Tuesday, June 26, 2018

Gelas

Jika aku gelas kau airnya
Kau penghilang dahaga
Begitulah kita ditakdirkan bersama akhirnya

Jika aku gelas 
Hatiku rapuh
Terlanggar berkecai
Tersentak berderai

Jikalau kau airnya
Kau penyejuk jiwa
Kau penghapus kecewa
Begitulah  uniknya kita tika bersama

Saturday, June 23, 2018

Biar

Biar disebut yang suka
Biar disimpan yang duka

Tak usah kau tanya apa

Cukup kau tahu siapa

Tuesday, June 12, 2018

Hotel

Jangan jadikan aku hotel mewah
Jadikan aku rumah

Aku bukan arak yang kau mahukan
Aku air yang perlukan

Aku bukan tempat persinggahan
Jikalau mahu setia, kekal..
Jikalau mahu tinggal, tinggal.

Mohon jadikan aku ratu.

Mohon jadikan aku satu
Bukan diperlaku bagai batu.
Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images