Friday, February 12, 2016

Star beri cinta Cinta bab 9

Dalam kereta Kayla tidak bercakap sepatah kata. Dia hanya menangis teresak-esak. Zain disebelahnya hanya mampu menunjukkan wajah simpati. Raut wajah Kayla Iman  seolah-olah dia masih trauma dengan kejadian tadi. Zain memberhentikan kereta nya di parking Khas dan akhirnya memulakan bicara.

"Kayla awak okay? Jangan risau. You're safe with  me. Saya ada." Nada suara Zain seakan mendatar. Dia berharap dia dapat menghentikan esak tangis Kayla.

Dalam nada teresak-esak Kayla sedaya upaya cuba menjawab. "Aaaa awak. Sa sa sa saya takut. Lelaki tu kacau saya. Dia sentuh saya. Awak jangan tinggalkan saya. Tolong... saya takut."

Tangisan Kayla semakin kuat. Tubuh badanya seakan kesejukan. Mungkin kerana ketakutan badanya mengigil. Zain segera meletakkan kotnya di bahu Kayla kerana dia takut Kayla kedinginan. Kayla masih menangis ketakutan.

Sampai sahaja di office Zain terus membawa Kayla ke  biliknya. Dia biarkan Kayla duduk di sofa biru di biliknya untuk menenangkan diri.

"Awak tunggu sini sekejap. Saya panggil Najwa." itulah kata- kata terakhir sebelum dia bergegas memanggil Najwa"

Najwa datang dengan  muka selamba. Dia seakan tidak sensitive dan bersikap biasa dengan apa yang menimpa Kayla. Najwa belum mengetahui tentang kejadian yang menimpa teman  baik nya. Dia pantas membuat andaian..

"Eh jap, apasal kau nangis pagi-pagi ni? Encik Zain kau tu buat apa? Dia datang panggil aku dengan muka panik bagai. Cuba cerita kat aku. Jangan nangis." Najwa masih sempat memerli Zain. Kata-kata dia seakan orang tidak punya fikiran.

" Wawa, kepala aku sakit. Aku takut. Aku nak tidur.." Perlahan mata Kayla terpejam tanpa dipaksakan. Mugkin kerana kejadian tadi Kayla menjadi lemah dan mengigil.

" Tolong jangan sentuh aku.. tolong jangan kacau aku. Pergi la. Pergi. Pergiii....." Kayla sempat bermimpi dan meronta- ronta di kerusi biru di dalam bilik Zain.

Najwa yang duduk berhampiran Kayla seakan kebingungan.. Dia tidak mampu berbuat apa- apa. Najwa cuma terfikir untuk memanggil Zain. Hanya Zain yang dapat membantu  Kayla.

"Actually Najwa macam ni. Tadi masa nak pergi kerja saya nampak Kayla kat stesen bus. Saya nampak dia jerit and meronta- ronta. Saya pon nampak seorang lelaki cuba sentuh dia. Rupa-rupanya lelaki tu nak rogol dia. Luckily I came if not I don't know what will happen to her. Kesian dia. Dia masih takut tu. Please cuba tenangkan dia. Dia kan kawan awak. You know her better than me."

"OMG Encik Zain. Sorry I tak tau. I thought you yang buat dia macam ni. Saya rasa bila dia sedar nanti Encik Zain bawak dia pergi klinik. Takut dia sakit ke apa. Saya harap encik dapat protect kawan saya everytime. Jangan sakitkan hati dia dah. Dengan Encik Zain saya rasa dia happy". Najwa memang pandai kalau bab menokok tambah ayat.

"Baiklah Najwa. Selagi saya ada dengan dia saya akan protect dia. Nanti kalau dia dah tak kerja dengan saya tak tahu lah macam mana. She's a nice girl. Bertuah you dapat kawan macam dia. Saya tak boleh kalau orang sakiti dia."

Sejam kemudian Kayla mula sedar. Mukanya kelihatan pucat. Dia memandang sekeliling bilik seperti kanak- kanak kehilagan ibu bapa. Zain pula masih duduk di meja kerjanya. Dia sangat risaukan keadaan Kayla.

" Baguslah awak dah sedar. Jom saya bawak awak pergi ke klinik. Takut awak sakit ke apa. Muka awak pucat sangat tu."

"Tak apalah. I'm okay. Saya takut je. I will be fine." Kayla sejak dulu tidak gemar ke klinik. Kali ini dia cuba sedaya upaya untuk tidak berjumpa doktor.

"okay, kita pergi klinik sekejap lepas tu saya janji saya hantar awak balik. I promise."

Related Articles

0 comments:

Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images