Friday, February 12, 2016

Star beri cinta bab 8

Dua minggu berlalu dengan begitu pantas. Penat bekerja tidak terasa. Hari ini adalah hari yang penting kerana Kayla akan meyambut kepulangan Zain di lapangan terbang. Seminggu sebelum Zain pulang Tan Sri Zainuddin telah mengarahkan Kayla untuk menjemput Zain pulang. Menurut kata Tan Sri dia akan bercuti ke Germany bersama Puan Sri Kirana sehingga bulan November. Tan Sri menyuruh aku menjemput Zain kerana Pak Mat pembantu peribadinya pulang ke kampung selama dua bulan. Lagipun Zain bukanlah seorang yang jejaka yang gemar menggunakan public transport. Hanya Kayla yang dia percaya.

" Ermm mana lah Zain ni? Mesti dia terkejut aku yang datang ambik dia. Kat airport pulak tu. Huh.. harap-harap dia tak marah lah." Kayla mengomel sendiri. Dia cukup takut seandainya Zain marah apabila melihat kelibatnya kelak.

Kuala Lumpur International Airport : 7.30 malam

" Hai Zain. Ok awak mesti terkejut sebab saya ada kat sini. Let me explain. Actually papa awak yang suruh saya jemput awak. Your driver Pak Mat balik kampung sampai bulan depan. Tan Sri kata yang awak tak biasa naik public transport so he asked me to pick you up. I tak nak kecewakan dia so I said yes. Sorry if you don't like it." Kayla berbicara laju.

" hey Kayla. Sorry for what? Saya happy awak yang ambik saya. Kalau awak tak ada papa saya dah suruh entah malaon mana entah ambik saya. Sebab awak baik dah tolong ambik saya, I'll buy you dinner. Cakap je away nak makan kat mana. Boleh?" Zain tidak sikit pon berasa marah sebaliknya dia tersenyum girang.

Kayla pantas memberikan persetujuan. Dia tidak gemar mengewakan seseorang apatah lagi Zackary Zain.  Zain membawa Kayla makan malam di Ploy @Clearwater. Menurut katanya restoran tersebut sangat dekat dengan rumahnya. Rupanya Zain tinggal di Bukit Damansara dan kerana itu lah di memilih untuk makan di situ. Katanya senang, sebab lepas makan boleh terus pulang beradu.

"Sorry tanya. Awak selalu makan sini? Away selalu bawak saya makan tempat mahal-mahal. Saya malu. Saya biasa makan dekat dekat Uptown je. Kedai mahal macam ni  makan setahun sekali la." Kayla akhirnya meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

"Kayla Iman kenapa awak ni baik sangat? Kenapa? Lama betul saya tak jumpa perempuan macam awak ni. Asyik jumpa yang kaki kikis je. Semua mata duitan, semua tak ikhlas. Okay hari ni saya bawak awak makan mahal esok awak pulak kena bawak saya makan kat Uptown. Promise?" Kata- kata Zain seakan gurauan tetapi dia ikhlas.

"Okay, boleh tapi awak makan ke tempat macam tu? and.. lama betul orang tak cakap saya baik. I'm flattered."

Selesai makan malam Kayla menghantar Zain pulang. Zain ternyata tidak kekok menaiki kereta kecil. Datang perjalanan pulang lagu "So Sweet oleh Jason Chen" berkumandang di corong radio..

"you're sweet like honey after midnight.
you melt my heart like chocolate in the sunlight. 
you're so sweet candy after bedtime."

"Lirik lagu ni sesuai dengan awak. Awak ni manis tanpa awak sedari. Romeo macam Aaron Aziz tak saya? Hehe I'm just joking" Ternyata gurauan Zain kali ini penuh makna.

Kayla disebelahnya hanya mampu tersenyum malu.. "apalah awak ni. I'm not that sweet. Awak adalah sikit macam Aaron Aziz but for your information saya tak suka Aaron Aziz. Saya suka Chuck Bass.

Perbualan mereka terhenti di situ kerana mereka telah sampai di hadapan banglo mewah Zain.

Selasa 7:30 pagi

Kayla bergegas menuju ke pejabat kerana dia terpaksa menaiki bas Rapid KL. Keretanya rosak dua hari yang lepas dan terpaksa dintinggalkan di pusat service kereta. Perasaan marah menyelubungi hati Kayla kerana hari ni adalah hari yang paling penting dan kerata Myvinya mogok. Dia harus sampai ke pejabat sebelum Zain kerana hari ini ada mesyuarat dengan pekerja dari Jepun.

Bas yang dinaikinya berhenti dia satu simpang. Untuk sampai di officenya mungkin mengambil masa lima minit. Sedang Kayla berjalan seorang lelaki datang menghampirinya. Mukanya agak gelap dan bengis. Kayla tidak menoleh dan menuskan perjalanan. Tiba-tiba

"Hello sayang. Selamat Pagi. Ini barang baik.. banyak baik.. banyak cantik. Kalau makan confirm kenyang." Lelaki tersebut memulakan bicara sambil tanganya menyentuh pinggul Kayla.

"Encik ni siapa? Apa ni? Nak apa? Tolong jangan sentuh saya. Sakit." Kayla meronta minta dilepaskan namun lelaki tersebut semakin galak berbicara. Tidak dihiraukan jeritan Kayla kerana dia sedang leka menyentuh seluruh tubuh  badan Kayla"

"Ala jangan takut la. Lu belum kenal gua lagi. Ikut gua balik.. Main dengan gua. Lepas tu confirm lu lemah la. Kalau tak pon bagi gua rasa sikit la. Rasa sikit je. Kalau tak sedap gua ludah balik. Ok sayang?" Galak sungguh lelaki itu melontarkan kata sambil tanganya menyentuh tenguk Kayla.

Sedang Kayla asyik cuba meronta dan mengerit meminta bantuan datang seorang lelaki di belakang Kayla. Lelaki tersebut berlari pantas dan segara menumbuk lelaki yang cuba memperkosa Kayla. Kayla hanya mampu menangis di situ. Tidak pernah dia berasa sebegitu takut dan trauma.

"Apa kau buat jantan tak guna? Berani kau kacau dia. Setan tak guna kau. Sekali lagi kau sentuh dia aku lanyak engkau sampai mampus. Binatang celaka tak de hati perut!" Lelaki yang datang menyelamatkan Kayla ternyata adalah Zackary Zain. Raut wajahnya seakan singa yang kelaparan. Pantas dia memberi  amaran kepala  setan bertopengkan manusia  itu.

"Wo lek lu bro. Lu barua. Lu siapa nak lanyak gua? Awek tu chikaro lu  ke? Muka  macam tonkang pecah  la tu. Relax la. Hari  kita share ni minah. Kita makan sama-sama. Lu pon mesti nak rasa dia kan?" Lelaki  tersebut tidak teragak-agak  membalas amaran Zain.

Zain ternyata masih tidak berjangak dari lelaki itu. Dia segera menumbuk lelaki sehingga itu terbaring lemah menyembah bumi. Setelah itu dibiarkan lelaki itu terbaring  di hadapan stesen bas itu.



Related Articles

0 comments:

Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images