Sunday, September 29, 2013

Online shopping

Hi semua.

Tajuk post dah nampak berat. Biarlah berat ke ringan janji aku dapat penuhi janji aku untuk buat blog post baru. Lagi bagus aku post something daripada biar orang lain tertunggu- tunggu nak baca blog busuk ni.

Online shopping ni begitu common dikalang msyarakat moden. Itu pendapat aku la. Aku tak adalah kemaruk online shopping ni tapi lately I selalu try online shopping. I started to figure out online shopping last month. Pada yang tak tahu I ni kuat instagram. Kadang-kadang sampai dalam kelas pon aku dok belek instagram. Dalam instagram adalah jugak orang dok pok pek pok pek kat aku pasal online shopping ni. Mula-mula I tak ambik port la. I thought I was just a waste of money. I rasa beli barang kat kedai lagi berjuta kali berbaloi. Ok that was before I figure out the beauty of online shooping.

Sekarang ni aku dah pandai jugak beli online. Satu masa tu I nak beli kan hadiah untuk my cousin. Dia suka anime and dia pakai iphone. I rasa macam susah je nak cari Iphone cover gambar anime. Lepas tu I start la check 1 online insta shop ni sebab I tengok dia ada jual cover phone. Sejak dari situ aku mula jatuh hati online shopping. Haha tulah, buruk padahnya bila cakap macam-macam pasal online shopping.  Sekarang ni I dah jadi macam Becky Bloomwood (Confession of A Shopaholic). Hari- hari I dok belek instagram tengok insta shop. I selalu kena tahan nafsu sebab I tak boleh selalu beli benda yang I tengok.

Wolf Top from BangsarChix (insta shop)

Wolf Top from Bngarchix (instashop)
Floral top from Bangsarchix (insta shop)

Naruto cover- Designyourowncasing (insta shop)
One Direction casing- Designyourowncasing (insta shop)

One Direction cover- Designyourowncasing (insta shop)
Taylor Swift cover- Designyourowncasing (insta shop)

Okay semua. Honestly I tak galakan sangat online shopping ni. Benda ni tak boleh dijadikan hobi. I pon tak nak terlalu ikutkan nafsu bila online shooping ni. Kalau terlalu ikutkan nafsu nanti mabuk pulak. hihi this just my opinion. 

Monday, September 23, 2013

I'm stupidly cool


Dress: Topshop, Flats: Zara, Bag: Coach, Bracelet: Bali, Watch: Toywatch and One Direction phone cover.


Assalamaulaikum pembaca sekalian. Aku tidak pasti dan yakin ada yang membaca tulisan aku dalam blog ini. Kali ini aku sengaja menulis dalam bahasa melayu. Bila tulis dalam bahasa Inggeris tatabahasa dan ejaanya selalu salah. Aku bukan berputus asa. Aku cuma lemas. Setiap kali aku cuba menulis dalam bahasa inggeris pasti ada yang mengkiritik bahawa grammar aku tak betul. Mereka mengomen seolah-olah aku ni hanya belagak menggunakan bahasa omputih tu. Sudah cukup sudah. Manusia memang begitu. Bak kata Finn Jamal

"Suruh kita tengok hati dia dah kecik katanya. Suruh kita tengok persaan dia dah calar katanya. Asyik kita menengok, jaga. Yang kita punya terlanyak-lanyak ni ada orang tanya".

Dari minggu lepas lagi hati aku dah memberontak dah nak blog. Aku tak jadikan blog ini sebagai diari. Aku tak rasa aku boleh update hari-hari. Aku hanya nak luahkan isi hati dan perut.

Tinggal lagi 2 bulan aku akan berusia 21 tahun. Umur aku makin meningkat tapi tak rasa macam umur aku berubah. Aku rasa sama je. Bila aku nak something aku  masih merengek sampai aku dapat. Haha aku tahu dalam bab tu aku tak berapa matang.

Sejak akhir-akhir ni aku rasa masalah macam datang berbakul- bakul pada aku. Ok kalau gambar Harry Styles datang berbakul- bakul aku terima la. Ini masalah, macam mana aku nak terima? Mungkin bagi orang lain itu bukan masalah and orang indon kata "perkara speler". Kalau nak suruh ceritakan masalah aku sampai tahun depan pon tak habis.

Aku mengaku kadang- kadang aku rasa menyesal dengan keputusan yang aku ambik. Tak perlulah aku jelaskan keputusan apa yang aku dah ambik. Dulu aku masa aku ambik keputusan tu aku tak fikir susah atau senang. Aku tak pernah fikir bolehkah aku handle semuanya. Aku just fikir effect dia di masa hadapan. Bila aku buat keputusan apa- apa aku selalu fikir macam mana orang pandang aku nanti. Aku ni macam Mira dalam Awek Chuck Taylor sebab aku selalu nak nampak cool. Kadang- kadang aku tak sedar betapa susahnya nak handle satu situasi. Aku buat sebab nak nampak cool. 

Now aku sedar jugak manusia ni boleh buat benda paling bodoh sebab nak nampak cool. Aha ini hanya luahan hati aku. Kalau lepas ni ada orang nak judge aku well aku tak kisah. Ok kalau aku menangis berbakul- bakul orang tak nampak. So hari ni aku type lah berbakul- bakul bagi memuaskan nafsu aku.

Dah panjang menggila dah post aku kali ni. Nanti kalau aku nak nampak cool aku tulis lagi. Mihmihmih.
Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images