Sunday, August 17, 2014

Podgy And The Banker

Selamat hari Isnin.. Rasa macam dah bersarang belogceritasaya ni kan. Berdebu dah. Tak menyempat lagi nak blog bulan August ni.

Inilah yang terjadi apabila sibuk membuat benda yang tidak penting. Itu memang kebiasaan. Benda penting dibiarkan ditinggal kan. Benda tak penting diutamakan didahulukan. 

Hari Jumaat lepas adalah pergi Podgy And The Banker. Dah 3 kali jugak lah mengopi di situ. Tak tahulah kenapa sekarang ni banyak sangat minum overprice coffee. Dekat Kolumpo ni makin bersepah kedai kopi moden urban ni. Mungkin saya pon dah tak nak terlepas mengikut trend semasa. Kesukaan melepak di kedai kopi mahal bukan bertujuan untuk berlagak. Yang baca jangan hentam dulu ye.

Kedai ni best. Banyak sebab kenapa aku kata tempat ni best. Pertama sebab tempat ni dekat dengan rumah kedua saya. Kedua environment dekat kafe ni cantik dan nyaman. Dia punya interior pon just nice. Tak terlalu crowded dengan kerusi meja. Kalau nak buat assignment sambil minum kopi sangatlah sesuai. Makanan dekat kedai ni boleh tahan sedap la jugak. Kek dia lebih sedap dari Secret Recipe. Walaupun mahal tapi tapi memang berbaloi la kan.

Pokoknya kafe ni memang best la. Yang baca jangan baca je pergilah cuba.







Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images