Monday, November 2, 2015

Sedih

Sedih,
Pada siapa harus aku luahkan kesedihan?

Marah
Pada siapa harus aku lepaskan kemarahan?

Kecewa
Pada siapa harus aku lemparkan kekecewaan?

Cinta
Pada siapa harus aku ungkapkan kecintaan?

Akhirnya syahdu aku jadikan peneman.
Kini  aku redho
berbalik pada tuhan

Saturday, July 11, 2015

Aku

Dear everyone.

One part of me is asking me to stay positives and smile. Another part of me is asking me to give up and cry. If I tell it to the world who will ever understand?They will only judge, stand and watch me cry 😭. Things are not easy as what it look like. I regret every decision I made. Sorry I'm giving anyone a hard time.

Tuesday, June 23, 2015

Duckscarves



Greetings all. Three weeks ago a running time like this near Surfers Paradise Gold Coast. I pound the middle of the chill near the hotel balcony with a temperature of 13 Celsius. We are not a appoint defeat. Any story. If you want to ask foolish article goes Australia trip tu la is not right. Ramadan is getting lazy. eh mistake! Not lazy but putting important things. The important thing ye not foolish.

Last Thursday was the order of gifts for beloved mother. But there's no prize for worried write kat foolish not walk because my mother read foolish. Ye behold, I go to google affected call a spoiled child he please. My mother was the most clever and WhatsApp is selfie feet. Mak mak ye sorry if accidentally read this fool got the curse of the mother's brother. Dear brother sister mom for buying Duckscarves ni tu as early as possible. Sister so excited already leaked secret foolish brother.

Actually I'm the one who wanted very much to Duckscarve. Since last year Yusof know Vivy feel like

"Ok, I want to be like Vivy. I want to be Vivy (walaupon know there will be). I want to wear what she wear"   

I want to go to what people say. Vivy is one of the women that inspired me. Once that time read Proudduck.com (Vivy's blog) I cried a nurse a nurse. Kemon la guise. When we are down, we would not feel sad when I saw the other positive. At first I thought that he is everything. He never was a problem but I was wrong. She had to go through so much to be who she are now. Uh, say know je ... Eh chop! Sorry talked about online business owner is such.

This article turned ducksacrve story. Last week there was the hint to my mother that I would like for a gift. Persistent crazy ever screenshot of the north told mom I choose. The most funny haha ​​mother is ready to ask "what color is? Want to mak lid to the bag for?" Time tu je mouth capable of meeting key. Allhamdullilah no doubt mak la spoiled child he wanted to do. Dannnnnnn ... Mak pound Almond tosted choose a color. Just google if ye diligently. Uolls crazy bats.

Actually, I wanted very much to share this but I Duckscarves for pulak near people who I love. Because I for my beloved mother errrr? Because I was not yet a veiled girl so if you buy a one-year cap overprices 3 times the loss. May I see people I love je adopted. Greater share of happiness again. Any idea when many people see later uncovered a heart terbukak door later. Get all pray ye.

Dah lah ... we will continue ye.

Thursday, May 28, 2015

Di dalam beg

Salam guise. Hello guise.

Gigih type belog post malam-malam buta. Sambil jamming album Red Roses by Aj Rafael I belog. Red Roses memang album lama tapi lagu yang lama selalu bertahta di hati. Lagu lama kan legend.

Sedar tak sedar lagi dua hari nak terbang pergi Australia. Lagi dua hari nak jejak negara orang. Perghh statement bunyik macam lagi dua hari nak khawin. Ko jangan memandai. Bab khawin lambat lagi.

Bila cakap pasal travel mesti tengok orang post belog or video pasal what's in my bag. Sebab gigih macam orang lain I pon sibuk nak cerita apa ada dalam beg duri I tu. Yes, bag MCM tu aku bagi nickname bag duri. Dapat nama beg duri sebab kat Kota Singa hari tu ada insiden. Masa tengah syok shopping aiskrim dekat 7 eleven ada seorang wanita ni lalu belakang. Masa dia lalu tu cardigan dia terkena kat bag I. Bila dah terkena terus dia tarik lepas tu koyak sikit cardigan dia. Hahahaha tak tahu lah siapa patut malu. I ke dia. Okay apa motif entah cerita benda tak penting ni.

Balik pada cerita beg MCM tadi. Okay kali ni I travel bawak luggage bag pink. Luggage bag tu tak ada jenama sebab hari tu kat London emergency nak beli beg. Tak payah kesah jenama sangat yang penting beg tu pink and ada corak heart. Alaaaa girly sangat! Untuk bag tangan pon I bawak bag MCM je yang I beli kat Market in Beijing. Kalau travel tak payah susah susah bawak bag tangan or sling bag. Senang bawak beg sekolah  lepas tu boleh sumbat segala bagai benda. Okay walaupun I tahu mostly semua tak berminat nak tahu apa ada dalam beg I tetap nak cerita jugak. Honestly speaking I'm not an organize person. Paling banyak benda dalam bag aku sampah sarap dan resit Humble Chef. Kah kah

1. Wallet
Bila travel beg duit memang teramat lah penting. Kalau tak travel pon beg duit memang amatlah penting. Tak paham betul bila ada orang yang boleh tak ada beg duit. Guise wallet is super important okay. Beg duit aku tak lah branded tapi muat lah semua benda penting. Paling penting design dia leopard dan aku dapat free. Terima Kasih lah kat adik sebab ingatkan kakak masa pergi Bangkok. Dalam wallet aku tak payah cerita apa yang ada. Paling banyak receipt Humble Chef sebab tiap minggu dok melantak pasta lepas tu receipt tak pandai nak buang. Ishh.

2. Handphone
Selepas wallet handphone adalah benda terpenting untuk di bawa ye. Handphone I Ipone 5. Bila travel I takkan pernah tinggal handphone I. Macbook pro I tinggal pon tak apa. Kalau Iphone I tinggal I boleh tantrum seminggu. Kalau bawak handphone ni senang. Bukan sahaja boleh hubungi orang tersayang tapi boleh jugak tangkap gambar buat kenangan. I ni tak mampu lagi nak beli camera DSLR so handphone ni lah tempat I ambik gambar. Nasib gambar Iphone kualiti dia tak mengecewakan. Bila orang tengok gambar pon masih ada yang tanya "you pakai DSLR ke?". Kan orang cakap sometimes it's not the camera, it's the photographer. Cewah puji diri sendiri bukan main.

3. Passport
Membawa passport ketika travel adalah sangat penting. Kalau kita travel ke luar negara membawa passport adalah wajib. Tanpa passport tidak akan sampailah kita ke negara itu.

4. Hand sanitiser 
Hand sanitiser untuk aku benda penting jugak. I paling suka hand sanitiser Bath and Body Works Midnight Pomegranate. Kegunaan Hand sanitiser ni bila travel adalah sebab kita kan pegang segala jenis benda. Kalau lucky terpeganglah mamat Aussie macam Liam Hemsworth. Lepas tu belasah "Hello maite" hahah lawak hambar gila. Kalau nak beli hand sanitiser boleh je beli jenama apa kat Guardian or Watson. Kalau kaki boros macam aku belilah kat Bath and Body Works. Seriously benda kat situ semua bau wangi- wangi. Wangi yang tak boleh nak describe.

5. Notebook/ Journal
Bila travel I advise bawak lah notebook or Journal. Kalau aku tulis diary rasanya tak berapa nak sesuai kot. I don't know but for me I rasa diary tu macam tempat curahan rasa and tempat cerita rahsia- rahsia dalam hidup. I bawak notebook sebab I ni agak pelupa sikit. Kadang- kadang baru sehari balik travel dah terlupa tempat yang I pergi. Kalau ada notebook senang sikit nak catat apa- apa yang kita dah buat. Kalau ada masa terluang boleh jugak conteng conteng sikit. 

6. Buku cerita or novel
Buat ulat buku macam I ni pergi ke mana-mana harus bawak at least satu buku. Kali ni bila I travel I bawak buku Girls Online by Zoe Sugg. Buku ni dah beli last month tapi tak berkesempatan nak baca sampai habis. Sebagai peminat tegar Zoella haruslah aku beli semua buku tulisan dia. Kalau siapa yang tak tahu siapa Zoe Sugg sila google. Ini belogceritasaya saya bukan google ye. Bawak nove masa travel sebab boleh baca kalau bosan. Bayangkan kalau duduk kapal terbang tu lima jam takkan nak menghadap movie je. Kalau ada masa bolehlah baca sikit sikit. Selalunya bila travel jarang aku dapat habiskan satu buku. Ye lah mana nak habisnya sebab dah sakan berjalan sana sini.

7. Lipstick or lip balm
Masa kita travel ni lip balm sangat berguna ye. Lagi- lagi bila kita pergi tempat yang berbeza cuaca dengan negara sendiri. Bila kita kat negara orang kita mungkin tak biasa dengan cuaca kat sana. For me kalau I travel jauh bibir I cepat kering. I kalau dah bibir kering muka macam zombi okay. Nak pandang muka sendiri pon tak lalu. Pasal lipstick tu bawak yang mana perlu je. Kalau ada semua warna gincu tak payah bawak semua. Bila kita travel I suggest bawak warna yang light je. Kita pergi negara orang nak bercuti bukan nak buat fashion show. Karang merah mak ngah sangat terkejut pulak mamat Australia. Kalau kat UK ada jugak yang kata "are you fucking kidding me". Biasanya kalau pergi mana-mana I bawak lipstick merah brand Sephora. Bila bibir pucat tenyeh je.

8. Kaca mata hitam
Bercakap pasal sunglasess ni I punya biasa je. Sunglasess I cat eye beli dekat kota Singa. Seingat I harga dia rm 30.00. I tak tahu kenapa but I suka design yang ada kaitan dengan haiwan. Kalau beli apa- apa mesti nak cari design yang ada design leopard and kucing. 

Actually banyak lagi benda dalam beg I tapi yang dilist adalah benda yang terpenting. Kalau travel beg mesti dibersihkan ye. Receipt Humble Chef tadi haruslah siap- siap dibuang ye. Bila beg penuh sangat takut nanti tuan punya badan yang semput nak membawanya.

That all for now. Mungkin lepas balik Australia kita belog cerita pasal negar orang tu ye.
Girls online going offline. Sila abaikan keterujaan penulis belog ye.

Wednesday, May 20, 2015

Aussie


Gambar curi from Tumblr.

Going to Australia in another 10 days. Belum pun start packing. Macam tak rupa nak pergi holiday. Malas pulak nak type panjang berjela. Ni pon tengah cuba nak keluarkan instax film yang tersekat ni. Rasa nak baling je. Rasanya battery habis. Kalau ye pon battery habis tak payah lah tersekat tengah jalan macam tu. Sejak beli tak pernah tukar battery. Haih nasib nasib.


Friday, May 15, 2015

Mollydooker's coffee

Salam. Semakin hari semakin banyak membuang masa di kedai kopi urban. Entah semenjak dua menjak tiga menjak ni suka sangat buat review pasal restoran or kafe yang I pergi. Ada orang sentap and rasa aku ni belagak sebab sibuk nak menunjuk gambar makanan overprices. Yang itu aku tak nak komen apa-apa. Aku nak tengok sahaja.

 Malam ni aku "leypark" dekat Mollydookers Coffee Bar. Perkataan leypark itu adalah tujuan menyindir yang berkenaan. Aku sungguh jujur hari ni. Siapa makan cili terasa podasnya. Kedai kopi ni agak simple interior dia. Actually dulu kedai dia kecik je depan Chef & Brew dekat Bukit Damansara. Sekarang pon masih located dekat Bukit Damansara tapi dah tukar dekat sebelah kedai Kita Kita (kedai batik). Cafe yang baru ni lebih besar and selesa. Yang dulu punya macam too small and kalau lepak situ rasa macam ikan sadin sangat.

Macam aku cakap tadi, kedai ni interior dia sangat simple. The interior design is similar to Podgy and The Banker. Kerusi kayu and konsep perabot minimal. Banyak benda- benda bewarna putih dan itu memudahkan aku untuk mengambil gambar bajet lawa. Kalau dah sebut pasal cafe review haruslah review pasal menu kat sini. Kedai ni speciality dia kopi. So kalau datang sini wajib minum Piccolo Latte dia. Kalau pencinta kopi macam aku ni dah tentu-tentu tak kisah kalau minum kopi pahit. For me when I drink coffee, the bitter the coffee the better the coffee will taste. Kedai ni ada jugak jual taco and salad but I never had a chance to try it. Dah datang pon lepas dinner perut larat minum kopi je. Sebagai desesrt untuk hari ni I ordered Chocolate Praline cake (kalau tak silap). The cake was delicious and highly recommended. Tak terlalu manis macam penulis belog. hahaha meroyan gila statement. Nah, tataplah gambar bajet lawa sedikit. Jangan meleleh air liur basi sudah.




Tolong jangan tanya kenapa gambar aku semua ada Kinfolk. Berbuih dah mulut menjawab.



Sorry la. Syok sangat ambik gambar sampai tak sedar gambar resit sekali terselit. Jangan label saya si poyo berlagak kaya.



Berjuta gambar ambik tapi rasanya tak ada satu pon yang lawa.


Gambar atap kedai tetap menjadi pujaan. Syok ambik gambar kopi lupa pulak ambik gambar kedai. Ni kena datang lagi ni. Alasan basi sangat.

Ok lah pujaan hati. Sampai sini sajalah coretan saya ya. Untuk pengetahuan semua lagu Kun Anta by Humood Alkhudher masih lagi bermain dalam fikiran saya. Bye

Wednesday, May 13, 2015

Dulu sampai sekarang

Assalamualaikum. Hello.

Sedar tak sedar dah nak masuk 8 tahun dah aku dalam dunia belog ni. Dulu buat belog ni kengkonon ingat belog macam diari la. Kengkonon boleh lah curah isi hati terpendam. Konon je tapi sampai la ni tak ada orang baca belog picisan I ni. Semakin hari semakin banyak benda berubah. Dalam dunia blogging pon semakin banyak benda berubah. Untuk aku sendiri aku rasa cara penulisan aku makin baik. Aku dah pandai nak tulis benda yang perlu sahaja. Kalau dulu main canang kat orang segala benda yang terjadi dalam hidup. La ni idak doh. Cek pandai dah cover line. Cerita yang mana perlu je la. Belog I ni tak lah sehebat belog Kak Paten, Kek Nis and Kak Yuyu tapi boleh la. Gambar dalam belog pon tak sekacak gambar Aizul Marcello. Tulis belog pon untuk diri sendiri. Siapa je yang baca. Kalau ada silence reader mohon tampil ke hadapan. Jom kita imbau balik blog post dari tahun pertama sampai sekarang ni.

2008- Inilah tahun pertama I buat belog. Entah masa tu tak tahu kenapa nak buat belog. Time tu belog ni macam benda yang tengah in la. Biasa nama pon Sharizad. Apa orang nak buat dia pon nak kena jugak buat. Tahun 2008 tahun gila kpop. Ingat lagi post semua pasal artis kpop je manjang. Gambar pon gambar FT Island memanjang. Gambar yang diambil sendiri tak pernah ada. Semalam baca balik tengok ayat semua sependek short pants. Gigih pulak bubuh satu perkataan satu warna. Haih rindu pulak zaman muda muda dulu. Ingat lagi tahun tu tahun aku ambik SPM.Semua cerita tentang stress ambik spyem.  haha ingat balik gelak tak hingat kau.

2009- Tahun ni pulak tahun aku gila dengan movie Twilight. Boleh pulak kan? Setiap tahun ada je gila dengan satu benda. Alhamdulillah sekarang masih waras. Masa tu tak pandai lagi tulis puisi jiwa jiwa. Mungkin waktu tu jiwa belum bercelaru lagi. Banyak pulak tulis benda- benda merapu tahun tu. Fashion sense pon tak berapa nak ada so tak adalah post fashion kecantikan bagai.

2010- Tahun ni dah tak berapa ambik port pasal kpop ni. Sibuk pulak dengan epop (english pop). Epop pon boleh. Tahun ini tahun aku gila Justin Bieber. Belog post pon mostly pasal Justin Bieber je.Tahun ni jugak konon nak jadi supergirl sampai blog tittle dunia superku. Pernah tak jumpa penulis belog seover ini? Masa ni pon dah pandai tulis ayat penuh. Ayat sependek short skirt tadi dah berkurang. haha. Ini jugak tahun aku mula diploma and start college. Banyak jugaklah post pasal college life sampai bila baca balik rasa nak muntah hijau.

2011- Tahun ni belog post semua lebih kurang je macam 2010. Sebab dah baca blog post Kek Nis and Kak  Paten dah pandai sikit curi idea diorang haha bergurau senda sahaja. Cerita dalam belog semua masih sama. Ala pasal Bieber pasal beli barang sana sini. Pasal stress dengan kehidupan. cehh over tahap tertinggi.

2012- Tahun ni dah pandai sikit tulis blog. Aku je perasaan yang aku dah pandai. Sampai sekarang ni tak pon dengar orang baca belog picisan ni. Gambar dalam post pon dah pandai ambik yang lawa-lawa. Pliss la cantik tapi semua hasil rompakan dekat tumblr. haha Belog post pon makin banyak quotes kehidupan sebab belum pandai bercinta. Kalau bercinta penuh pulak quotes patah hati. Ye ke macam tu?

2013- Tahun ni pulak tahun aku gilakan One Direction. Segala fan meet aku pergi habis aku tayang kat blog. Siapa je kesah padahal. Tahun ni tahun paling akan aku ingat sebab aku pergi travel London, Amsterdam, Brussel. Biarpun pergi Madame Tussauds tak ada wax figure Harry Styles tetap jugak ada belog post pasal London. Cewahhhh poyo gitu.

2014- Tahun ni tak ada highlight sangatla. Tak adalah blog post travel merata sangat. Cuti last year sempat pergi Beijing je. Wajib kalau pergi travel mesti blog pasal tempat tu. Tahun ni masih jugak gilakan One Direction hahaha wajib gelak guling-guling.

2015- Sedar tak sedar dah sampai tahun 2015 dah ye. Lapan tahun dah belogceritasaya ni. Walaupun sebelum ni url over tak hingat (ijadqueenfabby.blogpspot.com). Tahun ni dalam belog banyak tulis puisi since sekarang ni masalah dunia dan hidup datang berbakul-bakul. Maaflah kalau puisi tulisan I semua puisi patah hati. Memang hati ni dah lama patah dah. Ni tengah tunggu my other half lah ni cantumkan balik. Bila baca balik puisi patah hati tu selalu ingatkan diri sendiri yang kumbang bukan seekor. Semalam last post belog. Tetiba syok post pasal lagu arab.

Eh, dah terpanjang dah belog post ni. Dari tadi asyik miming lagu Potret by Akim & The Majistret. Tangan pulak asyik gigih menaip sampai tak sedar post hari ni dah macam karangan. haha

Girl online, going offline. haha. bye

Tuesday, May 12, 2015

Kun Anta

Assalamulaikum

Ini kali pertama belog setelah tukar belog template. Aapakah yang anda rasa setelah melihat belog template baru saya. Yes or no *gaya wartawan interview artis popular*. Kali ni I rasa belog template baru I kena dengan jiwa comel I. Gituuu kau. Padahal dulu- dulu pon template konon comel tapi yang baca belog sekor dua ekor. Blaa blaa blaa.

Hari ni bukan nak cerita pasal blog template okay. Tak payah nanti datang bagi WH question.

"Eh, belog template you ambik kat mana?"
" Kenapa pilih belog template ni?"
Bla bla bla

Kali ni nak cerita pasal lagu Arab. Yes saya ulang, lagu arab ye semua. Maklumlah penulis belogceritasaya kan international. Haha bunyi macam special je lagu arab ni sebab siap review kat belog. Harap- harap lepas belog ni dapatlah satu biyfriend pak Arab muka Humood. haha tak lawak saya tahu. Actually minggu lepas ada tengok dubsmash. Dubsmash kan trend 2015. Semasa scroll instagram tertengok la ramai pulak buat dubbing lagu Kun Anta by Humood AlKhudher. Me being curious mulalah berfikir

" wow what song is this?"
"siapa nyanyi lagu ni?"
I hope he is handsome and rich. I hope he is rich macam jutawan Arab dalam Fast Furious 7. (haha I'm joking"

Lepas dah dengar lagu Kun Anta I was like 

"wow this guy is no joke okay. He is so handsome. Lagi handsome dari jutawan Arab dalam Fast Furious"
" suara dia buat aku nak purpose dia sekarang jugak"
haha dialog over sangat. kau mampu?

Lepas tu satu hari suntuk aku pasang lagu tu. Percaya tak kalau I cakap yang iphone 5 I tak ada langsung lagu Melayu. Dari dulu ada lagu English je. Semalam dalam sejarah I download lagu arab and spanish. Siap masuk dalam phone haha. Si Humood tu mesti bangga gila. Dulu pon dengar Maher Zain je. Tapi tak lah sampai simpan lagu kat phone. Kali ni dah kes suka teruk dah ni.

jap, bagi dengar jap. Bilalah boleh tengok musik video lagu ni sampai kunyah kerepek pisang. Haih over lagi. Cover yang Sheryl Shazwanie nyanyi pon da bomb. Malaslah nak post sini.



That all for now. Selamat malam dan selamat mendengar lagu Kun Anta. Jangan terjebak teruk sangat macam penulis belogceritsaya. Ada umur jumpa lagi. Bye

Saturday, May 9, 2015

Puisi hari Ibu

Bonda,
Di kala aku inginkan kamu..
Kau selalu di sisi tiada jemu.
Bila aku buntu.. bila aku mati kutu..
Kau selalu di sini selalu membantu

Mama,
Di saat aku sakit kau lah ubat
Melihat mata kamu rinduku kian terubat.
Meski waktu kecil aku pelat.
Kau tidak pernah penat mengajar aku erti hakikat.

Mak,
Jarang aku ucapkan sayang
Mungkin diriku belum matang
Namun di dalam hati girang
Tuhan kurniakan aku ibu penyayang.

Selamat Hari ibu,
ku mohon hari ini hari paling bahagia.
Salah silap mohon lupakan saja.
Aku janji aku akan berusaha.
Menjadi lebih baik membuat kamu bangga.
Walau aku bukan lagi harapan keluarga.

Selamat Hari Ibu Mak

Wednesday, May 6, 2015

The Morning After

Salam. Entah kenapa hari ni rasa nak buat review pasal cafe yang aku pergi. I'm turning into those typical blogger who write about all the hispter cafe that they went. Zaman sekarang macam trend dah. Lepak cafe overprices. Ambik gambar lawa post insta. Lepak berjam-jam. Sebab ikut trend maka terwujulah blog post ni. Poyo tahap maksima okay.

Kali ni I nak buat review pasal cafe The Morning After. Dah dua kali jugak lepak sini.






Cafe ni dekat gila dengan rumah. Jalan kaki pon boleh. Kalau si pemalas macam aku ni jangan sebut lah jalan kaki. Exersice depan rumah pon tunggu tua la. 

Dulu plan nak lepak sini sebab dekat dengan rumah je. Lalu Activo Plaza nampak sign The Morning After. Masa tu woii jakun tak ingat la. BSD ( Bandar Sri Damansara) ada hipster cafe *sambil menari*. 5 tahun dulu Mc Donald lah paling grand kat sini. Sekarang semua ada. Even ada Birkenstock (terkejut nak mampoihh). Lepas bukak instagram bulan lepas barulah discover yang cafe ni ada 2 tiga brunch kat Kolumpo. Ketinggalan sangat, I know.

Mula- mula ingat nak lepak sini nak minum kopi and makan penacotta. Ceitt Penacotta habis. 2 kali datang sini habis aisshh rasa nak tampor waiter tadi. Kalau nak tunggu nak buat sendiri sampai tua tak wujud benda tu. Masak big maggie kari pon pikir 2 3 kali. Anak gajah pon rajin dari aku.

Second time datang sini order Salted Caramel Macchiato dan Spicy Aglio Olio. Bila sampai kedai kopi mengoder kopi itu adalah wajib. Tang Aglio Olio tu semestinya order. Entah, kalau pergi makan nampak Aglio Olio dalam menu terus order. Tahap nak order tu macam tahap nak peluk bila berdiri sebelah Lee Min Ho. Aglio Olio dia sedap. Kalau aku kata sedap tu takat boleh makan sekali dua kali lagi je. Kalau aku kata sedap gila tu kena ambik serious. Mungkin tahap boleh makan every week. Aku bagi 7/10 je la. Aglio Olio ni rasa dia okay dari Burp & Giggles. Okay kalau rajin nanti iteww buat review ye. Tapi agak-agak anak gajah rajin tak? Cafe ni tergolong dalam "cafe boleh lepak lagi" ahahha.

okay itu je lah. Rasa macam dah panjang sangat. Blog post ni macam tak ada motif sangat. Sharizadxo going offline (Sambil miming lagu Senyum by Aziz Harun). Bye!

Saturday, May 2, 2015

kau

Kau curi hati aku.
Kau genggam...
Kau ramas.

Aku disini benci.
kamu ingin ku hentam.
Aku lemas
aku rimas.

Jikalau aku adalah kau.
aku sayang..
aku tayang
aku tatap
biarpun dunia sentap.

Jikalau hadirmu adalah untuk kekal, teruskanlah
Jikalau adamu hanya untuk sinngah, pergilah
Main jauh jauh, minum racun.. Main mercun.
Pergi terjun.

Friday, May 1, 2015

Lego

Hati aku bukan lego. Bila kau suka kau pasang.
Bila kau bosan kau buang.

Bila kau ingin kau pasang. Bila kau bosan kau pecahkan.
Bila kau ingin aku semula kau pasang lagi.
Pasang, pecahkan, pasang, pecahkan.
Hati aku bukan lego.

Saturday, April 25, 2015

Getah

Aku bukan gula-gula getah
Bila kau rasa manis kau kunyah.
Bila kau rasa pahit kau ludah.

Selagi aku mampu tahan. Aku tahankan
Selagi aku mampu layan. Aku layankan
Bila hati dah tak tertahan aku tunjuk baran
Kau jangan heran

Tuesday, April 7, 2015

Untuk Cinta




Salam. 

Tajuk post sungguh tak ada kaitan. Tett.. Jangan gossip. I might be in love with someone right now but nooo. I belum ber boyfriend okay. Tak ada masa nak berboyriend bagai sekarang ni. Baik lepak Podgy and The Banker hirup kopi sambil baca Kinfolk magazine. Lagi nikmat hidup.

Malas cerita pasal boyfriend cintan cintun semua. Buat sakit hati sakit jiwa raga semua. Nanti kalau dah ada yang berpunya dekat belog picisan ni aku cerita. I tak sedia lagi okay. Jawapan retis sangat.

Tolak tepi hal cinta. Lately ni I macam obsess gila dengan photography style minimal. Sebab cinta gila nak mampus punya pasal sanggup beli Kinfolk. Opsss lupa. Abang Januar Haikal kata jangan mampos lagi pliss. hahah. Berbaloi gila dari Damansara drive sampai Suria KLCC (bapak drive padahal) semata-mata nak beli cinta hati ni. 

Fuhhh, belog post entah apa tujuan nya. Saja membunuh masa padahal assignment tak berusik dari minggu lepas.

Wednesday, March 4, 2015

Puisi buat dia

Kau sememangnya kacak.
setiap hari aku terpacak
Ingin mendengar kamu berbual rancak

Wajahmu menawan
Membuat jiwa muda aku tertawan

Segaknya kamu
Tegaknya tubuhmu
Membuat imanku bertaburan
Membuat diriku tidak keruan

Suaramu garau
diriku disini galau

Badanmu tidak sasa
namun kamu ibarat raksaksa
Membuat aku tunduk 
Bisa juga membuat aku terduduk

Setiap hari aku melamun
Memikirkan kamu aku tersenyum
Tanpa kamu aku rindu
adanya kamu juga aku rindu
Rindu melihat kenakalan mu
Rindu melihat kecomelan mu

Susahnya meluahkan aku sayang kamu
Biarlah aku simpan perasaan ku
hanya di dalam muka buku

Finally dapat tulis puisi yang happy sikit. Kalau asyik tulis puisi muram nanti yang baca pon muram eh?

Tuesday, March 3, 2015

Terima Kasih

Terima Kasih
Kau telah mengajar aku erti kepahitan
Sakit jariku tercucuk duri
Sakit lagi hatiku yang telah kau curi

Kau curi hatiku dan kau hiris bertalu- talu
aku di sini hanya mampu menangis tersedu- sedu

Terima kasih
Kau telah mengajar aku erti kepayahan
susahnya mendaki gunung Kinabalu
Payah lagi untuk memenangi hati kamu

Terima kasih
Tanpa kamu aku hanya bisa melamun
kerana kamu aku kini mampu bangun
Bangun meredah taufan
Bangkit melawan ketakutan

Lama tak tulis. Cara penulisan dah makin bekarat. Belum ada buah hati tapi puisi jiwang karat saja. Yang baca jangan menghakimi. sekian.

Sunday, February 22, 2015

Ipoh

As Salam. Ya tohan apa dah jadi ni? Dulu bukan main berjanji nak belog setiap bulan. Kalau lah belog tu boyfriend, aku rasa lama dah dia mintak putus. Ya ampun, maaf ya semua.

Okay ni blog ni pon sebab terpaksa. Sebab nak penuhi janji. Cehh mengada gila. Sekarang ni biasa lepak kedai kopi overprices lepas tu belog. Bajet omputih sangat. Hari ni pon belog cafe The Morning After. Cafe ni dekat dengan rumah je. Hari tu tengok set set Podgy and The Banker so poyo lah nak lepak sini. This cafe is such a cute cafe. Nanti jelah kalau rajin buat review ye.






Hari Khamis lepas balik Ipoh kampung belah mak. Rasa macam dah lama gila tak balik ipoh. Jalan- jalan bandar Ipoh tengok-tengok dah ada Plan B. Selama ni dengar orang cakap jelah pasal Plan B Ipoh. Malas lah nak ambik port sebab Kolumpo dah dah ada Plan B. Weyh buat apa balik kampung kalau na makan makanan omputih ye dak? Kalau balik Ipoh kita pekena Laksa dengan Mee Kicap Mat Jasak le. Dalam pada tak nak lepak Plan B Ipoh tu sampai jugak situ.





Semalam sebelum balik sempat jugak melawat Menara Condong Teluk Intan. Ye lah belum ada rezeki sampai Leaning Tower Of Pisa. Kita ke Teluk Intan je lah.



Dah malas gila dah nak type. Nanti kita sembang kencang lagi bye
Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images