Saturday, June 14, 2014

Taylor Swift Red Tour


Quotes paling deep aku jumpa hari ni



Asalam semua. Aceh asyik blog je sekarang ehem. Semantara ada masa ni baik blog. Betul tak?

I went to Taylor Swift Red Tour yesterday. It was awesome ok. Memnag aku mengaku aku ni bukan Swiftie of fans Taylor Swift. Lagu dia pon ada tahu sikit je. Mostly lagu yang aku tahu semua yang selalu keluar radio. Paling suka lagu Everything Has Change sebab Ed Sheeran. Ed Sheeran kan "halia". Sila gelak if you get I mean. 

Malam semalam performance dia like best sungguh. I tak sempat kira berapa kali dia tukar baju la. Banyak sangat baju dia. Guitar dia pon lebih dari satu. Lighting concert pon tersangatlah cool. Aku yang bukan peminat tegar dia pon rasa nak menangis dapat tengok dia performed. Alhamdulilah dah pergi 3 concert dah (Justin Bieber, Demi Lovato & Taylor Swift). Sebelum ada yang mengumpat dah menokok tambah saya khabarkan. Post ini bukan bertujuan untuk menunjuk. Siapa suka sila sambung baca sampai khatam. Siapa tak suka sila ber.... Lu pikir la sendiri.

Nah gambar tak berapa lawa.












Jangan tanya dan jangan judge. Saya duduk seat jauh. Ambik gambar pon pakai iphone. Saya tak kaya tapi bersyukur. Allhamdulillah


Jom Picknik

Good morning everyone. Hari akan bercerita pasal semalam. Kan dah kata kalau ada masa free I blog. Kadang- kadang tak free pon buat- buat free. Asyik nak tekan new post je.

Semalam pergi makan. Al maklumlah kalau orang suka makan blog post haruslah pasal makanan. 

Semalam pergi Picknik restaurant. Honeslty kalau tak pasal Chef Nik Michael Imran tu haram aku tahu pasal kedai ni. Dah lama dah nak cuba kedai ni. Mula- mula memang nak pergi kedai ni sebab Chef Nik punya. Pernah jugak orang kata kedai ni makanan dia memikat hati. Semalam akhirnya ada kesempatan. 

Bila pergi Publika semalam teringat Picknik ni kat Publika. Memang suka pergi Publika tapi jarang lah lepak sana. Masa survey restoran tu dapat tahu tutup pukul 11 malam. Memang cantik la kan. Masa masuk tu order makanan je. Agak dissapointed la sebab  tak nampak Chef Nik haha. Aku tahu statement aku tersangatlah mengada.  Nah bagi gambar makanan sikit.


Ceaser Salad. Tak sempat nak rasa takut kenyang.


The sotong bakar was good. Ada rasa masin masin sikit. Not the best sotong bakar but still so good.


Soft Shell Crab. Tak rasa jugak sebab takut kenyang.Makan olive je sebab I kan hantu Olive.

Ni dish I order. Prawn Aglio Olio. It is good but a little bit spicy. Mungkin sebab banyak sangat chili flakes. Bukan the best Aglio Olio tapi tetap sedap. Boleh la makan kali kedua.


Pavlova and Salted Caramel Brownies kat sini best gila okay. Sedap sangat sampai nak makan lagi. Brownies dia tak manis sangat. Sedap sangat.

Dah kenyang makan pon still nak order desert. Bukan selalu boleh datang sini so alang- alang dah datang order semua yang diidamkan.

Masa tengak khusyuk menikmati Pavlova and brownies auntie cakap "tu chef tu kat belakang"

Pusing je belakang terus senyum menggedik. Memang terus muka tak malu mintak ambik gambar.


Nah bagi gambar. Jangan jealous ok. Sempat cakap dengan Chef Nik 5 minit. I sempat cakap "you look like Victor Krum in Harry Potter" . Haha tak malu. Dia pulak sempat balas "I got that a lot". Chef Nik ni memang baik. Dia pandai layan pelanggan dia. Bukan pandai layan as bagi free food ke apa. Dia pandai tanya customer tentang the food and everything. Dia accept komen semua. Paling penting dia handsome macam dalam tv. Amboi mengada lagi.

Ok nanti bila free melalut lagi eh. Kalau siapa ada masa pergilah Pinknik. Memang berbaloi.

Monday, June 9, 2014

Beijing part 2

Salam semua. Semalam dah janji nak post part 2 kan. Nah sebuah! Honestly sebelum aku pergi Beijing ni aku tak banyak tahu pasal tempat-tempat kat sini. Yang aku tahu pon Great Wall of China and Forbidden coity. Hari tu orang tanya Summer Palace tu tempat apa aku pon ternganga bingung nak explain apa. Aku tahu apa yang aku tahu pon sebab tempat tu ada dalam cerita cina. Weyh, Mulan kan belakon deakat Forbidden City. Kalau tak tengok haram le sampai Beijing pon tak tahu apa. Nampak sangat bukak internet layan benda mengarut. heh!

Ok kalau datang Beijing harus visit tempat bersejarah. Beijing bukan tempat shopping okay. Kalau khawin anak cucu sultan maybe sesuai kot shopping sini. Seriously bangunan lama kat sini semua cantik teruk ok. amboii bahasa. Siapa yang tak suka lawat temple or bangunan lama pon automatically akan terpegun bila lawat tempat-tempat ni.

First Day





First tempat I visit is Giant Panda Zoo. Seriously kalau orang tanya pasal tempat ni aku memang tak recommend langsung suruh pergi. Tempat ni memang la ada Panda tapi bosan. Kalau perhati betul- betul nampaklah Panda tidur terbongkang. Kalau dok lepa confirm tak nampak apa. Tak payah tengok Panda. Tengok I je. I lagi comel dari Panda. Lagi pun I tak makan orang. Lu orang tak Payah basir masa pergi Beijing  sebab Malaysia dah beli Panda berjuta ringgit. Lepak Zoo Negara sudah.

Habis visit Panda Zoo kita pergi. Summer Palace. Summer Palace ni cantik sangat sebab ada tasik. I kan hantu air. First time jejak sini nampak berduyun manusia. Serabut aku! Nasib view dia tak mengecewakan. Kalau bagi peluang duduk sini setiap petang aku pon sanggup. Lepas dah explore Summer Palace. Sorry gambar simpan dalam camera digital.  Dah habis berjakun dia Summer Palace pergi pulak masjid kat negera cina. Fayuan mosque namanya. Dekat Beijing ni tak ramai Cina so masjid kat sini sangat kurang. Fayuan mosque ni kira masjid baru jugakla. Bila datang sini teanag je rasa. Masjid pon bersih. Nah layan lah gambar sikit.






Day two

Hari kedua pergilah Forbidden city. Tempat ni memang aku dah dengar sejak dari Malaysia lagi. Dengar jelah tapi tak tahu menahu pon ni tempat apa. Bila dah sampai Beijing baru lah aku tahu yang ni tempat emperor dulu-dulu tinggal. Bangunan dia cantik gila. Besar gedabak ok. Kalau istana raja kat Malaysia ni cantik macam ni confirm aku dah ngorat cucu sultan. haha Dekat sini paling banyak selfie melfie. Mentang- mentang sekarang dah pandai main batang. Batang yang aku maksudkan adalah monopod ye. Otak tolong jangan mereng. Orang kat Cina jarang nampak monopod sebab tu bila nampak aku pegang monopod bantai gelak macam tengok lawak ke Derr. Padahal orang cina yang cipta monopod tu. Hairan kak jah! 

Nah gambar 5 bijik.






Sempat jugak lawat Niujin mossque masa kat Bejing. Niujin mosque ni adalah masjid paling tua dan lama dekar Beijing. Kat sini rasa paling tenang sebab tak de berjuta manusia. Rasa nak tinggal je sini. 



Day 3
Allhamdulillah hari ketiga di Beijing dapat pergi Great Wall Of China. Great Wall of China termasuk dalam 7 Wonders of the Worlds. Setakat ni aku dah visit 2 WOTW iaitu Borubodor in Yogakarta dan Great Wall. Great wall ni tinggi dan aku rasa paling happy bila dapat sampai ke puncak. Untuk sampai ke last tower kena harungi 8 tower tapi aku sekeluarga naik cabel car. Sampai tower 7. Kau gila nak panjat dari bawah. Panjant Batu Cave pon dah separuh nyawa. Benda yang aku tak boleh lupa bila dapat selfie dekat puncak tertinggi kat Great Wall. Best gila. Sampai anak cucu akan ku kenang. 






Hari ketiga jugak aku pergi Olympic Village. Tujuan utama pergi sini adalah untuk lawat Bird Nest Stadium. Dalam Stadium tak boleh masuk. Stadium ni tempat buat Olympic pada tahun 2008. Tempat ni sangatlah cantik. Sekitar tempat ni banyak orang jual barang. Dekat sini jugaklah aku tertipu. Cerita bermula bila aku nampak Mickey Mouse. Aku bila nampak Mickey sajalah konon nak ambik gambar. Habis aku ambik gambar pakai Instax, pakai handphone lepas 2 kena tipu. Lepas habis ambik gambar aku kena tipu 10 Yen (RM 5.00). Kalau tahu kena bayar tak lah aku sakan nak ambik gambar. Baik aku pergi Hong Kong Disneyland kalau tahu kena bayar. Yang baca jadikan pengajaran ye.



Itulah serba sedikit yang aku boleh huraikan tentang tempat yang aku lawat dekat Beijing. Nanti aku cerita lagi dalam part 3. Mungkin part 3 part paling last. Aku akan cerita pasal makan and shopping in Beijing. Jumpa nanti.

Sunday, June 8, 2014

Beijing part 1

Salam. Hari ni baru balik dari Beijing. So tercutus lah idea untuk blog pasal summer holiday in Beijing. 

Flight dari Malaysia pukul 6.00 petang. Macam biasa Malaysia Arlines tetap jadi pilihan waktu mahu terbang ke Beijing. Aku kalau suruh sembang pasal holiday aku exited menggila. Pergi Beijing ni 5 family. Yang baca mesti terkejut beruk kan. So sebabkan family besar pergi sekali so kita ikutlah tour agency. 

Bila sampai Beijing International Airport aku terpana sekejap. Seriously airport dia besar teruk. Even though aku dah pernah jejak Hitro Airport ( Airport terbesar dunia) aku masih kagum tengok airport kat negara Cina. Sini aku bagi gambar.





Tak banyak gambar ambik dekat Airport sebab kita rushing nak balik hotel. Ye lah sampai pon dah pukul 12.30 time membuta. 

Masa first time naik bas tengok Tour guide rasa macam akward sekejap. Tengok cara dia interect dengan kita macam tak havoc haha. Tour guide kita nama Steven. Lepas masuk bas dengar dia cakap omputih memang pulun gelak. I tau I jahat sila sepak bila jumpa. Dalam hati macam "dia ni akan jadi tour guide untuk 5 hari? Biar betul?" Yelah masa tu belum kenal luar dan dalam. Kalau nak sepak lagi sekali sangatlah dibenarkan.

Lepas sampai Airport terus gerak Hotel. I tinggal dekat Sunworld Hotel. Sunworld hotel ok. Jangan pulak jadi I terconfuse dengan Sunworld Dynasty Hotel. SDH tu tempat orang kaya manyak fulus. Sunworld hotel ni hotel 4 bintang. Kalau kat Malaysia ala ala holiday inn la. Walaupun hotel 4 star aku rasa macam hotel ni luxury gila. Bilik dia cantik teramat sangat. Paling penting hotel ni ada free wifi. Dekat Cina ni susah nak dapat free wifi. Bukan macam kat Malaysia main key in password. So kalau dapat wifi kat hotel  tu macam dapat air setelah separuh hari tak ninum la. Sini gambar hotel.





Cantik je hotel ni kan? Kalau kat Malaysia hotel ni kira macam hotel Pan Pacific la. Siapa duduk Sunworld Dynasty Hotel tu kira macam kaya gila la. SDH tu kat Malaysia rasanya macam Tanjung Rhu lat Langkawi.

Ok actually banyak lagi nak post pasal trip to Beijing tapi pelan- pelan dulu. Nanti tulis part 2 pulak. Takut tulis banyak cramp pulak blog I. Hihi

Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images