waktu tu jiwa belum bercelaru lagi. Banyak pulak tulis benda- benda merapu tahun tu. Fashion sense pon tak berapa nak ada so tak adalah post fashion kecantikan bagai.

2010- Tahun ni dah tak berapa ambik port pasal kpop ni. Sibuk pulak dengan epop (english pop). Epop pon boleh. Tahun ini tahun aku gila Justin Bieber. Belog post pon mostly pasal Justin Bieber je.Tahun ni jugak konon nak jadi supergirl sampai blog tittle dunia superku. Pernah tak jumpa penulis belog seover ini? Masa ni pon dah pandai tulis ayat penuh. Ayat sependek short skirt tadi dah berkurang. haha. Ini jugak tahun aku mula diploma and start college. Banyak jugaklah post pasal college life sampai bila baca balik rasa nak muntah hijau.

2011- Tahun ni belog post semua lebih kurang je macam 2010. Sebab dah baca blog post Kek Nis and Kak  Paten dah pandai sikit curi idea diorang haha bergurau senda sahaja. Cerita dalam belog semua masih sama. Ala pasal Bieber pasal beli barang sana sini. Pasal stress dengan kehidupan. cehh over tahap tertinggi.

2012- Tahun ni dah pandai sikit tulis blog. Aku je perasaan yang aku dah pandai. Sampai sekarang ni tak pon dengar orang baca belog picisan ni. Gambar dalam post pon dah pandai ambik yang lawa-lawa. Pliss la cantik tapi semua hasil rompakan dekat tumblr. haha Belog post pon makin banyak quotes kehidupan sebab belum pandai bercinta. Kalau bercinta penuh pulak quotes patah hati. Ye ke macam tu?

2013- Tahun ni pulak tahun aku gilakan One Direction. Segala fan meet aku pergi habis aku tayang kat blog. Siapa je kesah padahal. Tahun ni tahun paling akan aku ingat sebab aku pergi travel London, Amsterdam, Brussel. Biarpun pergi Madame Tussauds tak ada wax figure Harry Styles tetap jugak ada belog post pasal London. Cewahhhh poyo gitu.

2014- Tahun ni tak ada highlight sangatla. Tak adalah blog post travel merata sangat. Cuti last year sempat pergi Beijing je. Wajib kalau pergi travel mesti blog pasal tempat tu. Tahun ni masih jugak gilakan One Direction hahaha wajib gelak guling-guling.

2015- Sedar tak sedar dah sampai tahun 2015 dah ye. Lapan tahun dah belogceritasaya ni. Walaupun sebelum ni url over tak hingat (ijadqueenfabby.blogpspot.com). Tahun ni dalam belog banyak tulis puisi since sekarang ni masalah dunia dan hidup datang berbakul-bakul. Maaflah kalau puisi tulisan I semua puisi patah hati. Memang hati ni dah lama patah dah. Ni tengah tunggu my other half lah ni cantumkan balik. Bila baca balik puisi patah hati tu selalu ingatkan diri sendiri yang kumbang bukan seekor. Semalam last post belog. Tetiba syok post pasal lagu arab.

Eh, dah terpanjang dah belog post ni. Dari tadi asyik miming lagu Potret by Akim & The Majistret. Tangan pulak asyik gigih menaip sampai tak sedar post hari ni dah macam karangan. haha

Girl online, going offline. haha. bye

Related Articles

0 comments:

Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images