Star beri cinta bab 6
Suatu petang Kayla duduk di halaman rumahnya. Seperti biasa dia duduk di buaian coklat kegemaranya. Itulah yang dilakukan setiap hujung minggu. Sedang Kayla asyik melamun telefon Samsung Galaxy S3 nya berbunyi. Kayla pantas mencapai telefonya kerana dia menyangka Najwa yang menghubunginya.
"OMG Najwa. Aku tahu kau mesti call. Aku nak..."
Belum sempat Kayla meneruskan kata-kata dush...
"Kayla Iman awak okay? Sorry kalau saya kacau petang-petang ni. Saya bosan sebab tu saya call awak"
Kayla seakan ingin menitiskan air mata kerana ternyata yang menghubunginya bukan sahabat sejatinya. "Ya Allah, sorry, sorry sangat Encik Zain. Saya ingat Najwa yang telefon saya. Sa sa saya tak sangka yang Encik Zain yang call saya". Akhir kata-kata Kayla berakhir dengan keluhan.
Zain seakan gugup untuk meneruskan kata-kata. Dia takut sekiranya ucapan dia akan membuatkan Kayla berasa janggal denganya. Maklumlah inilah kali pertama Zain menghubungi Kayla selepas waktu kerja.
"it's okay Kayla. It's not your fault. Awak mungkin rasa janggal cakap dengan saya. Saya pon tak tahu kenapa saya boleh call awak. I'm lonely.. Bila saya lonely saya rasa away je boleh dengar cerita saya. And please luar pejabat jangan panggil saya Encik."
Kayla tersentak mendengar baris kata- kata Zain. Zain pasti nya dia benar-benar memerlukan seorang kawan. Saat ini dia tidak boleh menghakimi Zain tapi sebaliknya dia harus memberi semangat dan membantu . Dia cuba sedaya upaya untuk menjaga percakapanya.
" Okay. Sorry Zain. Luar office kita kawan right? Tidak tahu mengapa tetapi sering terdetik rasa kasihan bila berbual dengan Zain. Tak tahu mengapa Kayla sering beerasa jangan memanggil Zain tanpa menggunakan Encik.
"Sorry to ask but Tan Sri cakap you ada adik lelaki. Is that right? Ermm kalau ini masalah lelaki better you cerita dengan dia. You know what I mean right? Nanti kalau you cerita pasal girlfriend you ke apa dengan I tak elok la. I'm a girl kan."
Zain seakan kebingungan seketika. Dia bingung bagaimana untuk meluahkan isi hatinya kepada Kayla. " No Kayla. It's not like that. I will never mix work with pleasure. Jangan risau. Sekarang kita kawan. So as a friend I nak ajak you borak about anything. Nanti defat office kita kerja. I boss you ok. By the way I don't have a girlfriend."
Perbualan Kayla dan Zain ternyata sungguh santai. Perbualan selama setengah jam itu ternyata merubah persepsi Kayla terhadap Zain. Dia dapat rasakan bahawa Zain bukanlah seorang yang sombong dan belagak. Zackary Zain ternyata cuma kesorangan dan kesepian. Pada akhir perbualan Zain sempat berjenaka namun lawaknya hambar. Namun untuk tidak menyinggung perasaanya Kayla tetap ketawa.
0 comments:
Post a Comment