Sunday, July 1, 2018

manusia racun

Tuhan temukan aku dengan manusia racun
Paling pintar maracun hati
Paling mudah menagih simpati
Paling sukar melacur budi

Tuhan aku mohon
Jauhkan aku dari manusia racun
Jauhkan aku dari peracun hati
Jauhkan aku dari penagih simpati
Temukan dengan pelacur budi.

Biar yang meracun terus meracun
Biar yang menagih terus menagih
Biar aku yang di sini melihat tepegun
Biar aku yang di sini terus tersengih.

Tuesday, June 26, 2018

Gelas

Jika aku gelas kau airnya
Kau penghilang dahaga
Begitulah kita ditakdirkan bersama akhirnya

Jika aku gelas 
Hatiku rapuh
Terlanggar berkecai
Tersentak berderai

Jikalau kau airnya
Kau penyejuk jiwa
Kau penghapus kecewa
Begitulah  uniknya kita tika bersama

Saturday, June 23, 2018

Biar

Biar disebut yang suka
Biar disimpan yang duka

Tak usah kau tanya apa

Cukup kau tahu siapa

Tuesday, June 12, 2018

Hotel

Jangan jadikan aku hotel mewah
Jadikan aku rumah

Aku bukan arak yang kau mahukan
Aku air yang perlukan

Aku bukan tempat persinggahan
Jikalau mahu setia, kekal..
Jikalau mahu tinggal, tinggal.

Mohon jadikan aku ratu.

Mohon jadikan aku satu
Bukan diperlaku bagai batu.

Sunday, April 22, 2018

Star beri cinta bab 11

Jumaat, 5.00 petang

Kayla Iman dan Zain hanya berdua di dalam kereta Range Rover Evoque milik Zain. Di corong radio pula sedang ke udara lagu Langit Cinta dendangan Dayang Nurfaizah.

"Kerna dia yang ku cinta
Sungguh tak pernah ku sangka. Hadir membelai jiwa dengan ikhlas, tulus hatinya
Pulangkan dia padaku. Tak tertanggung merindu."

Di dalam kereta menuju ke Empire Damansara Zain tidak langsung mengendahkan Kayla disebelahnya. Zayn sangat sibuk menhayati lagu tersebut sehingga terlupa bahawa Kayla sedang bersama dia. Walaupun suara Zain tidak begitu kuat namun Kayla dapat melihat bibir Zain yang seolah sedang menyanyi lagu itu.

"emmm, awak ni boleh tahan jiwang jugak'. Kayla akhirnya bersuara.

"ye la.. sebab awek Jepun tu lah saya jadi jiwang karat macam ni. Dulu sebelum kenal dia saya layan Arctic Monkeys, Kodaline and The 1975 je. Lepas kena reject saya dah layan Dayang, Search and even Anuar Zain." Zain cuba berjenaka namun seakan tidak ikhlas.

"it's okay.. Lepas ni awak boleh cari kebahagiaan lain. I'm sure banyak lagi orang yang boleh buat awak bahagia."

"Maybe not. Hanya dia lah kebahagian saya. Macam mana saya nak rasa bahagia bila bahagia saya tu dah hilang."

“Zain papa saya selalu kata bahagia tu ada di mana- mana. Selagi awak percaya bahagia pasti ada.”

Kayla tidak pernah memberitahu sesiapa bahawa dia seorang pencinta puisi dan kata- kata. Setiap apa yang dia katakan semuanya ada dalam puisi dia. Cuma terpulang pada yang mendengar hendak percaya atau tidak.

Sedang Kayla duduk sendirian di Taman Metropolitan Batu dia menaip whatsapp kepada Zayn. Di ambil Dari lagu Tulus..

Cukup bagiku melihatmu tersenyum manis Di pagimu siangmu malamu. Seyum!”



Star beri cinta bab 12

Setiap hari apabila berjumpa Kayla tidak langsung bertanyakan kisah silam Zain. Sebenarnya banyak perkara yang membelenggu fikiranya. Otaknya bercelaru, hatinya berdebar. Rasa ingin tahu semakin hari semakin mebuak- buak namun Kayla masih mengumpul kekuatan untuk menyuarakan perasaanya.

"Zain... Ermm sebenarnya benda ni dah lama dah bermain dalam fikiran saya tapi saya tak tahu macam mana nak mulakan. Saya takut awak marah"

Muka Zain seakan kebingungan. " Bila awak buat saya tertunggu- tunggu macam ni saya lagi marah. Cakap je lah. Kalau saya marah pon at least awak dah cakap apa awak nak cakap kan?"

“Em, pasal Ummu Naurah tu... awak rasa kenapa dia tinggalkan awak?”

“Dia tak pernah tinggalkan saya sebab dia tak pernah sukakan saya.. Saya yang main tarik tali dan sekarang itu tali dah terputus”. Dia tak pernah cuba nak tarik balik pon”

Saat itu terdetik hati Kayla untuk membalas. Kata- kata Kayla ringkas namun cukup membuat Zain tersenyum.

“Kalau awak tak putus dengan dia tak dapatlah awak jumpa saya”.. Bukan awak kata awak suka cipta memori baru?”

“ Betul, tapi saya tak perlu cipta memori baru dengan awak kot sebab mamat baju belang- belang tu mampu beri awak kenangan terindah.”

“Pergilah pada dia.. Jangan ulangi sejarah saya. Sejarah saya bosan.”
Dengan pantas Zain berlalu pergi meninggalkan Kayla.

“MELINAAA!”
“Ini untuk awak sebab awak saya punya. Apa sahaja yang saya punya saya kena jaga elok-elok.”

Sesungguhnya setiap yang kita ada haruslah dijaga seeloknya. Jangan sakiti dia. Beesyukurlah kerana dia bukan mungkin bukan milik kita selamanya.

Secara kebetulan Kayla sedang membaca baris ayat dari puisi tulisanya. Sengaja dia terus menatap telefon pintarnya kerana mahu mengelak dari jejaki penuh drama itu. Zain pergi meninggalkan dia sendiri dan muncul pula “jejaka drama” yang selalu sedih episode drama nya.

“Opss hari ni drama yang mana ye? Bukan Melina dalam drama slot Akasia kan? Yang tv3 tu...”
“Saya Iman dalam drama dekat astro. Berapa kali nak ulang cerita Melina tu? Saya tak suka yang sedih. Saya suka yang tersenyum je.”
“Awak pon saya suka yang tersenyum je sebab yang itu je Aideen Faliq yang saya kenal.. Periang dan açah- acah macho.”

Terlalu banyak untuk diceritakan tentang Aideen Faliq Lee. Cerita tentangya sungguh panjang dan sedih.

Thursday, August 24, 2017

Barbie

Asalam semua.. Dah lama dah tak menulis dekat blogceritasaya ni. Hari Selasa adalah tengok Love Vivy episode 5. Ada one part yang Vivy pergi Hamley's and tunjuk Barbie section. Hmm, banyak sungguh kenangan dekat London and Hamleys dulu. Ingat lagi last two years pergi Hamley's in Malaysia and I was like

"kat sini ada jual One Direction doll tak?"
and that sales boy was like "tak ada" with his annoyed face. Layan customer macam nak tak nak.

Sejak tu I macam tak berapa suka dengan service Hamley's kat sini. Bukan sebab I nak show off yang I pernah sampai Hamley's dekat London. Bila teringat balik I macam a bit geram. I'm fine kalau tak jual benda yang I nak tapi sebagai pekerja at least senyum dengan customer. Senyum kan sedekah.

Hamley's dekat London lain gila dengan sini. Masih segar bugar dalam ingatan yang Jamal, salah seorang pekerja di sana boleh memberi layanan yang sangat tip top. Masa tu dia tengah buat demo pasal magic pen. Dia dengan ramahnya, dengan senyum dia, dengan child friendly dia. Cara dia layan buat kau automatic rasa nak beli barang tu sebelum dia demo. Over kan? Eh, aku ni dah kenapa macam kanak- kanak rang cerita pengalaman aku kat Hamley's.

Berbalik pada tajuk post.. Semalam terpandang rak kat bilik dan ternampak beberapa dolls yang aku sanggup berabis duit beli dekat Hamley's dulu. Paling kelakar bleh pulak terbukak balk semua kotak and terjumpa patung Justin Bieber and Zayn Malik. Patung JB tu boleh bunyi lagi. That's really creepy.

Buat yang tak tahu I ni peminat Barbie tegar sejar berumur 9 tabun. Kalas budåk sekarang dibodek pakai Ipad I dulu merajuk harus dibodek pakai Barbie. Tak dapat Barbie kurung diri dalan bilik sampai dapat. Over sangat.

Dulu sanggup lepak rumah kawan sebab nak main Barbie. Masa tu siapa yang ada rumah and kereta Barbie dikita rich ass. Best sangat bila ingat.

I used to have so many Barbie. Dulu ada Barbie siap pakai kebaya Nyonya. Yang itu paling rare. Paling best when my dad bought for me Barbie from Star Wars. Paling tak best dapat main dua hari lepas tu I terpatakan kepala dia.

Recently tertengok instargram Nazreen Musa. Omg dia lelaki but she love Barbie so much ok. Kalau boleh jadi geng Barbie masa kecik dulu heh. I do't weather dia girl or boy. To me whoever plays Barbie the best people. Jealous gila tengok Barbie collection dia. Boleh ke macam tu?


Barbie is my childhood. Barbie is my future. Barbie is my forever. Boleh tak nak start kumpul Barbie balik? Haha..

You may appericiate your life. I appericiate my Barbie. Bunyi kelakar but itulah hakikatnya. Lol
Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images