Monday, February 21, 2011

Pertunangan kakak sedara.

Salam kawan-kawan. Hello PEMblogger. Nampak tak? Tajuk dah tulis pertunangan kakak sedara. Tajuk tu bukanya apa pun, takot ja kalau ada yang tertanya-tanya siapa yang bertunang. Kakak sedara tunang bukan hari ni. Dia tunang Sabtu baru ni. Sabtu & Ahad tak boleh nak belog. Wifi pon tak ada dekat sana. So dah dari Sabtu janji nak belog tu yang hari ni belog balas dendam tu. Karang kalau break promise ada yang marah pulak.haha. Ok sini kita mula story pasal pertunangan kakak sedara kita. Wahh ingat lagi dulu masa kita kecik-kecik comel lote selalu main dengan Kak Cida *nama panggilan dia*. Main dengan dia siap gelak-gelak semua. Sekarang pon masih suka begurau senda gelak tak hingat dengan dia. Sekarang saya pon dah besar, walaupun perangai kadang-kadang masih kebudak-budakan. Opss bukan kadang-kadang tapi selalu. haha. Sekejap ja masa berlalu tup tap tup tap kakak sedara saya dah jadi tunangan orang. Sukanya saya tengok dia bahagia. Lagi-lagi masa majlis tu, semua muka berseri-seri dek kerana terlalu bahagia. Saya pon bahagia!

Saya dah story panjang-panjang, sekarang biar gambar pulak bercerita.


Ni lah kakak sedara yang bertunang tu. Lawa kan?


Dengan tunang dia *saya pon first time tengok muka dia*. Comel je dua-dua.


Tangkap dari atas pakai BB ja. Tapi kakak ku still lawa.


Saya kalau ada majlis nak saja bergambar. Tak ada majlis pon syok sendiri je keje.

Yang baju putih tu lawa selalu, yang baju pink tu macam dah gemuk.

Orang lain berbaju kurung tapi budak yang duduk depan & tengah tu semangat pakai t-shirt.


Bonda saya pon nak bergamba jugak. Bonda suka sangat pic ni sampai zoom berkali-kali. Lawak. Ni kalau mak tahu gambar dia masuk belog, habis den.


Hantaran pihak perempuan dah pihak lelaki.


Dah, gambar ni je sempat post. Banyak lagi sebenarnya gambar dalam camera Samsung. Tapi tak larat nak upload semuanya. tengok ja dekat facaebook. Kesimpulanya masa hari pertunangan kakak sedara saya semua berjalan lancar. Nampaknya semua gembira walaupun banyak yang penat lelah membantu di majlis. Tadi tak terfikir pulak hari ni sempat belog. Dalam tengah sibuk-sibuk siapkan assignment First Aid sempat jugak cari masa nak belog. Sibuk belog assigment ditangguhkan seketika. Teruk betul. Ok nanti kita post lagi. Terima Kasih buat yang sudi membaca.

Bye-bye

Friend, Lover or Nothing- John Mayer

Tuesday, February 15, 2011

Kalau kita ada Bieber Fever

Hello semua. Diharap anda gembira membaca post saya walaupun post hari ini seperti tiada motif dan dan kebaikan. Hari tu ada yang suruh tulis pasal Bieber lagi so nah ni saya post. Baca puas-puas.

"cause went I see the in your eyes it just tells me apart". Salah satu lagu yang dia tulis sendiri.

Note: Perempuan yang gilakan Bieber akan tulis, membebel tentang dia setiap hari. Aku adalah salah seorang dari padanya. Yang duduk sebelah aku sure pening, mengantuk dan malas nak layan. Ok, BIEBER FEVER! Beware, penyakit ni boleh berjankit. Lagi-lagi kalau duduk sebelah Belieber macam aku.

Walaupun tahu post hari ni tiada motif. Ok Ok tak kesah.. Nak tulis jugak. Yang rasa tak nak baca "saya tiada masalah". Saya tak nak layan awak dah. Ok, hari ni dekat FACEBOOK nampak tak dalam album Justin Bieber saya ada gambar Justin Bieber dengan Caitlin Beadles *ejaan main belasah pasal lupa eja nama dia*. Siapakah itu Caitlin? Semua mesti tergaruk-garuk kepala memikirkan. Ok Caitlin bukanlah gadis cantik yang aku jumpa di website atau fashion blog. Mentang-mentanglah saya suka bukak fashion blog, ada ja yang nak memandai teka. Ok biar saya berterus terang Caitlin Beadles yang gorgeous tu adalah salah satu ex girlfriend Justin Bieber. Ok sini saya bagi gambar dia.

Lawa sungguh kan dia?

Ni yang cemburu ni

Ok, entah hape-hape ntah. Sibuk membebel pasal si Catlin ni. Yang baca mesti dah ternganga mulut menguap. huhu. Ok sekarang ni nak membebel pasal Shay Misuraca pulak. Eh, Shay Misuraca tu bukan adik aku, bukan sedara, mak cik aku lagilah bukan. Dia adalah ex girlfriend Justin Bieber jugak. Ok, kena mengaku. Dia memang lagi cantik dari Caitlin lah. Sini saya bagi gambar. Sorry, tak jumpa gambar dia sorang yang menunjukkan dia lawa. dapat bagi yang ini ja.

Ok, yang baju biru tu Shey. Karang kalau tak kasi tahu ada je nak mengata.

Ok, sampai 2 perenggan aku cerita pasal ex Justin Bieber kan? Padahal bukan ada kebaikan pon. Ok aku hanya tahu pasal ex dia yang dua orang ni saja. Ada lah yang lain. Banyak jugaklah dengar gossip-gossip pasal dia. Orang kalau dah popular sana sini dengar cerita. Ok saja nak share. Sekarang ni Bieber dengan Selena Gomez ok. Nak kata suka tak jugak, nak kata cemburu memang. cemburu sangat-sangat ni. Ok semua yang dapat Bieber confirm bertuah, cantik pulak tu.

Ok sudah- sudah cerita benda yang tak penting. Justin Bieber adalah anak kepada Pattie Mallete dan Jeremy Bieber. Justin Bieber mempunyai dua orang adik tiri bernama Jazmyn Bieber and Jaxon Bieber. Justin bieber dilahirkan di Stanford, Ontario. Nombor kegemaran Justin Bieber adalah nombor 6. Justin Bieber suka makan Spaghetti. Jenama kasut kegemaran ialah Supra. Justin Bieber suka warna biru dan ungu. Kalau nak tahu apa sahaja pasal Justin Drew Bieber sila tanya. Confirm saya boleh cerita lebih dari 7 perenggan.

p/s- Jika ada yang rasa meminati dia adalah perkara yang membuang saya tidak kesah.

Saturday, February 12, 2011

Who You Are

Salam semua. Kita mula dengan lagu ni. Nanti saya cerita apa ada pada lagu ni.

I stare at my reflection in the mirror...
Why am I doing this to myself?
Losing my mind on a tiny error,
I nearly left the real me on the shelf ...
"no,no, no, no..."

Don't lose who you are, in the blur of the stars!
Seeing is deceiving, dreaming is believing,
It's okay not to be okay...
Sometimes it's hard, to follow your heart.
Tears don't mean you're losing, everybody's bruising,
Just be true to who you are!
(who you are)x11

Brushing my hair, do I look perfect?
I forgot what to do to fit the mold , yeah!
The more I try the less is working yeah yeah yeah
'Cause everything inside me screams, "no,no,no,no..."

Don't lose who you are, in the blur of the stars!
Seeing is deceiving, dreaming is believing,
It's okay not to be okay...
Sometimes it's hard, to follow your heart.
But tears don't mean you're losing, everybody's bruising,
There's nothing wrong with who you are!

Yes, No's, egos, fake shows
Like "woo", just go, and leave me alone!
Real talk, real life, good love, goodnight,
With a smile ...
That's my own ! (that is my own) "no,no,no,no..."

Don't lose who you are, in the blur of the stars!
Seeing is deceiving, dreaming is believing,
It's okay not to be okay...
Sometimes it's hard, to follow your heart.
Tears don't mean you're losing, everybody's bruising,
Just be true to who you are!
yeah yeah yeah


Dah lama sangat dah dengar lagu ni. Bulan lepas kot dengar. Tu pon lepas tengok Step up 3D lah. Kalau tak tengok step up 3D, tak terjadilah post hari ni.
Lagu ni lirik dia simple je. Tapi makna dia banyak. Bila dengar lagu ni rasa yakin. Lagu ni lebih kurang macam lagu Stay The Same la. Lirik dia kata suruh kita percaya pada diri sendiri. Suruh percaya yang mimpi boleh jadi kenyataan. Cehhh, bukan senang nak dapat lagu yang memberi semangat kan? Selalu lagu Justin Bieber je bagi saya semangat. Hari ni lagu Jessie J pulak jadi pemberi semangat. Lagu ni bagi saya semangat melalui hari-hari mendatang. Chewahhh ayat** Ok, sebenarnya sekarang tengah siap kan assigment tapi tertekan blogger pulak. Kan dah TERtulis new post. Haha. Ok pemblogger dan pembaca sekalian sila layan lagu ni. Kalau ada yang nak tambah semangat sesuai sangat lah korang dengar lagu ni.

P/S- Geram sebab tak ada astro Citra. Dah lah semangat nak tengok Love Nora!!

Wednesday, February 9, 2011

Lazy bum

" A rainbow would not be without first the rain"

Salam semua. ADUH!! Kenapa dengan aku ni hah? Dari semalam malas, malas, ok MALAS. Tolong boleh tak? Kalau mood malas aku dah datang perhhh semua kerja tak menjadi. Tolong hilang kan mood malas aku boleh tak? Kalau ada sesiapa yang boleh tolong, terima kasih sangat sangat. Tahap malas aku ni macam dah kronik. Dari hari Isnin aku ni niat nak buat assigment tapi tangguh punya tanggu sampai hari ni tak buat-buat. Tambah pulak hari ni Microsoft Word buat hal. Dah lah aku ni tak pandai membetulkan sofware. Nampak gaya nya kenalah tangguh sampai malam ni. Itu pon kalau ada orang boleh tolong solve problem ni. Kalau tak ada nampak nya gigit jari lah aku malam ni. Haha. Kusut kepala! Bila niat nak siapkan assigment ada je halangan menimpa. Kalau assigment siap blog pulak buat hal. Bila nak buat tugasan tu ada je benda nak rosak. Ok, aku buat assigment memang selalu malas. BERblogging rajin pulak. Itu biasa untuk aku. Buat assigment berapa minit ja dah stress. Bila dah stress tu mulalah menyimpang ke Facebook, Twitter dan sebagainya. Kalau tengok tv tu sampai 5 jam pon tak apa. Tengok tv berjam-jam tak pulak rasa stress. Nak nak kalau pakai piring Astro. Macam-macam ada, habis cerita Indon, cerita Hindi pulak, habis cerita Hindi cerita korea pulak, habis cerita Korea channel E pulak, last-last cerita Arab pon aku layan. Haha. Hari ni belog pon pasal Microsoft ngok ngek tu la. Orang semangat nak buat kerja dia ting tong pulak. Kan dah tekan "new post".

Maaf, post hari ni memang tak ada motif langsung. Aku belog pon sebab malas nak buat assigment. Daripada aku tengok tv baik aku belog. Bolehlah jugak exersice kan tangan. Dari tadi macam nak dengar I want to hold your hand by The Beatles je. Addicted weyh. Aku layan oldies song jugak ok. Layan lagu ni pon pasal Glee semalam lah. Kalau si Fin yang bajet macho tu tak nyanyi lagu ni aku tak tak adalah addicted nak dengar lagu tu.

Ok. Must end my post now. Nanti kita tulis lagi. bye :)

Thursday, February 3, 2011

T-shirt Justin Bieber comel

Hello kawan-kawan. Sekarang dah malam gelap gelita. Nak story panjang panjang pun rasa macam dah malas sungguh. Patut nak cerita pasal Sunway and I- City, tapi kata pon malas so malaslah. Lain kali lah kita cerita pangjang berjela. Itu pun kalau rajin. ok? Hari ni kita cerita pasal Justin Bieber t-shirt je. Post hari ni mungkin agak mengarut tapi nak paksa korang baca jugak. Belieber sumpah kena baca post hari ni. Tadi baru je post gamba dekat "muka buku" ada yang exited tanya"where do you buy". Lelaki pulak tu yang tanya * lelaki pon Belieber*. Aku yang baca ni pon dah tahu lepas ni confirm seratus peratus si penyoal tu pergi serbu kedai tu dan beli.

Ni t-shirt comel yang aku sibuk-sibukan tadi. Dah nama pon Justin Bieber mestilah comel. Kan?


Belieber mesti rasa t-shirt ni comel. Haha -_-

Ok t-shirt Bieber comel ni saya tak beli dekat kedai pakaian. Saya beli dekat kedai Speedy *kedai vcd terbaik* sebab semua ada. Ok pagi tadi macam dah aim "yey pegi Sunway Pyramid, nak pagi Rock Corner". Saya tau Rock Corner saja jual t-shirt Bieber comel ni. Sekali pergi dengan muka teruja nya, tengok-tengok di Sunway tiada Rock Corner. Masa tu muka macam muka Belieber yang hampa gila tak dapat pegi konsert dia. Eh , aku pegi ok konsert dia. Lepas tu jalan-jalan punya jalan nampak kedai Speedy. Sumpah memang tak tahu Speedy ada jual t-shirt comel ni. Nasib saya tawaf satu Speedy, kalau tidak pulang tangan kosong lah jawabnya. Bila nampak je t-shirt tu dekat Speedy memang hyper sampai melompat bagai nak gila. Last- last abah kesayangan jugak kena tambah $$$. Terima kasih abah. Ticket pon dia belikan. Nampak kan nada happy ni. Lebih dari gembira dah ni. Kan kan?

Sebelum mengakhiri coretan terlebih sudah ni, nak tayang gambar teruja kejap. Ignore je muka busuk saya. Tengok t-shirt comel tu sudah.


Comel kan? T-shirt Bieber lah, bukan orangnya.


Sesetengah orang yang berpikiran entah hape-hape mesti rasa beli benda ni membazir je. Biarkan orang berkata apa. Kata lah apa yang korang suka. Ini bukan duit korang. Ini duit aku dan ibubapak aku. Kalau korang dah obsesses dengan satu benda korang akan mengerti sepenuh hati. Belieber sure paham.

Dah, nanti kita tulis post comel lagi. Nanti kalau kita beli benda comel lagi kita post bagi satu dunia baca. Dah nak dekat pukul 1.00. Kita nak tido dah. Tata
Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images