Monday, October 27, 2014

Kuantan ey.

Salam semua

All pictures was taken in Kuantan. Maaf sebab tak ada masa tulis panjang berjela macam selalu. Tadi dah siap tulis dah. Tapi bila dah habis tulis lupa save, lupa jugak publish. Masih sangat sakit hati dengan diri sendiri. Wow sangat pandai kan?





 




\





Penuh gambar laut sebab Ioulss dengan laut macam isi dengan kuku. Walaupun tak pandai berenang masih kuat jodoh diantara kami. Kadang kala bercinta dengan ciptaan tuhan lebih baik. Bila bercinta dengan hambanya penuh dugaan campur air mata. Maaf belogceritasaya ni dah jadi tempat meluah perasaan. Maklumlah penulis belog acah jiwang karat. Hati terguris sikit emo macam mati laki. Dah penat menekan huruf ni. Penat lagi menahan perasaan sebab tak tekan publish belog tadi. Menyesal tekan leave page tadi. Haihh redha je lah.

Tulisan pon tak sebagus mana. Gambar pun tak secantik imaginasi. Terima Kasih lah pada yang sudi baca. 

Semoga berjumpa lagi lain masa lain waktu. tata!












Wednesday, October 22, 2014

Stat beri cinta bab 5

" Hello Zain. Hello anak mama. How's everything? Mama ada bawakkan makanan. Mama bawak nasi ayam" Puan Sri Kirana masih lagi melayan Zain seperti anak kecil berusia 5 tahun.

Zain segera bangun tanpa menyahut salam mamanya. Dia tidak peduli bahawa dia bersikap kurang dengan ibunya. Dia berasa mamanya makin keterlaluan. 

"Ma, please la ma. Tak payah lah hari- hari datang hantar makanan untuk Zain. I'm not a five year years old boy. I'm sick of everything ma. Zain tahu mama sayang Zain but please understand ma. I'm not a little boy" 

Puan Sri seakan tersentak mendengar kata-kata anaknya. Dia tidak sangka kehadiran dia telah mencetuskan kemarahan anaknya. " Zain mama cuma hantar makanan je. What is strong with that? Zain ni macam tak hormat mama dah. Ok baik mama balik je lah. Jangan lupa makan makanan tu"

Puan Sri berlalu pergi tanpa menatap muka Zain. Dia terasa hati dengan tindakan anaknya yang seakan menghalaunya. 

Zain pula segera membaling failnya mejanya sehingga mengejutkan Kayla. Dia makin tidak selesa dengan tindakan mamamya yang selalu mengongkong hidupnya. Tanpa menghiraukan meja kerjanya yang berselerak Zain segera menuju ke meja Kayla. 

"Kayla Iman... ikut saya lunch sekarang" Kayla terkejut kerana dia terlalu fokus memandang skrin laptopnya.

" Apa encik Zain? Encik ajak saya lunch? Sekarang?"

"Awak nak ke tak nak? Kalau tak payah ikut lah. "Pelawaan Zain seakan mendesak. Kayla bersetuju seperti dia tidak punya pilihan lain.

Najwa tiba- tiba datang menegur Kayla. Nasiblah encik Zain menunggunya di lobby. " weyh cik kak.. Jom lunch."

Kayla menunjukkan muka lesu sambil membalas "sorry la Wawa hari ni tak boleh sebab boss dah ajak aku lunch. Sorry ok"

Najwa seakan terkejut mendengar kata- kata Kayla. Sambil tersenyum sinis dia membalas " omg Kayla. Encik Zain ajak kau lunch? Dia mabuk ke apa? Selama ni tak pernah pulak dia ajak staff dia lunch. Ajak sembang pon tak pernah. Ini tak logik.

"Aha tu la. Tapi dia dah ajak kena pergi la. Dia kan boss aku. Ok la aku pergi dulu. Bye."

Najwa membalas dengan nada memerli "bye. Dating jangan lama- lama. Nanti Tan Sri marah.. Haha" 

Zain membawa Kayla makan di restoran Gyukaku. Itulah restoran Jepun kegemaranya. Kayla jarang makan makanan Jepun kerana baginya makanan Jepun terlalu mahal. Tidak berbaloi makan selalu. 

Zain memulakan bicara kerana Kayla kelihatan tidak selesa keluar berdua dengannya " Kayla.. Awak ok ke makan tempat macam ni? Kalau tak suka kita makan tempat lain. Tak ok cakap je saya ok pergi tempat lain"

Kayla berasa lebih tidak selesa kerana pertanyaan Zain membuat dia serba salah. Biasanya dia membahasakan dirinya "saya"

"Saya ok encik Zain. Makan anything pon saya tak kisah. Makanan Jepun memang favorite saya cuma tak mampu makan selalu" Tanpa berselindung Kayla memjawab pertanyaan Zain.

Kayla tidak mampu membantah. Dengan Zain dia tidak pernah mampu untuk kata tidak. Kayla takut sekiranya dia membantah Zain akan memarahinya. 

Kenduri Tahlil

Salam Eribody. 
Hari ni Hari Deepavali. Kita ni Melayu pior so tak sambut lah. Pagi tadi sempatlah perasan Kareena Kapoor sekejap sibuk berjoget Bole Chudiyan. Hari ni ada kenduri tahlil arwah nenek. Allhamdulilah, semua dapat berkumpul bersama. Angah kat Kuantan je tak balik. Sobs sket.

This morning and afternoon was great. I am thankful for everything. Happy kebab dapat kumpul ramai. Jerit pekik lolong take hingat. There was so many cute babies but most them don't like  me. Kata cikgu tadika tapi budak tak suka. Boleh?

Dapat berkumpul bersama keluarga besar adalah kegembiraan. Dapat tangkap gambar lawa adalah kegembiraan beganda.


Bunga kuning cantik jelita. Kumbangnya mana?


Dapat camera lawa lampu tetap menjadi pujaan.


Ayahanda, bonda dan adikanda (bedal sebab tak tahu adik bahasa istana)


Kalau dah nama pencinta bunga gambar bunga jelah penuh.


Tak sempat OOTD. Sempat muka selebet je. Jubah cantik saya dari mekah.






Datuk handsome dan abah vogue. Kerlasss!

okay tu je lah. Pictures taken using Canon EOS camera. Kualiti gambar superb. Take sabar nak pinjam.

Novel yg dipublish seamless agak cliche je. Kalau suka baca harap komen. Kalau tak suka pon harap komen. Yang mana boleh diadjust kita adjust. Terima Kasih

Monday, October 20, 2014

Star beri cinta bab 4

Dua bulan telah pon berlalu setelah Zain pulang dari Jepun. Tiada apa yang Zain lakukan di rumah selain makan, menonton televisyen dan tidur. Zain tidak banyak melepak dan merayu kerana dia tidak mempunyai kawan dan kesempatan.

"Zain papa nak cakap sikit. Next week Zain akan mula kerja dekat company papa. So papa nak.. 

"Papa isn't it too early for me to start working in your company? Bagilah Zain masa lagi sebulan." Zain pantas mencelah tanpa memikirkan percakapanya. 

Tan Sri Zainuddin membalas dengan nada kasar "what? Bagi masa sebulan? Untuk apa? Untuk terus duduk rumah, besarkan perut. Ok papa bagi masa 2 minggu untuk kamu rest. After that no more excuse young man." Tan Sri segera beredar tanpa menoleh kearah Zain yang seperti kebingungan.

Setelah seminggu berfikir Zain terus menyuarakan apa yang terbuku di benak hatinya. Kali ini Zain bertemu empat mata dengan papanya tanpa dipaksa. Tanpa melenggahkan waktu Zain segera menyuarakan hasratnya. " Ok fine papa. FINE! Zain akan kerja dekat company papa but I have one condition. Zain tak nak papa treat Zain macam anak papa. Dekat office just be professional. Just treat Zain macam pekerja papa yang lain. Easy brezzy right?"

"Cmon young man, cmon Zain. Kenapa papa tak boleh treat Zain macam anak papa at the office. Apa jadi pon at the end you still will be my son right? But kalau itu yang Zain nak I'm fine with it. Janji Zain kerja dengan bagus." Tan Sri Zainuddin seakan menurut saja kata- kata anaknya.

"Ok so next week Zain masuk kerja. Easy! I work with you and you be professional with me. Luar office Zain anak papa. Deal?" Zayn bersuara teruja.

Hari yang ditunggu telah tiba. Zain segera bersiap bagaikan tidak sabar untuk mula bekerja bersama papanya. 

Awal pagi Puan Sri Kirana segera berbicara " aduh anak mama ini makin cakep. Mukanya udah cakep cuma kok mukanya serius gitu? Kan masih pagi.. Ayuh senyum dong." Puan Sri sangat risau melihat muka Zain yang sentiasa muram sejak disuruh berkerja dengan papanya. 

Zain pantas membalas dengan nada marah. " good morning ma. Wait.... First thing pagi- pagi dah "ngomong" indonesia. Cakap melayu please and tadaaa.... I'm smiling now. Happy? Zayn berpura-pura senyum kelat bagi mengelakkan mamanya membebel.

Setelah hampir sepuluh minit mendengar mamanya berleter Zain bergegas mencapai beg bimbitnya nya. " I gotta go right now. Bye ma. Love you!" 

Itulah kata terakhir dari Zain sebelum meninggalkan rumah.

"Assalamualaikum encik. How can I help you sir?" Kayla Iman memberi salam kepada Zain. Dia tidak sedar bahawa dia sedang bercakap dengan anak pemilik syarikat.

"Waalaikumusalam. Saya akan bekerja di sini. You tak tahu ke saya akan bekerja di sini. By the way, who is Kayla? Papa saya cakap Kayla akan jadi secretory saya." Zain segera bersuara dengan muka masam bak cuka. 

"Ya allah, Encik Zain. I'm truly sorry. Saya tak tahu... Sa sa saya lah Kayla. Tan Sri tak pernah bagitahu yang Encik akan mula kerja hari ni. Maaf encik" Kayla berbicara gugup. Raut wajahnya seakan mahu menistiskan air mata.

Zain bermuka selamba. Dia tidak marahkan Kayla kerana dia tahu Kayla belum mengenalinya. "Owh so awak Kayla. Relax la. Tak payah takut dengan saya. Senang je kerja dengan saya. You buat kerja you. I buat kerja I. Easy"

"Ok Encik. Sila ikut saya sebentar. Saya nak tunjukkan office encik. Tan Sri pesan suruh saya tunjukkan semua tempat dalam syarikat ni." Kayla bertutur kata sopan kerana dia takut dia mengulangi kesilapan yang sama. Jikalau dia tersalah cakap sekali lagi mungkin reputasinya rosak di Sapura Kencana.


"Terima Kasih Kayla. Saya rasa biar saya tengok bilik saya dulu. Saya nak cuba sesuaikan diri kat sini. If I want anything I will let you know. Jangan takut dengan saya and ummm... jangan treat saya macam anak Tan Sri Zainuddin. Dekat office saya bukan anak dia. Understand?" Ucapan Zain kepada Kayla seakan memberi amaran. 

Kayla sunnguh terkejut setelah mendengar kata-kata Zain. "ummm ok then Encik Zain. Kalau ada apa-apa just let me know. Saya keluar dulu. Lega sungguh hati Kayla apabila disuruh beredar dari bilik Zain. Pertemuan pertama dengan Encik Zain sungguhlah memalukan.

"OMG OMG Kay Kay... Ya allah Kayla. Siapa lelaki yang cakap dengan kau tadi. Alaaa, handsomenya. AHHHHH!" Najwa tiba-tiba datang tanpa memberi salam kepada Kayla. Najwa tanpa berselindung melompat kegirangan di hadapan Kayla.

"Kau jangan nak buat pasal menggedik depan aku. Kau tau tak lelaki yang kau gilakan tu anak boss kita. Anak TAN SRI ZAINUDDIN! Kayla segera menuding jari ke arah Najwa. Hari ini adalah hari pertama Zain bekerja. Tidak manis bagi Kayla untuk berbicara tentang anak pemilik syarikat kerana dia akan bekerja sebumbung denganya.

Najwa tersenyum sambil membalas " omg tu anak Tan Sri eh? Hari-harilah boleh jumpa. Muka dah la macam Lee Min Ho. Badan dah lah sado. Kenapa dia kerja sini. Patut jadi model je. Sifat gedik Najwa makin terserlah selepas mendengar suara dari bilik Zain.

"Pasal tu jangan tanya aku. I don't know anything. Ok aku kena sambung kerja. Hari ni hari first boss aku kerja so banyak nak explain kat dia. Kau pergi siapakan kerja kau. Menggatal lain kali eh" Perbualan meraka terhenti di situ kerana Kayla seakan mendengar jeritan dari bilik Encik Zain.

"Kaaaaaayla"

Star beri cinta bab 3

Bab 3 Dunia Baru

" TUK, TUK, TUK. Assalamualaikum mama" Zikri memberi Salam.

Zikri bersuara lagi " Mama, bubbly boo mama dah balik. Pengarang jantung mama ni rindu mama. Jepun sejuk gila ma". Zikri sering menyindir mamanya kerana sifat mamanya yang suka melayan abang nya seperti anak kecil.

Zain terdengar suara Zikri dan segera membuka pintu. " Weii bro, awalnya Lu balik". Kata- kata Zikri mengejutkan Zain.

" well wa saja nak surprise semua orang. Lu muka makin buruk. Pipi berkedut doh. Kalah papa weyh" Zain dan Zikri sering berpewatakan seperti rakan baik biarpun mereka sebenarnya adik beradik. Biarpun jarak usia mereka 2 tahun tetapi kelakuan mereka seperti rakan sebaya.

Zain sering membahasakan dirinya gua Lu apabila bercakap dengan adiknya. Mereka memang adik beradik namun mereka selesa menggunakan bahasa yang kasar.

"Cehhh, wa ingat lu balik bawak Ayumi Hamasaki jadi kakak ipar. Lu bawak body je." Zikri mengutuk abang nya sambil memuncungkan muka.

Zain pantas menarik koler kemeja Fred Perry nya dan menjawab "Bitch! gua bukan macam lu, awek keliling pinggang. Gua lelaki bukan jantan." Zain megherdik Zikri tanpa memperdulikan perasaanya. 

"Lu macam mana nak ada awek, kawan pon tak ada. Nampak gayanya aku khawin dululah dengan Kilafairy. In your face mummy's boy. Alah alah my bubbly boo". Zikri terus menyakat abangnya. Dia berasa puas bila melihat abangnya bingung dah tak tentu arah.

Puan Sri Kirana tiba- tiba datang dari arah tangga. Zain dan Zikri merasa sungguh terkejut. "Mama solat tadi. Balik jugak anak mama sekor ni". Suara Puan Sri kedengaran girang.

Seminggu telah pun berlalu setelah Zain pulang dari Jepun. Zain banyak menghabiskan masanya di rumah. Sejak dari kecil Zain memang tidak pernah keluar rumah jika tiada kepentingan. 
Suatu hari Tan Sri Zainuddin tiba- tiba datang menegur Zain. " Zain tak pergi mana- mana? Tak keluar dengan kawan? Kenalah belajar begaul. Nanti nak ambik alih syarikat papa kan? Kena jumpa banyak orang" 

"Papa whatever for nak ada kawan. I've got you, mama and Zikri. It's more then enough" Zayn menjawab kata- kata papanya. 

Tan Sri Zainuddin sangat tidak puas hati dengan jawapan anaknya. Dia dengan segera membalas "haih budak ni, makin besar makin ikut perangai mamanya. Buang beras cakap dengan kau ni. Nasib la aku ni suami mithali. Sayang selalu kat omak kau".

Star beri cinta bab 2

Bab 2 Kepulangan

"Assalamualaikum Ma.. Assalamualaikum pa. Mama.... Papa..! " Zackary memberi salam dengan suara yang lantang dan garau.

"Oh ye ye.. Alah alah alah... Baby boy mama dah balik dah." Puan Sri Kirana sungguh  teruja melihat kelibat anak terunanya. " Mama rindu setengah mati tau dengan anak teruna Mama sorang ni. I have so many things to ask you. How was Japan and all?". Puan Sri Kirana tidak langsung meyembuyikan keterujaanya. Maklumlah, Zackary Zain adalah anak yang paling rapat dengan Puan Sri Kirana Larasati.

"Ma.. I just got back from Japan. Flight dari Japan ke KL tu tujuh jam tau.Could you please calm down and stop being so excited. Zain dah 3 tahun tak balik Malaysia kan? Please let me take a rest and settle down. Penat tak hilang lagi ni... and my mind is still in Tokyo". Zain bersuara kasar dengan mamanya dek kerana penatnya yang belum hilang. Biarpun Zain sangat manja dengan mamanya namun kadang kala dia berasa ibunya itu terlalu berlebihan. 

" Ya Allah sayang, why are you so mad at me? Is that the way you talk to me. I'm your mother. Emang kamu mahu jadi anak yang kualat sama ibunya? Mama tahu mama excited and I'm sorry ok. Mama "kangen" gila dengan anak mama ni. Kamu tak rindu Mama ke?" Puan Sri Kirana berbangsa Indonesia dan berasal dari Jakarta. Setelah 29 tahun menetap di Malaysia dia semakin fasih berbahasa melayu. Kerana itu juga lah dia sering mencampur adukkan bahasa Indonesia dan bahasa Melayu.

"Ma? What did you just say? Kualat tu apa? Zayn bertanya kepada ibunya. 
" Mama, could you please stop speaking Indonesian? It's anoyying you know. I don't understand a single word" ok kalau Zain cakap kasar tadi Zain mintak maaf. Zain punya mind masih dekat Tokyo. Sorry mama my bubbly boo" Zain segara meminta maaf kerana takut ibunya berkecil hati denganya. 

Selepas itu Puan Sri Kirana segera membalas. "Sayang, I'm sorry too ok. Mama ingat Zain dah tak sayang mama lagi. If you don't love me anymore my life would be miserable. Mama just excited nak tahu macam mana keadaaan sayang kat sana. Raut wajah Puan Sri Kirana tenang setiap kali berbicara dengan jantung hatinya. Biarpun dia marah wajahnya tidak pernah menunjukkan kemarahanya.

Zain tersenyum mendengar kata- kata mamanya. Mamanya adalah orang yang paling senang membuat dia tersenyum. Zain membalas lagi "ma, dari tadi kita dok pok pek kat sini. Papa and Zikri mana? Zain berasa hairan kerana kelibat bapa dan adiknya tidak kelihatan dari tadi. " I miss my homeboy Zikri. I miss papa even more"

"Papa kamu pergi main golf dengan Dato Hashim. Sejak papa minat main golf ni mama dah jadi yang nombor dua. Kalau tak dulu bukan main je nak berkepit je 24/7 dengan Mama.Tapi elok jugak dia bercinta dengan kayu golf. Tak adalah pandai nak belajar pasang satu lagi" Puan Sri Kirana sungguh pintar berjenaka namun kadang kala jenakanya hambar. 

" eh lupa, Zikri adik kamu tu pergi kelas guitar. Tu satu lagi mama tak paham. Asyik dengan muzik lepastu pelajaran entah kemana. Nasib kamu tak macam tu. Tak kenan betul mama. Menyanyi, bersosial, menyanyi, bersosial. Pagi petang siang malam tu lah kerjanya. Pusing dehh kepala mama. Puan Sri Kirana sekali lagi menggunakan bahasa Indonesia biarpun tahu Zain tidak menggemarinya.

Perbualan mereka terhenti kerana gangguan bunyi di luar rumah....

Star beri cinta bab 1

Bab 1 Prolog

"BANGGGG!" terhenti seketika lamunan Kayla Iman apabila rakan baiknya, Najwa Izuana menghentak meja kerjanya.
         
       "Ya Allah, terkejut aku melayu anak mak cik Wawa oii" Kayla segera membalas. Kayla mudah melatah apabila terkejut.

"Ni apa ni, mengelamun tengahari buta ni. Mesti dok berangan khawin dengan Nate Archibald lagi ni" Najwa memang suka menyakat Kayla sebegitu kerana Kayla memang pantang melihat kelibat mat saleh.

"Mana ada mimpi Nate Archibald sayang oii. Aku teringat apa Tan Sri cakap kat aku pagi tadi. Terkejut aku dibuatnya". Kayla meluahkan rasa hati nya kepada Najwa. Riak wajahnya seperti gementar namun nada suaranya seakan teruja.

"Ok beb, apahal- apahal kita pergi lunch dulu. Perut aku dah berbunyi ring ding ding ding ding pow dah. Nadiah menyayikan sebaris lirik The Fox oleh Ylvis. Masa lunch kau harus story kat aku" katanya lagi.

Kayla dan Najwa segera menuju ke restoran kegemaran mereka "Chef & Brew". Di situ lah tempat mereka sering menjamu selera. Tempat ini lah tempat kegemaran mereka. Di sinilah mereka mula rapat dan saling kenal. 

"So what's up beb? Anything you want to tell me about Tan Sri Zainuddin? Nampak serious je. Or... Don't tell me dia mintak kau jadi gundik dia." Najwa segera bertanya dengan selamba.

"Ewahh, kau mulut tak ada insuran kan? Tak lawak lah joke bodoh kau" Kayla mendengus marah. 

"Ok sebelum otak kau jadi lagi kuning baik aku cerita sekarang.Tan Sri cakap dengan aku yang lagi 2 bulan akan ada orang ganti jawatan dia. According to him anak teruna dia yang akan ganti position dia" Kayla membuka bicara dengan nada gugup. Kayla jarang berbicara gugup namun kali ini tutur bicaranya sangat gugup seperti dilanda keresahan.

"OMG Kay Kay.. Anak dia akan ganti dia?" Mesti dia handsome macam Lee Min Ho. Mesti muka dia macam Choi Jin Hyuk. Mesti mata dia sepet macam Lee Seung Gi. Mesti suara dia macam Lee Hong Ki. And mesti dia jambu macam Rain. Best gila life kau. I can't wait to meet him" Najwa seringkali menunjukkan keterujaan yang melampau tatkala berbahas soal lelaki.

" Well hello kau dengan boyfriend Korea kau. Kau ni kalau bercakap pasal jantan bukan main lagi. Jangan stereotype sangat boleh? Anak Tan Sri tak semestinya handsome. Orang handsome tak semestinya baik. Entah entah dia kasanova, player. Who knows right? Lagi satu, kaya tak menjanjikan bahagia." Kayla sering berbalah apabila berbicara soal lelaki kaya. Kayla  berasa bahawa Najwa sangat kolot. Mungkin kerana dia suka berimaginasi dan terlalu banyak menonton drama korea.

"Wehh kau ni don't judge a book by it's cover boleh tak. Bukan semua lelaki kaya tu players ok. 
Gedik la lu! Tu lah padahnya suka sangat layan drama Melayu. Suruh layan drama Korea tak nak". Najwa pantas membela diri. Biarpun Najwa gadis Melayu tulin namun dia sering mengagung- agungkan bangsa Korea.

Perbualan mereka terhenti di situ. Masing- masing kembali asyik menikmati makanan mereka. Bak kata Najwa "rezeki jangan ditolak, maut jangan di cari".


Saturday, October 18, 2014

Buah hati



Allhamdulillah. Dah dapat buah hati baru. Nampak tak? Alah yang kelabu gambar buah tu. haha Memang betul lah orang kata penantian tu satu penyeksaan. Nak beli benda ni kumpul duit dari kecik tau. Haha ayat sungguh memerli okay.

Okay. Sementara tunggu OS X habis download  tulis lah kejap. Ingatkan cepatlah ruapanya lambat. Tunggu software update pon menguji kesabaran. 

Saya janji pada diri sendiri saya akan jaga cinta hati saya ni bagai menatang minyak yang penuh. Saya akan mandikan dia dengan kasih sayang. Maafkanlah saya jikalau ayat saya keteroveran (kalau ada perkataan cengitu). Makmlum lah orang tak ada mata air. Berangan sampai ke bulan la.

Okay. nanti type lagi. Mata ni tak tertolong dah ni. Nak terpejam je.
Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images