Monday, February 15, 2016

Star beri cinta bab 10

Sudah sebulan berlalu setelah kejadian buruk menimpa Kayla. Sejak hari itu Kayla makin akrab dengan Zain. Ada juga sesekali dia teringat tentang kejadian buruk itu. Kejadian tersebut membuatkan dia mudah takut untuk berjalan sendirian.

"Zain saya tiba-tiba terfikir. Kalau awak tak ada dengan saya hari tu mungkin saya dah mati. Mungkin kalau saya hidup pon saya hidup dalam ketakutan. Awak selamatkan saya dari binatang tu dan awak selamatkan saya dari ketakutan." Kayla kini tidak lagi malu memanggil Zain dengan panggilan awak kerana berasa selesa denganya.

"Kayla awak tak tahu ke yang I'm half human half superhero? Untuk awak saya sanggup mati macam Romeo. Memang lah saya tak handsome macam Chuck Bass tu tapi hati saya lagi sado dari dia. Sebab tu awak cepat cair macam ais krim. Kalau bab berjenaka serah kan pada Zain. Dia lah yang paling jaguh.

Sejak peristiwa hitam menimpa Kayla Zain tidak mementingkan dirinya. Sifatnya berubah serta merta. Setiap hari dia akan menjemput dan menghantar Kayla pulang kerja. Kayla pula tidak menolak kerana dia sudah terbiasa dengan Zain.

"Zain awak tak rasa bodoh ke asyik keluar berdua dengan saya? Ada orang kat office dah gossip kata " ew tak padan langsung boss kita dengan Kayla tu". Ye lah.. Awak CEO from syarikat international but awak keluar dengan Personal Assistant awak. Like kawan sekolah saya kata "ew tak sama level la".

Sebelum ini Kayla berasa selesa keluar dengan Zain tetapi setelah dengar percakapan orang dia berasa agak malu bersama Zain. Dia tidak pernah menduga bahawa hubungan "boss & PA" akan mengundang cerita-cerita panas.


"Hahaha Kayla, I don't know weather to cry or laugh at your statement. Biarpun saya ni anak CEO tapi after all I am a human kan? Saya berhak pilih dengan siapa saya nak kawan. Kalau saya nak kawan dengan awak suka hati saya lah. They don't have the right to judge."

Andddd before awak tanya saya macam-macam soalan merepek saya nak cerita nak kau awak satu perkara. Kan PA kena kenal boss dia. Sorry... awak pon saya dah anggap macam special friend saya.

Kayla terdiam.. Dia hanya membatu kerana lidahnya terlalu kelu untuk menyambung bicara.

Melihat raut wajah Kayla yang seakan cemas Zayn seakan berasa serba salah namun dia tahu dia harus meluahkan apa yang terbuka di hatinya.  Padanya Kayla adalah insan istimewa yang perlu tahu tentang masa silamnya.

Sebenarnya, dulu waktu saya dekat Jepun saya ada kenal seorang perempuan ni. Nama dia Kiko Asuna. Saya pertama kali jumpa dia dekat Arashiyama Bamboo Grove. Selepas saya jumpa dia kat situ tuhan macam nak saya terus bertemu dengan dia selalu. Dia kebetulan pulak jadi jiran saya kat Apartment saya dekat Shusake Arakawa. Setiap hari saya keluar dan lepak dengan dia dan kita dah macam kawan baik. Saya dah rasa saya suka dan cinta dekat dia. Saya ingat dialah saya punya "happily ever after" dan saya pon bertekat melamar dia. Pada hari saya nak melamar dia, dia pergi membawa diri ke Dubai. Kiko kata dia membawa diri ke Dubai sebab dia nak benda ambik balik benda yang dia hilang. Dia kata mungkin setelah dia dapatkan apa yang dia cari dia akan kembali. Lima bulan lepas tu dia balik dah ajak saya bertemu di Arashiyama Bamboo Grove. Dia kata tempat tu nostalgia dan tempat tu adalah tempat terbaik untuk dia memberitahu "suprise" nyaa. Rupa- rupanya dia telah memeluk Islam sewaktu dia di Dubai. Nama Islamnya Ummu Naurah.

Kayla pantas mencelah " saya tahu lepas tu apa terjadi. Awak masih sayangkan dia setelah tahu dia memeluk Islam. hmmmm... kalau macam tu saya dah tak ada peluanglah nak dekat dengan awak."

Zain tidak ketawa mendengar gurauan Kayla. Mukanya bungkam dan dia melepaskan keluhan"

"haaah, susahnya nak sambung cerita saya ni. Bukan semua cerita cinta akan berakhir dengan "happily ever  after" dan perkhawinan. Seminggu lepas dia balik dari Dubai dia ajak saya jumpa lagi. Macam biasala ajak jumpa dekat Arashiyama sebab dia kata itu tempat "kita". Dia kata panggil dia Naurah dan jangan lagi panggil dia Kiko. Dengan gembiranya hari tu  saya luahkan perasaan saya..

"Oh Naurah.  Watashi wa anata o aishite. I really do love you. You're my moon and star. Without you I'm nothing. With you I'm something. Will you be my happily ever after? Will you marry me dear Ummu Naurah?

Ummu Naurah segera membalas " haha, that's so sweet of you. Just go say it to your girlfriend. She surely will marry you. Eh wait? You just said Ummu Naurah... That's me right? hahaha you're so good at cracking a joke. I'm here to show you a picture of me and my husband. His name is Ali Al Idrus. He really wants to meet you but he's working in Indonesia. I'm really sad cause of that."

Kayla, waktu itu saya hanya bisa terduduk bisu. Saya balas dengan
" oh Naurah, what, how and when?. Clearly I'm not that important to you and maybe that's why I don't know that you're now a married women. Thank you for keeping me waiting. Thank you for keeping your marriage a secret. I'm nothing. I'm just your best friend. You can dumped me anytime you want. My heart is shattered into pieces but I can't change what has been done. You're a married women and  I guess you're happy with your decision. 

Selepas itu saya terus berlalu pergi meninggalkan Naurah. Tanpa mengucapkan kata selamat tinggal saya pergi jauh dari hidup dia. Sejak hari itu saya tidak pernah berharap akan bertemu dia lagi. Benda yang dia fikir lucu adalah benda yang sangat menyakitkan hati saya. Bertahun saya tunggu untuk luahkan perasaan sayang tapi benci yang saya dapat. I hate to say this but I still do love her until now. I love her to for eternity. Walaupun saya tahu cinta itu bukan milik saya. Biarlah saya mencinta tanpa melukakan. Saya harap wanita yang berjaya curi hati saya lepas ni bukan dia. Saya harap dia jodoh saya. Mungkin sebelah saya, mungkin dekat dengan saya tapi jangan dia. 

Kayla dan Zain sama-sama kembali membisu.


Friday, February 12, 2016

Star beri cinta Cinta bab 9

Dalam kereta Kayla tidak bercakap sepatah kata. Dia hanya menangis teresak-esak. Zain disebelahnya hanya mampu menunjukkan wajah simpati. Raut wajah Kayla Iman  seolah-olah dia masih trauma dengan kejadian tadi. Zain memberhentikan kereta nya di parking Khas dan akhirnya memulakan bicara.

"Kayla awak okay? Jangan risau. You're safe with  me. Saya ada." Nada suara Zain seakan mendatar. Dia berharap dia dapat menghentikan esak tangis Kayla.

Dalam nada teresak-esak Kayla sedaya upaya cuba menjawab. "Aaaa awak. Sa sa sa saya takut. Lelaki tu kacau saya. Dia sentuh saya. Awak jangan tinggalkan saya. Tolong... saya takut."

Tangisan Kayla semakin kuat. Tubuh badanya seakan kesejukan. Mungkin kerana ketakutan badanya mengigil. Zain segera meletakkan kotnya di bahu Kayla kerana dia takut Kayla kedinginan. Kayla masih menangis ketakutan.

Sampai sahaja di office Zain terus membawa Kayla ke  biliknya. Dia biarkan Kayla duduk di sofa biru di biliknya untuk menenangkan diri.

"Awak tunggu sini sekejap. Saya panggil Najwa." itulah kata- kata terakhir sebelum dia bergegas memanggil Najwa"

Najwa datang dengan  muka selamba. Dia seakan tidak sensitive dan bersikap biasa dengan apa yang menimpa Kayla. Najwa belum mengetahui tentang kejadian yang menimpa teman  baik nya. Dia pantas membuat andaian..

"Eh jap, apasal kau nangis pagi-pagi ni? Encik Zain kau tu buat apa? Dia datang panggil aku dengan muka panik bagai. Cuba cerita kat aku. Jangan nangis." Najwa masih sempat memerli Zain. Kata-kata dia seakan orang tidak punya fikiran.

" Wawa, kepala aku sakit. Aku takut. Aku nak tidur.." Perlahan mata Kayla terpejam tanpa dipaksakan. Mugkin kerana kejadian tadi Kayla menjadi lemah dan mengigil.

" Tolong jangan sentuh aku.. tolong jangan kacau aku. Pergi la. Pergi. Pergiii....." Kayla sempat bermimpi dan meronta- ronta di kerusi biru di dalam bilik Zain.

Najwa yang duduk berhampiran Kayla seakan kebingungan.. Dia tidak mampu berbuat apa- apa. Najwa cuma terfikir untuk memanggil Zain. Hanya Zain yang dapat membantu  Kayla.

"Actually Najwa macam ni. Tadi masa nak pergi kerja saya nampak Kayla kat stesen bus. Saya nampak dia jerit and meronta- ronta. Saya pon nampak seorang lelaki cuba sentuh dia. Rupa-rupanya lelaki tu nak rogol dia. Luckily I came if not I don't know what will happen to her. Kesian dia. Dia masih takut tu. Please cuba tenangkan dia. Dia kan kawan awak. You know her better than me."

"OMG Encik Zain. Sorry I tak tau. I thought you yang buat dia macam ni. Saya rasa bila dia sedar nanti Encik Zain bawak dia pergi klinik. Takut dia sakit ke apa. Saya harap encik dapat protect kawan saya everytime. Jangan sakitkan hati dia dah. Dengan Encik Zain saya rasa dia happy". Najwa memang pandai kalau bab menokok tambah ayat.

"Baiklah Najwa. Selagi saya ada dengan dia saya akan protect dia. Nanti kalau dia dah tak kerja dengan saya tak tahu lah macam mana. She's a nice girl. Bertuah you dapat kawan macam dia. Saya tak boleh kalau orang sakiti dia."

Sejam kemudian Kayla mula sedar. Mukanya kelihatan pucat. Dia memandang sekeliling bilik seperti kanak- kanak kehilagan ibu bapa. Zain pula masih duduk di meja kerjanya. Dia sangat risaukan keadaan Kayla.

" Baguslah awak dah sedar. Jom saya bawak awak pergi ke klinik. Takut awak sakit ke apa. Muka awak pucat sangat tu."

"Tak apalah. I'm okay. Saya takut je. I will be fine." Kayla sejak dulu tidak gemar ke klinik. Kali ini dia cuba sedaya upaya untuk tidak berjumpa doktor.

"okay, kita pergi klinik sekejap lepas tu saya janji saya hantar awak balik. I promise."

Star beri cinta bab 8

Dua minggu berlalu dengan begitu pantas. Penat bekerja tidak terasa. Hari ini adalah hari yang penting kerana Kayla akan meyambut kepulangan Zain di lapangan terbang. Seminggu sebelum Zain pulang Tan Sri Zainuddin telah mengarahkan Kayla untuk menjemput Zain pulang. Menurut kata Tan Sri dia akan bercuti ke Germany bersama Puan Sri Kirana sehingga bulan November. Tan Sri menyuruh aku menjemput Zain kerana Pak Mat pembantu peribadinya pulang ke kampung selama dua bulan. Lagipun Zain bukanlah seorang yang jejaka yang gemar menggunakan public transport. Hanya Kayla yang dia percaya.

" Ermm mana lah Zain ni? Mesti dia terkejut aku yang datang ambik dia. Kat airport pulak tu. Huh.. harap-harap dia tak marah lah." Kayla mengomel sendiri. Dia cukup takut seandainya Zain marah apabila melihat kelibatnya kelak.

Kuala Lumpur International Airport : 7.30 malam

" Hai Zain. Ok awak mesti terkejut sebab saya ada kat sini. Let me explain. Actually papa awak yang suruh saya jemput awak. Your driver Pak Mat balik kampung sampai bulan depan. Tan Sri kata yang awak tak biasa naik public transport so he asked me to pick you up. I tak nak kecewakan dia so I said yes. Sorry if you don't like it." Kayla berbicara laju.

" hey Kayla. Sorry for what? Saya happy awak yang ambik saya. Kalau awak tak ada papa saya dah suruh entah malaon mana entah ambik saya. Sebab awak baik dah tolong ambik saya, I'll buy you dinner. Cakap je away nak makan kat mana. Boleh?" Zain tidak sikit pon berasa marah sebaliknya dia tersenyum girang.

Kayla pantas memberikan persetujuan. Dia tidak gemar mengewakan seseorang apatah lagi Zackary Zain.  Zain membawa Kayla makan malam di Ploy @Clearwater. Menurut katanya restoran tersebut sangat dekat dengan rumahnya. Rupanya Zain tinggal di Bukit Damansara dan kerana itu lah di memilih untuk makan di situ. Katanya senang, sebab lepas makan boleh terus pulang beradu.

"Sorry tanya. Awak selalu makan sini? Away selalu bawak saya makan tempat mahal-mahal. Saya malu. Saya biasa makan dekat dekat Uptown je. Kedai mahal macam ni  makan setahun sekali la." Kayla akhirnya meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

"Kayla Iman kenapa awak ni baik sangat? Kenapa? Lama betul saya tak jumpa perempuan macam awak ni. Asyik jumpa yang kaki kikis je. Semua mata duitan, semua tak ikhlas. Okay hari ni saya bawak awak makan mahal esok awak pulak kena bawak saya makan kat Uptown. Promise?" Kata- kata Zain seakan gurauan tetapi dia ikhlas.

"Okay, boleh tapi awak makan ke tempat macam tu? and.. lama betul orang tak cakap saya baik. I'm flattered."

Selesai makan malam Kayla menghantar Zain pulang. Zain ternyata tidak kekok menaiki kereta kecil. Datang perjalanan pulang lagu "So Sweet oleh Jason Chen" berkumandang di corong radio..

"you're sweet like honey after midnight.
you melt my heart like chocolate in the sunlight. 
you're so sweet candy after bedtime."

"Lirik lagu ni sesuai dengan awak. Awak ni manis tanpa awak sedari. Romeo macam Aaron Aziz tak saya? Hehe I'm just joking" Ternyata gurauan Zain kali ini penuh makna.

Kayla disebelahnya hanya mampu tersenyum malu.. "apalah awak ni. I'm not that sweet. Awak adalah sikit macam Aaron Aziz but for your information saya tak suka Aaron Aziz. Saya suka Chuck Bass.

Perbualan mereka terhenti di situ kerana mereka telah sampai di hadapan banglo mewah Zain.

Selasa 7:30 pagi

Kayla bergegas menuju ke pejabat kerana dia terpaksa menaiki bas Rapid KL. Keretanya rosak dua hari yang lepas dan terpaksa dintinggalkan di pusat service kereta. Perasaan marah menyelubungi hati Kayla kerana hari ni adalah hari yang paling penting dan kerata Myvinya mogok. Dia harus sampai ke pejabat sebelum Zain kerana hari ini ada mesyuarat dengan pekerja dari Jepun.

Bas yang dinaikinya berhenti dia satu simpang. Untuk sampai di officenya mungkin mengambil masa lima minit. Sedang Kayla berjalan seorang lelaki datang menghampirinya. Mukanya agak gelap dan bengis. Kayla tidak menoleh dan menuskan perjalanan. Tiba-tiba

"Hello sayang. Selamat Pagi. Ini barang baik.. banyak baik.. banyak cantik. Kalau makan confirm kenyang." Lelaki tersebut memulakan bicara sambil tanganya menyentuh pinggul Kayla.

"Encik ni siapa? Apa ni? Nak apa? Tolong jangan sentuh saya. Sakit." Kayla meronta minta dilepaskan namun lelaki tersebut semakin galak berbicara. Tidak dihiraukan jeritan Kayla kerana dia sedang leka menyentuh seluruh tubuh  badan Kayla"

"Ala jangan takut la. Lu belum kenal gua lagi. Ikut gua balik.. Main dengan gua. Lepas tu confirm lu lemah la. Kalau tak pon bagi gua rasa sikit la. Rasa sikit je. Kalau tak sedap gua ludah balik. Ok sayang?" Galak sungguh lelaki itu melontarkan kata sambil tanganya menyentuh tenguk Kayla.

Sedang Kayla asyik cuba meronta dan mengerit meminta bantuan datang seorang lelaki di belakang Kayla. Lelaki tersebut berlari pantas dan segara menumbuk lelaki yang cuba memperkosa Kayla. Kayla hanya mampu menangis di situ. Tidak pernah dia berasa sebegitu takut dan trauma.

"Apa kau buat jantan tak guna? Berani kau kacau dia. Setan tak guna kau. Sekali lagi kau sentuh dia aku lanyak engkau sampai mampus. Binatang celaka tak de hati perut!" Lelaki yang datang menyelamatkan Kayla ternyata adalah Zackary Zain. Raut wajahnya seakan singa yang kelaparan. Pantas dia memberi  amaran kepala  setan bertopengkan manusia  itu.

"Wo lek lu bro. Lu barua. Lu siapa nak lanyak gua? Awek tu chikaro lu  ke? Muka  macam tonkang pecah  la tu. Relax la. Hari  kita share ni minah. Kita makan sama-sama. Lu pon mesti nak rasa dia kan?" Lelaki  tersebut tidak teragak-agak  membalas amaran Zain.

Zain ternyata masih tidak berjangak dari lelaki itu. Dia segera menumbuk lelaki sehingga itu terbaring lemah menyembah bumi. Setelah itu dibiarkan lelaki itu terbaring  di hadapan stesen bas itu.



Star beri cinta bab 7

Hari berlalu dengan tenang. Kini suasana kembali seperti biasa. Kayla dan Zain seakan akrab dan bisa menyesuaikan diri bersama. Sejak perbualan dua bulan yang lepas Kayla tidak lagi berasa segan dengan Zain. Setiap pagi Kayla akan berada di bilik Zain kerana hanya Kayla yang dibenarkan mengemaskan biliknya. Pernah sekali Kayla mengajak Najwa membantunya namun Zain tiba- tiba datang mencelah. Raut wajahnya ketika itu sangatlah bengis seperti sang singa.

" Kayla Iman! Kenapa awak benarkan orang lain masuk bilik saya? Awak tahu tak yang saya tak suka orang lain selain awak masuk bilik saya. Tak kisahlah dia kerja kat sini ke, dia kawan awak ke. Dia apa ke. I don't want anyone to come inside my room and touch my things. Not even a single thing. Awak je boleh sentuh barang dalam bilik saya. Get it?"

Dua minggu telah berlalu namun Kayla masih tidak dapat melupakan baris ayat Zackary Zain Tan Sri Zainuddin. Zain sememangnya lembut tetapi bila dia mulai marah terasa seperti dunia akan berakhir. Paling tidak dapat dilupakam adalah raut wajah Najwa yang mengigil ketakutan sejurus selepas menatap mata  Zain. Najwa tidak putus-putus meminta maaf pada Kayla sehingga ke hari ni.

" Weyh Lee Min Ho tu mana? Aku tak boleh lah cakap depan bilik dia takut nanti dia datang and nampak kita. Lepas tu sentap lah singa tu. Habis aku pulak kena mintak maaf dengan kau 150 juta kali. Perghh bajet nak mampus. Aku tolong kau je pon bukan aku stalk dekstop dia . Bengang macam lah aku ni mintak tidur sekatil dengan dia. Hishh kerek habis lah boss lu"

Najwa meluahkan kemarahanya. Kayla seakan endah tidak endah denganya kerana dia tahu bahawa Najwa memang seperti itu. Dia sering membebel tentang sesuatu perkara yang telah lama terjadi.

" Excuse me Cik Wawa. You are talking about my boss. Eh sorry, OUR BOSS! Jaga sikit mulut please. Kalau dia dengar tak pasal-pasal kau kena penampar singgang. Dia outstation. Pergi Amsterdam. Dual minggu lagi balik la. Kau jangan nak memandai cake pasal dia. Dia nampak je sombong tapi hati dia baik. Hari tu dia tengah marah sebab tu dia meletup pagi- pagi buta. If I can forgive him, you should forgive him too. Okay Wawa?"

Tidak tahu mengapa tetapi Kayla pasti akan meletup apabila ada yang mengutuk Zain dihadapanya. Kayla seakan menaruh hati pada bossnya.

" Aku dah maafkan dia la Kay. Aku pelik apasal kau beriya backing dia eh. Macam kau ni isteri dia je. Jangan kata kau syok kat dia pulak. Kata tunggu Chuck Bass. hahaha"

Bila berbual dengan Najwa ada sahaja gelak di hujung perbualan. Hanya Najwa teman susah senangnya.

Star beri cinta bab 6

Suatu petang Kayla duduk di halaman rumahnya. Seperti biasa dia duduk di buaian coklat kegemaranya. Itulah yang dilakukan setiap hujung minggu. Sedang Kayla asyik melamun telefon Samsung Galaxy S3 nya berbunyi. Kayla pantas mencapai telefonya kerana dia menyangka Najwa yang menghubunginya.

"OMG Najwa. Aku tahu kau mesti call. Aku nak..."

Belum sempat Kayla meneruskan kata-kata dush...

"Kayla Iman awak okay? Sorry kalau saya kacau petang-petang ni. Saya bosan sebab tu saya call awak"

Kayla seakan ingin menitiskan air mata kerana ternyata yang menghubunginya bukan sahabat sejatinya. "Ya Allah, sorry, sorry sangat Encik Zain. Saya ingat Najwa yang telefon saya. Sa sa saya tak sangka yang Encik Zain yang  call saya". Akhir kata-kata Kayla berakhir dengan keluhan.

Zain seakan gugup untuk meneruskan kata-kata. Dia takut sekiranya ucapan dia akan membuatkan Kayla berasa janggal denganya. Maklumlah inilah kali pertama Zain menghubungi Kayla selepas waktu kerja.

"it's okay Kayla. It's not your fault. Awak mungkin rasa janggal cakap dengan saya. Saya pon tak tahu kenapa saya boleh call awak. I'm lonely.. Bila saya lonely saya rasa away je boleh dengar cerita saya. And please luar pejabat jangan panggil saya Encik."

Kayla tersentak mendengar baris kata- kata Zain. Zain pasti nya dia benar-benar memerlukan seorang kawan. Saat ini dia tidak boleh menghakimi Zain tapi sebaliknya dia harus memberi semangat dan membantu . Dia cuba sedaya upaya untuk menjaga percakapanya.

" Okay. Sorry Zain. Luar office kita kawan right? Tidak tahu mengapa tetapi sering terdetik rasa kasihan bila berbual dengan Zain. Tak tahu mengapa Kayla sering beerasa jangan memanggil Zain tanpa menggunakan Encik.

"Sorry to ask but Tan Sri cakap you ada adik lelaki. Is that right? Ermm kalau ini masalah lelaki better you cerita dengan dia. You know what I mean right? Nanti kalau you cerita pasal girlfriend you ke apa dengan I tak elok la. I'm a girl kan."

Zain seakan kebingungan seketika. Dia bingung bagaimana untuk meluahkan isi hatinya kepada Kayla. " No Kayla. It's not like that. I will never mix work with pleasure. Jangan risau. Sekarang kita kawan. So as a friend I nak ajak you borak about anything. Nanti defat office kita kerja. I boss you ok. By the way I don't have a girlfriend."

Perbualan Kayla dan Zain ternyata sungguh santai. Perbualan selama setengah jam itu ternyata merubah persepsi Kayla terhadap Zain. Dia dapat rasakan bahawa Zain bukanlah seorang yang sombong dan belagak. Zackary Zain ternyata cuma kesorangan dan kesepian. Pada akhir perbualan Zain sempat berjenaka namun lawaknya hambar. Namun untuk tidak menyinggung perasaanya Kayla tetap ketawa.
Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images