Di dalam beg
Salam guise. Hello guise.
Gigih type belog post malam-malam buta. Sambil jamming album Red Roses by Aj Rafael I belog. Red Roses memang album lama tapi lagu yang lama selalu bertahta di hati. Lagu lama kan legend.
Sedar tak sedar lagi dua hari nak terbang pergi Australia. Lagi dua hari nak jejak negara orang. Perghh statement bunyik macam lagi dua hari nak khawin. Ko jangan memandai. Bab khawin lambat lagi.
Bila cakap pasal travel mesti tengok orang post belog or video pasal what's in my bag. Sebab gigih macam orang lain I pon sibuk nak cerita apa ada dalam beg duri I tu. Yes, bag MCM tu aku bagi nickname bag duri. Dapat nama beg duri sebab kat Kota Singa hari tu ada insiden. Masa tengah syok shopping aiskrim dekat 7 eleven ada seorang wanita ni lalu belakang. Masa dia lalu tu cardigan dia terkena kat bag I. Bila dah terkena terus dia tarik lepas tu koyak sikit cardigan dia. Hahahaha tak tahu lah siapa patut malu. I ke dia. Okay apa motif entah cerita benda tak penting ni.
Balik pada cerita beg MCM tadi. Okay kali ni I travel bawak luggage bag pink. Luggage bag tu tak ada jenama sebab hari tu kat London emergency nak beli beg. Tak payah kesah jenama sangat yang penting beg tu pink and ada corak heart. Alaaaa girly sangat! Untuk bag tangan pon I bawak bag MCM je yang I beli kat Market in Beijing. Kalau travel tak payah susah susah bawak bag tangan or sling bag. Senang bawak beg sekolah lepas tu boleh sumbat segala bagai benda. Okay walaupun I tahu mostly semua tak berminat nak tahu apa ada dalam beg I tetap nak cerita jugak. Honestly speaking I'm not an organize person. Paling banyak benda dalam bag aku sampah sarap dan resit Humble Chef. Kah kah
1. Wallet
Bila travel beg duit memang teramat lah penting. Kalau tak travel pon beg duit memang amatlah penting. Tak paham betul bila ada orang yang boleh tak ada beg duit. Guise wallet is super important okay. Beg duit aku tak lah branded tapi muat lah semua benda penting. Paling penting design dia leopard dan aku dapat free. Terima Kasih lah kat adik sebab ingatkan kakak masa pergi Bangkok. Dalam wallet aku tak payah cerita apa yang ada. Paling banyak receipt Humble Chef sebab tiap minggu dok melantak pasta lepas tu receipt tak pandai nak buang. Ishh.
2. Handphone
Selepas wallet handphone adalah benda terpenting untuk di bawa ye. Handphone I Ipone 5. Bila travel I takkan pernah tinggal handphone I. Macbook pro I tinggal pon tak apa. Kalau Iphone I tinggal I boleh tantrum seminggu. Kalau bawak handphone ni senang. Bukan sahaja boleh hubungi orang tersayang tapi boleh jugak tangkap gambar buat kenangan. I ni tak mampu lagi nak beli camera DSLR so handphone ni lah tempat I ambik gambar. Nasib gambar Iphone kualiti dia tak mengecewakan. Bila orang tengok gambar pon masih ada yang tanya "you pakai DSLR ke?". Kan orang cakap sometimes it's not the camera, it's the photographer. Cewah puji diri sendiri bukan main.
3. Passport
Membawa passport ketika travel adalah sangat penting. Kalau kita travel ke luar negara membawa passport adalah wajib. Tanpa passport tidak akan sampailah kita ke negara itu.
4. Hand sanitiser
Hand sanitiser untuk aku benda penting jugak. I paling suka hand sanitiser Bath and Body Works Midnight Pomegranate. Kegunaan Hand sanitiser ni bila travel adalah sebab kita kan pegang segala jenis benda. Kalau lucky terpeganglah mamat Aussie macam Liam Hemsworth. Lepas tu belasah "Hello maite" hahah lawak hambar gila. Kalau nak beli hand sanitiser boleh je beli jenama apa kat Guardian or Watson. Kalau kaki boros macam aku belilah kat Bath and Body Works. Seriously benda kat situ semua bau wangi- wangi. Wangi yang tak boleh nak describe.
5. Notebook/ Journal
Bila travel I advise bawak lah notebook or Journal. Kalau aku tulis diary rasanya tak berapa nak sesuai kot. I don't know but for me I rasa diary tu macam tempat curahan rasa and tempat cerita rahsia- rahsia dalam hidup. I bawak notebook sebab I ni agak pelupa sikit. Kadang- kadang baru sehari balik travel dah terlupa tempat yang I pergi. Kalau ada notebook senang sikit nak catat apa- apa yang kita dah buat. Kalau ada masa terluang boleh jugak conteng conteng sikit.
6. Buku cerita or novel
Buat ulat buku macam I ni pergi ke mana-mana harus bawak at least satu buku. Kali ni bila I travel I bawak buku Girls Online by Zoe Sugg. Buku ni dah beli last month tapi tak berkesempatan nak baca sampai habis. Sebagai peminat tegar Zoella haruslah aku beli semua buku tulisan dia. Kalau siapa yang tak tahu siapa Zoe Sugg sila google. Ini belogceritasaya saya bukan google ye. Bawak nove masa travel sebab boleh baca kalau bosan. Bayangkan kalau duduk kapal terbang tu lima jam takkan nak menghadap movie je. Kalau ada masa bolehlah baca sikit sikit. Selalunya bila travel jarang aku dapat habiskan satu buku. Ye lah mana nak habisnya sebab dah sakan berjalan sana sini.
7. Lipstick or lip balm
Masa kita travel ni lip balm sangat berguna ye. Lagi- lagi bila kita pergi tempat yang berbeza cuaca dengan negara sendiri. Bila kita kat negara orang kita mungkin tak biasa dengan cuaca kat sana. For me kalau I travel jauh bibir I cepat kering. I kalau dah bibir kering muka macam zombi okay. Nak pandang muka sendiri pon tak lalu. Pasal lipstick tu bawak yang mana perlu je. Kalau ada semua warna gincu tak payah bawak semua. Bila kita travel I suggest bawak warna yang light je. Kita pergi negara orang nak bercuti bukan nak buat fashion show. Karang merah mak ngah sangat terkejut pulak mamat Australia. Kalau kat UK ada jugak yang kata "are you fucking kidding me". Biasanya kalau pergi mana-mana I bawak lipstick merah brand Sephora. Bila bibir pucat tenyeh je.
8. Kaca mata hitam
Bercakap pasal sunglasess ni I punya biasa je. Sunglasess I cat eye beli dekat kota Singa. Seingat I harga dia rm 30.00. I tak tahu kenapa but I suka design yang ada kaitan dengan haiwan. Kalau beli apa- apa mesti nak cari design yang ada design leopard and kucing.
Actually banyak lagi benda dalam beg I tapi yang dilist adalah benda yang terpenting. Kalau travel beg mesti dibersihkan ye. Receipt Humble Chef tadi haruslah siap- siap dibuang ye. Bila beg penuh sangat takut nanti tuan punya badan yang semput nak membawanya.
That all for now. Mungkin lepas balik Australia kita belog cerita pasal negar orang tu ye.
Girls online going offline. Sila abaikan keterujaan penulis belog ye.
0 comments:
Post a Comment