Wednesday, October 30, 2013

Ryan Badong

Assalamualaikum, hai.

Entah kenapa aku rasa aku banyak sangat hutang blog post dengan semua orang. Memang aku tahu tak ada orang pon yang baca blog busuk aku ni tapi aku masih rasa berhutang tu salah. Mungkin ini cuma berhutang blog post je tapi aku rasa hutang apa- apa pon tetap kena bayar. CEHH gedik betul, hutang blog post pandai je membebel, kalau hutang duit tu haram nak bayar balik. Dalam fikiran aku walau apa pon jadi aku mesti kena blog at least sebulan sekali. Pernah sekali tu satu bulan aku tak update blog lepas tu aku punya marah dengan diri sendiri macam marah kerana aku tak sengaja bunuh orang. Itu dah kes berat kan?

Macam biasa la, aku pon tak tahu apa motif aku blog hari ni. Nak kata aku free memang tak la. Kerja banyak menunggu untuk disiapkan. Tinggi gunung kot kalau boleh kira. Kalau nak suruh cerita pasal tempat kerja memang tak habis satu hari aku membebel. Kalau suruh aku cerita pasal budak-budak kat sekolah boleh buat novel dah. hihi.

Ok lebih baik aku tak payah mengarut kat sini. Ok mula cerita, hari Khamis tu aku adalah dengar lagu Inamorata ni. Aku dengar pon masa aku tengok ada perempuan "popo's" (popo's means popular). First glance memang aku tak ambik port la. Lepas tu bila scroll balik phone nampak tittle "INAMORATA". Aku rasa cam pelik la dengar perkataan INAMORATA. First time dengar lagu tu aku dah suka melodi and lirik dia. Padahal masa tu belum dengar the original singer nyanyi lagi. Masa tu baru dengar this popo's girl ni nyanyi. Lepas dah suka semua teruslah dengar the original singer nyanyi. At first I was like "siapa dia Ryan Mitchell Grey ni?" Macam biasalah aku sebelum kenal orang dah underestimated and pikir macam- macam. Lepas aku tengok si Ryan Bandong ni rasa menyesal sebab dah memperlekeh kemampuan dia. People call him Ryan Bandong. At first bila dengan  bandong I macm owh Ryan Bandong like air bandong tu. I don't know that Bandong is pronounces as Badong. Lepas tu gelak sendiri lah. 

Bila dah dengar lagu baru terfikir nak cari makna Inamorata tu. Cari kat google meaning jumpa la maknanya.

in·am·o·ra·ta
inˌaməˈrätə/
noun
  1. 1.
     person's female lover.

    It's actually an Italian word. Hahs bangga jap sebab tahu Italian word. Padahal tahu satu je pon

    Ok cukup. Aku dah bagi makna perkataan. Tak payah nak dera aku suruh explain the meaning of the lyric pulak. Aku bagi penumbuk nanti.

    Nah aku tinggalkan semua dengan videi lagu awesome ni. Enjoy!


Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images