Friday, February 12, 2016

Star beri cinta bab 7

Hari berlalu dengan tenang. Kini suasana kembali seperti biasa. Kayla dan Zain seakan akrab dan bisa menyesuaikan diri bersama. Sejak perbualan dua bulan yang lepas Kayla tidak lagi berasa segan dengan Zain. Setiap pagi Kayla akan berada di bilik Zain kerana hanya Kayla yang dibenarkan mengemaskan biliknya. Pernah sekali Kayla mengajak Najwa membantunya namun Zain tiba- tiba datang mencelah. Raut wajahnya ketika itu sangatlah bengis seperti sang singa.

" Kayla Iman! Kenapa awak benarkan orang lain masuk bilik saya? Awak tahu tak yang saya tak suka orang lain selain awak masuk bilik saya. Tak kisahlah dia kerja kat sini ke, dia kawan awak ke. Dia apa ke. I don't want anyone to come inside my room and touch my things. Not even a single thing. Awak je boleh sentuh barang dalam bilik saya. Get it?"

Dua minggu telah berlalu namun Kayla masih tidak dapat melupakan baris ayat Zackary Zain Tan Sri Zainuddin. Zain sememangnya lembut tetapi bila dia mulai marah terasa seperti dunia akan berakhir. Paling tidak dapat dilupakam adalah raut wajah Najwa yang mengigil ketakutan sejurus selepas menatap mata  Zain. Najwa tidak putus-putus meminta maaf pada Kayla sehingga ke hari ni.

" Weyh Lee Min Ho tu mana? Aku tak boleh lah cakap depan bilik dia takut nanti dia datang and nampak kita. Lepas tu sentap lah singa tu. Habis aku pulak kena mintak maaf dengan kau 150 juta kali. Perghh bajet nak mampus. Aku tolong kau je pon bukan aku stalk dekstop dia . Bengang macam lah aku ni mintak tidur sekatil dengan dia. Hishh kerek habis lah boss lu"

Najwa meluahkan kemarahanya. Kayla seakan endah tidak endah denganya kerana dia tahu bahawa Najwa memang seperti itu. Dia sering membebel tentang sesuatu perkara yang telah lama terjadi.

" Excuse me Cik Wawa. You are talking about my boss. Eh sorry, OUR BOSS! Jaga sikit mulut please. Kalau dia dengar tak pasal-pasal kau kena penampar singgang. Dia outstation. Pergi Amsterdam. Dual minggu lagi balik la. Kau jangan nak memandai cake pasal dia. Dia nampak je sombong tapi hati dia baik. Hari tu dia tengah marah sebab tu dia meletup pagi- pagi buta. If I can forgive him, you should forgive him too. Okay Wawa?"

Tidak tahu mengapa tetapi Kayla pasti akan meletup apabila ada yang mengutuk Zain dihadapanya. Kayla seakan menaruh hati pada bossnya.

" Aku dah maafkan dia la Kay. Aku pelik apasal kau beriya backing dia eh. Macam kau ni isteri dia je. Jangan kata kau syok kat dia pulak. Kata tunggu Chuck Bass. hahaha"

Bila berbual dengan Najwa ada sahaja gelak di hujung perbualan. Hanya Najwa teman susah senangnya.

Related Articles

0 comments:

Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images