Friday, May 1, 2015

Lego

Hati aku bukan lego. Bila kau suka kau pasang.
Bila kau bosan kau buang.

Bila kau ingin kau pasang. Bila kau bosan kau pecahkan.
Bila kau ingin aku semula kau pasang lagi.
Pasang, pecahkan, pasang, pecahkan.
Hati aku bukan lego.

Saturday, April 25, 2015

Getah

Aku bukan gula-gula getah
Bila kau rasa manis kau kunyah.
Bila kau rasa pahit kau ludah.

Selagi aku mampu tahan. Aku tahankan
Selagi aku mampu layan. Aku layankan
Bila hati dah tak tertahan aku tunjuk baran
Kau jangan heran

Tuesday, April 7, 2015

Untuk Cinta




Salam. 

Tajuk post sungguh tak ada kaitan. Tett.. Jangan gossip. I might be in love with someone right now but nooo. I belum ber boyfriend okay. Tak ada masa nak berboyriend bagai sekarang ni. Baik lepak Podgy and The Banker hirup kopi sambil baca Kinfolk magazine. Lagi nikmat hidup.

Malas cerita pasal boyfriend cintan cintun semua. Buat sakit hati sakit jiwa raga semua. Nanti kalau dah ada yang berpunya dekat belog picisan ni aku cerita. I tak sedia lagi okay. Jawapan retis sangat.

Tolak tepi hal cinta. Lately ni I macam obsess gila dengan photography style minimal. Sebab cinta gila nak mampus punya pasal sanggup beli Kinfolk. Opsss lupa. Abang Januar Haikal kata jangan mampos lagi pliss. hahah. Berbaloi gila dari Damansara drive sampai Suria KLCC (bapak drive padahal) semata-mata nak beli cinta hati ni. 

Fuhhh, belog post entah apa tujuan nya. Saja membunuh masa padahal assignment tak berusik dari minggu lepas.

Wednesday, March 4, 2015

Puisi buat dia

Kau sememangnya kacak.
setiap hari aku terpacak
Ingin mendengar kamu berbual rancak

Wajahmu menawan
Membuat jiwa muda aku tertawan

Segaknya kamu
Tegaknya tubuhmu
Membuat imanku bertaburan
Membuat diriku tidak keruan

Suaramu garau
diriku disini galau

Badanmu tidak sasa
namun kamu ibarat raksaksa
Membuat aku tunduk 
Bisa juga membuat aku terduduk

Setiap hari aku melamun
Memikirkan kamu aku tersenyum
Tanpa kamu aku rindu
adanya kamu juga aku rindu
Rindu melihat kenakalan mu
Rindu melihat kecomelan mu

Susahnya meluahkan aku sayang kamu
Biarlah aku simpan perasaan ku
hanya di dalam muka buku

Finally dapat tulis puisi yang happy sikit. Kalau asyik tulis puisi muram nanti yang baca pon muram eh?

Tuesday, March 3, 2015

Terima Kasih

Terima Kasih
Kau telah mengajar aku erti kepahitan
Sakit jariku tercucuk duri
Sakit lagi hatiku yang telah kau curi

Kau curi hatiku dan kau hiris bertalu- talu
aku di sini hanya mampu menangis tersedu- sedu

Terima kasih
Kau telah mengajar aku erti kepayahan
susahnya mendaki gunung Kinabalu
Payah lagi untuk memenangi hati kamu

Terima kasih
Tanpa kamu aku hanya bisa melamun
kerana kamu aku kini mampu bangun
Bangun meredah taufan
Bangkit melawan ketakutan

Lama tak tulis. Cara penulisan dah makin bekarat. Belum ada buah hati tapi puisi jiwang karat saja. Yang baca jangan menghakimi. sekian.

Sunday, February 22, 2015

Ipoh

As Salam. Ya tohan apa dah jadi ni? Dulu bukan main berjanji nak belog setiap bulan. Kalau lah belog tu boyfriend, aku rasa lama dah dia mintak putus. Ya ampun, maaf ya semua.

Okay ni blog ni pon sebab terpaksa. Sebab nak penuhi janji. Cehh mengada gila. Sekarang ni biasa lepak kedai kopi overprices lepas tu belog. Bajet omputih sangat. Hari ni pon belog cafe The Morning After. Cafe ni dekat dengan rumah je. Hari tu tengok set set Podgy and The Banker so poyo lah nak lepak sini. This cafe is such a cute cafe. Nanti jelah kalau rajin buat review ye.






Hari Khamis lepas balik Ipoh kampung belah mak. Rasa macam dah lama gila tak balik ipoh. Jalan- jalan bandar Ipoh tengok-tengok dah ada Plan B. Selama ni dengar orang cakap jelah pasal Plan B Ipoh. Malas lah nak ambik port sebab Kolumpo dah dah ada Plan B. Weyh buat apa balik kampung kalau na makan makanan omputih ye dak? Kalau balik Ipoh kita pekena Laksa dengan Mee Kicap Mat Jasak le. Dalam pada tak nak lepak Plan B Ipoh tu sampai jugak situ.





Semalam sebelum balik sempat jugak melawat Menara Condong Teluk Intan. Ye lah belum ada rezeki sampai Leaning Tower Of Pisa. Kita ke Teluk Intan je lah.



Dah malas gila dah nak type. Nanti kita sembang kencang lagi bye

Saturday, November 8, 2014

Sheerios

Salam semua. Entah bila blog post terakhir. Wujud lagi ke belogceritsaya ni? Jawapanya adalah wujud tetapi jarang dikemaskini oleh penulisnya. Penuslinya sangatlah pemalas tahap budak umur 3 tahun malas tulis ABC. Minggu lepas sibuk mengalahkan Najib Razak. Memang komputer riba tersayang tercinta ada di sisi. Tak lah ada 24/7 di sisi tapi ada lah di sisi 3 jam sehari. Bila bukak cinta hati ni macam-macam mengarut lah. Belogcerita saya ni diabaikan terabai. Belog terabai tak apa, nanti kalau ada anak harap jangan terabai. Apa aku merepek ni? Bagi penumbuk skett.

Hari ni pagi macam biasa pergi kerja. Kerja tadika Swasta tapi waktu kerja macam kerja kerajaan.  Sekolah kerajaan pon cuti hari Sabtu. Kata sekolah tadika tapi budak cuti pon Ioulls kena kerja. I'm not complaining but I'm just expressing my feeling. Jangan marah... 

Pagi ni dekat sekolah tadika. Ok sekolah dengan sekolah tadika lain ye! Memang tahu hari ni 8 November 2014. Geram dengan diri sendiri sebab boleh lupa tarikh penting untuk hari ni. Hari ni penting untuk I je ye. Pukul 1.00 balik kerja nampak muka si adik baru teringat.... oopsi!

" So pasal concert Ed Sheeran tu macam mana? Hari ni berapa hari bulan?"
Terus capai handphone bukak kelander..
"Hari ni 8 November. Hari ni la ticket concert Ed Sheeran mula jual" 

Sejam dalam kereta membebel pasal Ed Sheeran je. Dari bulan lepas nampak je news "Ed Sheeran Live In Malaysia" dah menggelupur teruk dah. Sibuk dok whatsapp segala kaum keluarga campur kawan bagitau nak pergi. Tunggu punya tunggu sejam yang lepas dapat jugak beli ticket. Nasib baik ada ayahanda kesayangan tolong bayarkan. Kalau nak tunngu pakai credit card sendiri tak pergi lah jawapnya. I don't have a credit card and I don't plan to have one.

Bercakap pasal Ed Sheeran ni mula kenal dia last year. Lagu pertama yang I dengar aldalah Lego House. Jangan tanya kat mana dengar sebab tak boleh recall. Masa tu tak adalah spend banyak sangat untuk dia sebab dah belanja melampau untuk One Direction. Kalau kira balik berapa banyak aku spend untuk One Direction boleh pengsan. Kata orang kalau dah minat habis beribu pon sanggup. Lately ni rasa macam makin suka Ed Sheeran. Dulu layan lagu kat Youtube je tapi sekarang dah ada X album. Bila dah ada album tu boleh kata hari2 jugaklah dengar.

The conclusion is today is a happy day. I'm really exited to see Ed Sheeran perform next year.

Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images