Thursday, January 13, 2011

Result

Happy ke? Sikit la.

Assalamualaikum korang!

Hey korang.Mana aku menghilang ni? bwahaha *gelak tak henti-henti*. Sumpah beb, bukan saja tak nak blog. woahh, tak nampak ke muka rindu ni? Rindu belog lah kau. Dia tu aku dah tak rindu dah. Buat penat je rindu-rinduan dekat manusia. Bukan nak balas pon perasaan rindu kita.Tengok kan aku dah mula ungkapkan ayat emo-emo dalam belog ni*hukhuk*. Sorry kata pon dah semester 3 makin sibuklah saya. Banyak nak siapkan. Ok kita mula dengan entri campur cerita pasal kelmarin, semalam dan yang lepas-lepas. Kita mula pasal result periksa college keyh. Weyh upsr,pmr, spm dah habis. Kita ni dah tua dah! Allhamdulilah result exam kita selamat semuanya. Tekezut beruk jugaklah masa pandang papan kenyataan tu. Rasa macam waktu Farhan and Raju ambik result *filemhindustan3Idiots*. "kita akan rasa teruk kalau kita gagal, kita akan rasa lebih teruk kalau kawan kita lebih berjaya" Oppss maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sebab kita tak kan list result untuk subject kita satu-persatu. Yang penting aku tak fail. Tak payah bazirkan duit 300 and tak payah differ. Hoayyeh! Boleh lah bangga dengar kawan yang fail. Agak kurang hajar ayat tu kan *just joking lah derr*. Result aku pada semester lepas telah memotivate (letcurer baru ajar pasal apa yang motivate kita) aku untuk terus belajar besungguh-sungguh tanpa menghampakan bonda & ayahanda aku. Amen.

Dah, dah kalian. Ok stop sampai cerita result exam. Nanti kita tulis lagi. Kalau mood rindu datang kita tulis lagi. See you soon. Promise!

p/s- Sumpah nak beli ticket Justin Bieber Concert Live In Malaysia.

Sunday, January 9, 2011

Masa oh masa

Hello uolls! Dah beberapa hari tak belog ni. Sebab kita malas dan sangat malas. ok just nak ngomong esok college life da start. owhh dah sem 3 dah. cepat nya. oiii dulu masa hari pertama sem break ckp dalam hati" relax, chill lama lagi cuti" tulah sekarang dah tinggal beberapa jam lagi nak menikmati cuti. lepas ni dah tak de dah bagun lambat sampai muka bengak taik mata penuh. lepas ni dah tak de dah mandi berjam-jam n bersiap bagai puteri raja. Lepas ni dah tak de dah tengok tv dari pagi sampai petang. Lepas ni dah tak de dah tatap facebook sampai boring. Akan merindui rutin harian semeter break ku! Lepas ni bermulalah assigment yang memeningkan. Lepas ni bermulalah study exam yang menyeksakan. wah terlalu banyak lepas ni. sekejap je masa belalu. owhhh, cuak gilar beb pkir result. Doakan semoga selamat semuanya. kita tunggu esok.

weyh malam ni AJL aku harap Yuna, Aizat, Faizal Tahir menang. Hujan boleh belah xx)

Wednesday, January 5, 2011

Post yg ke 182 kot.

Hello awak! hari ni kita malas nak tulis panjang berjela- jela jela jela. Ok stop, too many jela already. Hyper mood biasalah. Hari ni tak pegi mana-mana pon. Duduk rumah buang masa sahaja :(. Semalam tengok The Back Up Plan kali yang ke 2. Cerita 2 agak biasa je tapi kerana teringatkan si kacak bergaya bernama Alex O' Loughlin tengok lah buat kali ke2. Masa tengok 2 abah kata "dia (Alex) blakon Hawaii 5 0. Gah, terpaksalah tengok Hawaii 5 0 lepas ni. Alex punya pasal semua boleh. Pagi tadi tengok movie The Time Travele's Wife. Bukan untuk kali yang pertama tapi kali yang ke 10. Dasyat kan perempuan ni? tengok sampai sepuluh kali tak jemu-jemu. weyh, situ tak de hot stuff la. cuma cerita dia je sweet like sugar gitu. Petang ni maybe nak layan 3 Idiots buat kali yang ke 26.All is well and Farhanite Prerajulasion (Farhan and Raju)! Wah tak jemu-jemu tengok cerita lawak dan comel tu. Hindi movie jarang buat cerita jenis macam tu. Balik-balik buat cerita cinta emo-emo buat orang nangis sampai banjir. Yeay satu lagi lunch tadi Mak belikan prosperity burger. Panas mulut makan sos black pepper tu. Panas pon panas le tapi sedap jilat jari jugaklah. tak lengkap kalau tak makan setahun sekali.


Dah Minum half baru complain tak sedap. Mak buat lagi sedap.

Tuesday, January 4, 2011

Sebab rindukan sekolah

Hello kawan-kawan yang kita like! Dah malas guna pekataan suka dah. Nanti orang ingat Zahiril pulak. haha. Wah, tengok tittle hari ni. Mesti dalam fikiran semua belog post hari ni bakal emo kan. Tak delah, mana ada. Kita biasalah hari-hari pon nak emo. Masa orang lain mood ceria saya tunjuk emo. Dah, dah berhenti bab emo. Pagi tadi mak saya ajak teman tengok adik dekat sekolah. Wah, si kecik annoying tu dah darjah 1. Memang dia annoying macam kakak dia, tapi kakak dia comel sikit. Mulalah nak perasan kita ni ya. Mula-mula inagtkan tak nak ikut mak tapi pagi tadi tiba-tiba teringin rasa nak ikut. Nak ikut pon sebab nak observed macam mana si annoying tu behave dekat sekolah. Masa sampai sekolah rendah tu teringat pulak zaman darjah 1 saya. Bila ingat-ingat balik owh masa darjah satu saya sungguh memalukan. Tanya anak jiran belakang rumah mesti dia tahu dan kenal budak ni. Dulu-dulu masa darjah 1 semua orang kenal saya. Konon hebatlah tu semua orang kenal. Padalah orang kenal sebab first day dah buat sekolah banjir. Macam-macam jadi masa tu. Masa part ustazah ajar tu lagi lah annoying. Tak nak cerita part 2 (sumpah memalukan). Masa tu semua kawan saya wah muka control semuanya. Konon baiklah tu. Saya pulak jadi macam satu dalam seribu dalam kelas. Semua dok pandang saya. Semua pandang sebab mata kita macam ada air terjun dah. hehe. Air terjun punya pasal sebulan jugaklah ayah kena tunggu kita dekat sekolah. Sebulan beb! Malu malu malu. Memang buat malu je. Orang lain seminggu cukup kita sampai sebulan. Bila tengok adik kita hari ni dalam hati berkata "nasib budak ni tak macam aku". Jumpa adik time rehat. Sebelum jumpa adik wah wah tengok budak darjah 1 semua comel-comel. Rasa macam nak kidnap bawak balik pon ada. Bila adik sampai muka macam tetttt -__-. Mak suruh dia makan bekal dia ngadu sakit perut. Isyhh budak ni annoying sungguh dia. Baru hari ke2 dah buat alasan sakit tulah ni lah. Macam-macam si kecik ni. Cakap adik lebih-lebihnya kita. Mak selalu kata "kamu tak tahu kamu kecik- kecik macam mana , lagi lah teruk". Bila dengar tu rasa nak gelak berguling-guling pon ada. Hari ni sempat jugak lah tengok kawan adik. Wah yang sorang tu berpinafore, rambut ikat tocang dua. Tu comel lah jugak *muka innocent macam takut kena marah*. eh yang lagi sorang yang bernama Sofea tu comel comel comel *tengok rasa nak peluk dan kiss*. wah muka dia dengan putih macam Snow White, rambut ikat satu. Memang comel habis budak kecik tu. Dah besar nanti sure cantik menyerlah tu. Masa tengok budak tu " ek eleh macam mana adik aku boleh kawan dengan dia". Budak tu muka tak de lah nampak annoying . Kot kot budak tu kena cover dengan muka comel dia kot. Cover comel pon coverlah kau, tapi kalau dah comel tu nak buat macam mana. Grrrr, ni yang rasa nak kidnap bawak balik rumah ni. Eh, sampai panjang pulak aku mendescribe anak kecik yang comel tu. Conclusion nya (terus kesimpulan pulak), tadi lepas adik buat muka mengada sakit sakit semua, owh dapatlah dia balik rumah sebelum waktu persekolahan tamat. Memang kedatangan ku ke sekolah hari ni memberikan kenangan terindah. Tu lah dulu suruh sekolah saya main-main kan sekarang dah rindu-rinduan. Saya sangat merindukan zaman persekolahan saya. If I could turn back time. bhaha I wish lah kan.

dah, sudah cukup. hari ni dah panjang sangat dah ni. chawwww! nanti kita tulis lagi

puaskah- wali band (lagu kesukaan).

Monday, January 3, 2011

Tahun baru azam baru

Salam kawan-kawan yang kita suka! Ni tiru ayat Zahiril Adzim ni. Suka baca blog dia. Muka skema habis tapi rupa-rupa dia seorang yang puitis. Sungguh tidak kusangka.

Sorry hari tu lupa nak upload gambar malam tahun baru. Semangat post karangan sampai macam-macam lupa. Ni aku bagi gambar. Tatap puas-puas!





Hah. Gambar ni macam tak ada rupa mercun dah. Mintak ampun lagi sekali! Gambar ni kualiti blackberry je. *salahkan handphone BB kesayangan* Dulu dapat Nokia pon complain. "eisyhh, aku ni". Ni memang muka dasar tak bersyukur.

Hanya gambar ini sahajalah yang dapat saya tayang di belog ni. Ni je gambar yang sempat saya tangkap. Khusyuk menonton bunga api lah katakan. Haha! Ada jugak saya record video tapi paham-paham jelah. Malas nak post dekat sini.

bye. Nanti kita tulis lagi. Mak dah panggil maman

Sunday, January 2, 2011

Social network

Hello kawan-kawan yang kita suka! Aduuh, tak merancang pon nak post belog hari ni. Tak merancang pon nak tekan-tekan benda alah ni *tiba-tiba*. Nah ni gian menulis punya pasal lah ni. Ni lah masalah nya kalau dah gian menulis, dah tak tahu apa nak tulis pon pakai belasah je. Janji penuh blogger kita walaupun tak ada yang sudi baca. Kalau orang tanya dia masa-masa kosong saya apakah kerjaan saya? wah wah ayat nak lawa je kan? Banyak sangat! Lagi-lagi yang membabitkan laman sosial ni. Dalam bahasa Inggeris nya adalah Social network. Kepada yang tak tahu dan terkial-kial memikirkan sini saya tunjuk.


Ini bukan social network yang saya sibuk-sibukan tadi. Ini saya punya dekstop wallpaper lah all. Benda ni pon nak tayang-tayang dekat belog. Lame!! Nampak gambar tu. Tu lah masalah kalau dah kegilaan terhadap pontianak ni kan? Sampai muka si kacak Steven Salvatore tu nak jadikan wallpaper. Saya ni memang sebegitu rupa. Pantang nampak mamat hot, segak lagi bergaya mulalah pandang mata tak berkelip. haha


Facebook


Macam-macam nampak dalan gambar tu kan. sorry kalau ada muka-muka yang dikenali di situ

Ini sosial network kita yang pertama. Masa awal tahun 2009 tengok semua orang buat benda alah ni saya pon sibuk-sibuk nak buat. Nasib reti guna. Wah wah sekarang ni dah tiap tiap hari dah menatap benda ni. Sampai aku naik bosan tengok benda ni, benda ni naik boring tengok aku. Hari-hari bukak benda ni bukan buat apa pon (tengok-tengok gambar, komen-komen sana sini, mengutuk orang). Mengutuk tu saja-saja tambah, padahal yang selalu kena kutuk tu diri sendiri -___-.

Twitter


Status mengarut yang sudah menjadi kebiasaan

Twitter ni pon mula buat pada awal tahun 2009. Buat pon pasal terbaca yang orang kata twitter ni paling ramai orang buat berbanding sn lain. Benda alah ni pon hari-hari saya login dan logout. Hari-hari tulis status. tulis curahan hati. Follow orang sana sini. Itulah kerja si saya kalau dah bertwitter ni.

Tumblr


Kecintaan ku sampai bila-bila- Justin Bieber, Dave Franco dan Dave Franco hitam putih

Sorry sebab gambar di atas tu macam tak menunjukkan tumblr dah. Malas yang teramat sangat nak menayang logo tumblr. Orang kata tumblr ni macam blog jugak lah kan. Lebih kurang lah tapi banyak orang suka post gambar daripada entri panjang berjela. Dalam belog biasanya semua post cerita emo terlebih tapi tumblr ni lebih kepada post gambar. Saya teramat suka tumblr ni. Dulu masa tak berapa pandai nak guna jarang-jarang jugaklah bukak. Sekarang mentang-mentang dah pandai hari-hari reblog post. hehe. Selalu bila kegilaan bertumblr datang saya seperti biasa suka reblog gambar lelaki-lelaki hot kacak segak lagi bergaya. Bukan reblog gambar lelaki je tapi reblog semua kecintaan dan kesukaan saya. *Gambar diatas menunjukkan bukti*

Blogger


Logo blogger yang dicuri dari Google !


Ni lah tempat nya kalau nak tengok kita menulis cerita kehidupan kita. Banyak benda kita selalu cerita dekat belog kita. Kadang-kadang dalam belog kita ni ada masa kita tulis coretan emo-emo. Bila datang waktu emo mulalah kita tulis merapu merepek semua dan lepas tu kita harap ada orang baca. Ada waktunya kita tulis moment membahagiakan dalam hidup kita. Masa tulah paling kita suka. Dah lah boleh cerita panjang berjela sampai lenguh tangan lepas tu tambah pulak dengan gambar comel comel segala. Dalam belog kesayangan kita ni megutuk orang lain dan manusia sangat kurang-kurang kita lakukan. Nanti marah pembaca sekalian semua. Perli-perli pon kita elak-elkan.

Banyak lagi social network dalam fikiran sekarang ni. Dulu mula-mula buat Myspace lah. Ingat lagi dulu semua dok sibuk tanya "ada myspace ka". Myspace saya ada lagi tapi account pertama dah rosak *geram teramat sangat*. Bila buat balik acc (singakatan bagi account) semua dah tak ramai guna dah. Perasaan menyesal tak sudah semua timbul bila buat acc baru. Sekarang pon dah tak berapa nak layan myspace-myspace ni. Benda lain pulak dah jadi trend tahun alaf baru ni.

Dah dah sudah. Tangan kita dah lenguh. Otak kita dah jam dah. Nanti kita tulis lagi. Esok sekolah rendah dan menengah mula. Sorang-sorang lah kita dekat rumah esok! bye tata :)

Saturday, January 1, 2011

Two thousand eleven

Assalamualaikum ibu ibu, bapak bapak, adik adik, kakak kakak dan semuanya. Salam tahun baru ye semua. Hari ini tarikhnya 1.1.11. fulamak, indah teramat sangat tarikh tu. Dah jadi tarikh kesukaan dah. Nak mula bahagian mana pon dah tak tahu. ahh 2010 banyak moment membahagiakan dan banyak jugak moment yang menyayat hati. dah dah dua ribu sepuluh dah pegi jauh dah. Biarkan moment yang membahagiakan tu dikenang- kenangkan. Sampai bila-bila kita kenang. Bagi moment yang menyayat hati tu kita buang jauh-jauh (tak payah kutip lagi dah). Buang yang keruh ambik yang jernih -____-!

opps terlebeh sudah! Kite balik pada situasi malam tahun baru. Saya hidup masih sama. Makan kenyang, mandi basah, tido lena. Macam biasa lah kita, malam tahun baru kawan kawan sibuk melalak, memekik, menyanyi sumbang kita rai dengan keluarga tercinta kita. Dah lah malam tadi nampak jalan bersesak-sesak segala. Lagi- lagi dekat The Curve beribu manusia sambut tahun baru! Masa konsert tahun baru semua semangat. Kita ni pandang jelah dari jauh. Orang sibuk konsert curve lah, Mizz Nina lah, Colby Ol Donis lah, Pavi lah, karaokey lah. Macam-macam bunyik malam tadi. Gempak sangat malam tahun baru tahun ni. Akan saya ingat sampai bila bila bila bila bila. Banyaknya bila. Itulah jadinya kalau hyper teramat sangat. Malam tadi pon sempat lah jugak kita melihat mercun, Firework berwarna-warni. Ingat semalam kita je jakun tapi tengok tengok beratus lagi manusia jakun campur annoying. Apa tak nya, semua umur dah besar gajah tapi menjerit, mememkik semua lebih lebih nya yang besar- besar tu. Siap bawak snow spray berbotol-botol lagi. konsert tak pergi pon gempak jugak tahun baru kita. Yang kecoh-kecoh dapat pegi konsert tu tunggu next year kita pulak kecoh-kecoh kat korang. skemanya ayat kan kan kan? Balik rumah on facebbok pakai blackberry sendiri nampak macam-macam status facebook keluar. Status tahun baru semuanya. ok tak nak lah saya post status diorang di belog saya ni. Karang tak pasal-pasal saya dipanggil stalker dan anoyying pulak.

Status tahun baru sendiri di facebook. kita kan dah maju!


Dah dah cukup pasal malam tahun baru -_________-

Pagi tahun baru sangat sangat dashyat. Saya terjaga dari mimpi tengok jam di Blackberry saya menunjukkan sudah pukul 10.00. Paling dasyat lepas tengok Blackberry kesayangan tutup mata balik kita. Tutup mata sampailah sepuluh setengan. Lepas dah bangun, termenung, menggeliat semua bersiram hampir satu jam. Kalau boleh nak lagi lama. Kalau mandi lebih lama siaplah selepas beberapa minit adalah yang memekik dari atas, bawah, tepi, kanan, kiri. Tu baru cerita bab mandi belum lagi cerita bab bersiap berjam-jam bagai puteri raja. Dah dah tak nak mengarut lagi dah. kata ada azam baru. Mengarut, merepek semua tu benda lama. dah jadi sejarah dah pon.


Memandangkan semua sudah tulis, cerita kenapa tidak saya jugak kongsi bersama. Saya pon ada azam tajun baru lah weyh. Ingat kau je ke ada azam tahun baru! Mula dah kepoyoaan saya. haha. Banyak sangat nak mintak. Banyak teramat sangat ni. Kalau tulis boleh jadi karangan 7 perenggan. hehe. Serba sedikit azam saya.

- Menjadi saya yang baru (New year, new me). Tak nak dah malas- malas, jahat-jahat, nakal-nakal. Tahun ni nak jadi yang baik baik sahaja. Insyallah.T

-Tengok result semester 2 saya. jantung dah dup dap dup dap dah. Semoga selamat semuanya. Nak result yang elok-elok je. Kalau result gempak pon lagi bagus.

-Buat yang terbaik untuk semester baru ni. Dah semester 3 dah saya. Nak buat assigment bukan last minutes. siap cepat hantar cepat. Nak result exam yang gempak je. Nak pensyarah beri komen baik saja dekat anak murid dia yang kecik ni.

- Tahun ni nak perbanyakan amal ibadat tu. Yang lepas lepas tu ambik ikhtibar. Insyaallah. Amin..

Sudah. Got to end my post now. Tangan dah lenguh-lenguh dah menaip benda lah ni. nanti kita tulis lagi.

Eh korang Selamat Tahun Baru! Happy New Year. Sealamat bergembira!
Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images