Wednesday, October 22, 2014

Stat beri cinta bab 5

" Hello Zain. Hello anak mama. How's everything? Mama ada bawakkan makanan. Mama bawak nasi ayam" Puan Sri Kirana masih lagi melayan Zain seperti anak kecil berusia 5 tahun.

Zain segera bangun tanpa menyahut salam mamanya. Dia tidak peduli bahawa dia bersikap kurang dengan ibunya. Dia berasa mamanya makin keterlaluan. 

"Ma, please la ma. Tak payah lah hari- hari datang hantar makanan untuk Zain. I'm not a five year years old boy. I'm sick of everything ma. Zain tahu mama sayang Zain but please understand ma. I'm not a little boy" 

Puan Sri seakan tersentak mendengar kata-kata anaknya. Dia tidak sangka kehadiran dia telah mencetuskan kemarahan anaknya. " Zain mama cuma hantar makanan je. What is strong with that? Zain ni macam tak hormat mama dah. Ok baik mama balik je lah. Jangan lupa makan makanan tu"

Puan Sri berlalu pergi tanpa menatap muka Zain. Dia terasa hati dengan tindakan anaknya yang seakan menghalaunya. 

Zain pula segera membaling failnya mejanya sehingga mengejutkan Kayla. Dia makin tidak selesa dengan tindakan mamamya yang selalu mengongkong hidupnya. Tanpa menghiraukan meja kerjanya yang berselerak Zain segera menuju ke meja Kayla. 

"Kayla Iman... ikut saya lunch sekarang" Kayla terkejut kerana dia terlalu fokus memandang skrin laptopnya.

" Apa encik Zain? Encik ajak saya lunch? Sekarang?"

"Awak nak ke tak nak? Kalau tak payah ikut lah. "Pelawaan Zain seakan mendesak. Kayla bersetuju seperti dia tidak punya pilihan lain.

Najwa tiba- tiba datang menegur Kayla. Nasiblah encik Zain menunggunya di lobby. " weyh cik kak.. Jom lunch."

Kayla menunjukkan muka lesu sambil membalas "sorry la Wawa hari ni tak boleh sebab boss dah ajak aku lunch. Sorry ok"

Najwa seakan terkejut mendengar kata- kata Kayla. Sambil tersenyum sinis dia membalas " omg Kayla. Encik Zain ajak kau lunch? Dia mabuk ke apa? Selama ni tak pernah pulak dia ajak staff dia lunch. Ajak sembang pon tak pernah. Ini tak logik.

"Aha tu la. Tapi dia dah ajak kena pergi la. Dia kan boss aku. Ok la aku pergi dulu. Bye."

Najwa membalas dengan nada memerli "bye. Dating jangan lama- lama. Nanti Tan Sri marah.. Haha" 

Zain membawa Kayla makan di restoran Gyukaku. Itulah restoran Jepun kegemaranya. Kayla jarang makan makanan Jepun kerana baginya makanan Jepun terlalu mahal. Tidak berbaloi makan selalu. 

Zain memulakan bicara kerana Kayla kelihatan tidak selesa keluar berdua dengannya " Kayla.. Awak ok ke makan tempat macam ni? Kalau tak suka kita makan tempat lain. Tak ok cakap je saya ok pergi tempat lain"

Kayla berasa lebih tidak selesa kerana pertanyaan Zain membuat dia serba salah. Biasanya dia membahasakan dirinya "saya"

"Saya ok encik Zain. Makan anything pon saya tak kisah. Makanan Jepun memang favorite saya cuma tak mampu makan selalu" Tanpa berselindung Kayla memjawab pertanyaan Zain.

Kayla tidak mampu membantah. Dengan Zain dia tidak pernah mampu untuk kata tidak. Kayla takut sekiranya dia membantah Zain akan memarahinya. 

Related Articles

0 comments:

Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images