Thursday, March 31, 2011

Justin Bieber contest

Saya masuk contest Justin Bieber dekat Getmusicasia. Saya tak target yang saya boleh menang but korang semua silalah doakan saya.





Ni lah contest yang saya kecoh- kecoh kan tadi


Ni video yang saya sibuk suruh orang like tu. Ok, I'm suck in editing video. Sorry if I sound like a dying cat in this video. Sorry jugak sebab tunjuk mata juling tu. Eh, korang semua cepat pg click like button dekat Getmusicasia. Saya sumpah paksa korang. Kalau korang rajin silalah komen tapi kalau tak tekan je like. Tak paksa tengok pon. Paksa tekan like button je.

Wednesday, March 30, 2011

Who Says

Bila tengok tajuk korang sure ingat "Who Says" yang John Meyer nyanyi tu kan? Yang Encik Meyer nyanyi tu pon saya suka. Pompuan mana yang tak suka John Meyer?? Dia gila hotstuff weyh korang.



Video ni dah menunjukkan bukti yang lagu ni bukan lagu Meyer. Entah, tiba-tiba TERobsess dengan lagu ni. Dah lah gf Justin Bieber yang nyanyi. Ada sikit bunyi pelik di situ. Korang jangan dok ingat aku fan dengan minah "Barney" ni. HAHA suka hati panggil minah BARNEY. Lagu ni best and lirik macam bagi semangat dekat orang yang suka rendah diri. RENDAH DIRI???? Siapa lah tu. Ok, lu pikir lah sendiri.

I'm no beauty queen, I'm just beautiful me.

Monday, March 28, 2011

Dah dapat. Yey!!

Salam readers, sekarang tengah gumbira campur stress. Gembira pasal dah dapat kasut pink yang diidamkan. Stress pulak pasal assigment 2 tak siap lagi. Semalam pergi Bangsar Village 2. Kata orang Kuala Lumpur tapi semalam first time pergi BV2. Tu yang exited bebenor tu.


Now, let the picture do the talks






Sorry gambar sendiri boleh ambik tapi sangat-sangat malas. So google je lah.
Amboi, mintak kasut pink je tapi dapat kasut grey and skirt sekali. Wahh, suka nya saya. Terima kasih aunty..

Ok, now it's time for me to finish my assigment. See you in next post. Tata :)

Saturday, March 26, 2011

Justin Bieber stuff

Assalamualaikum readers, and all. Setiap hari aku asyik membebel pasal Justin Bieber kan? Ok hari ni nak bagi korang tengok my Bieber stuff. Eh, waitt nak bagi korang tengok gambar Bieber dulu.


Justin Drew Bieber is hella amazing!
Pilih gambar yang ni sebab background belakang tu color Purple and ada Never Say Never. Saya dan Bieber suka purple. Tak sabar tunggu 2 April and 21 April 2011


Now jom ramai-ramai tengok my Bieber stuff. Kepada Belieber yang tak ada Bieber stuff macam saya jangan sedih.


JUSTIN BIEBER ALBUM






Ok, sepatutnya album Justin Bieber ada empat tapi saya hanya ada tiga. Album yang pertama tu macam tak nak beli lagi. Nanti kalau ada masa saya beli ya. Album yang kedua adalah album My World. Lagu-lagu dalam album tu sangat sedap, merdu dan best teramat sangat. Satu hari tak dengar hehhh, tak boleh hidup. Album yang ketiga pulak adalah My World Acoustic. Lagu-lagu dalam album ni ada setengah yang version acoustic. Semua lagu dalam album ni memamg meletops dan best super teramat sangat. Dalam gambar yang bawah tu adalah album Never Say Never Remixes. Never Say Never remixes album ni ada Chris Brown, Rascal Flats, Usher, Kanye West, Jayden Smith and Miley Cyrus nyanyi dengan Bieber. Dalam album NSN ni ada satu lagu baru bertajuk Born To Be Somebody. Kalau korang nak suruh nyanyi pon boleh, lyrics dah hafal.

FIRST STEP TO FOREVER






Ok you all. Buku hebat ni ditulis sendiri oleh Justin Bieber. Buku ni adalah buku paling hebat yang saya pernah baca. Buku ni memamg mahal sangat. Tapi kalau dah kata fanatik fan, mahal macam mana pon sanggup beli. Buku ni ada cerita pasal Bieber punya life, pasal family dia and pasal peminat dia. Ada satu cerita pasal peminat dia yang boleh membuat setiap orang tersentuh. Masa baca tu, air mata menitik sedikit demi sedikit. Tanpa disedari muka dah basah kuyup. Eh, ayat dah macam ayat dalam novel pulok. Kepada Belieber anda memang seharusnya beli buku ni. Hebat sangat sangat buku ni.

JUSTIN BIEBER T- SHIRT



Beli T- shirt Bieber ni bulan dua. Heh, beli t-shirt ni beberapa minggu selepas beli ticket concert secara online. Saya paksa anda untuk baca entri T-shirt Justin Bieber comel. Baca sebelum sesuatu terjadi kepada anda. hehe. I will wear this t-shirt on Justin Bieber Concert. Semangat tuh..

JUSTIN BIEBER MAGAZINES






Ok, magazine yang saya ada tak banyak macam yang Belieber lain ada. Korang tak payah nak kecoh bagai dengan saya. Teen Vogue magazine and Vanity Fair magazine tu kadang-kadang sampai bawak tido. Obsess punya pasal macam tu lah. Sampai tido pon boleh termimpikan Bieber.

JUSTIN BIEBER POSTER




Sikit je poster saya ada. Yang lain to sah nok belagak dengan saya. Poster siap tampal dekat almari lagi. Tampal dekat kiri kanan pintu pulak tu. Kalau boleh memamg nak satu dinding penuh gambar Justin Bieber. Kalau boleh la.

Ok readers, itu saja Bieber stuff yang saya ada. Sebenarnya banyak lagi nak beli tapi tak sempat-sempat. Nak Justbeats headphone *mahalnakmampus*, Justin Bieber doll and purple glass. Harap-harap next month dah jual purple glass dekat Malaysia. Sebelum end ada beberapa gambar lagi nak post. Ya, masih gambar yang berkaitan dengan Bieber.





Ok, tak nak membebel pasal gambar di atas. Saya sangat yakin bahawa anda semua pasti sudah tahu gambar apakah yang saya tunjukkan di atas. Ok, dah penat dah tulis. Nanti kita bebel lagi ok. Bye

Thanks for reading my Bieber post. Happy Earth Hour

Friday, March 25, 2011

I need this now

Ok, saya memang tengah mengidam benda ni sekarang. Jangan terkejut sebab semuanya pink. Saya memang hantu pink. haha


NEW SHOES OR SANDAL



OMY.... This is what I super really want. Tak kesah lah brand Ipanema ke, Crocs ke or brand apa-apa. Walaupun brand Ipanema dah ada satu kan? Tapi tu kaler hijau. Nak yang pink jugak. Tak kesah kasut brand apa ok.. Kalau kastu tu dah Pink confirm boleh. hehe



Nak beli Justbeats headphone tak mampu. *mahalnakmampus*. Tapi still nak beli headphone baru. Nampak headphone dekat gambar atas tu? Kalau boleh memang nak yang macam tu tapi still belum jumpa yang macam tu around KL. Ok, headphone nak Pink jugak. Mahal murah tu belakang kira, janji color kena Pink dulu. hehe.

Memang dua benda ni saya nak sangat-sangat. Kepada yang baik hati nak belikan saya sangatlah menggalakan.

Thanks for reading this post.

Thursday, March 24, 2011

Lelaki idaman saya

Salam semua. Tajuk hari ni mungkin akan nampak terlalu berlebihan pada sesetengah orang. Mungkin? Mungkin ada yang akan bertanya apakah ciri-ciri lelaki idaman saya. Sebagai persediaan saya terlebih dahulu akan mendescribe lelaki idaman saya supaya tak ada yang bertanya. Ini jugak sebagai panduan kepada kaum adam yang berminat. Nyihahaha. Mungkin korang akan rasa ciri-ciri yang saya nak ni kadang-kadang tak logik. Korang ingat apa? Saya ni pilih orang kaya je ke? Banyak lagi ciri-ciri my dream guy orang korang perlu tahu dan ambil perhatian Ok, that me being unrealistic.

LELAKI YANG PANDAI BERGAYA




Nak jugak ada gambar Bieber. Orang kalau dah obsess macam tulah.Bercakap pasal lelaki yang pandai bergaya banyak sebenarnya benda yang boleh dikongsi. Maksud lelaki yang pandai bergaya bukanlah lelaki yang bergaya stail over mengalahkan perempuan. Jangan pulak korang pegi pakai makeup MAC sampai muka pon dah tak ada rupa lelaki. hehe. Tak payah lah sebab nak bergaya punya pasal sampai pakai baju tebal berwarna-warni. Cukup sekadar memakai pakaian dan kasut yang trendy, selesa dan kemas. Pokoknya style yang sedap mata memandang lah kata orang.


LELAKI YANG BERIMAN



Bercakap pasal lelaki yang beriman korang mesti ingat saya ni terlalu islamic kan? Saya pon bukanya nak lelaki yang pandai menyanyi ala-ala Maher Zain tu. Lagi satu kalau saya kata lelaki beriman tak semestinya lelaki tersebut harus menjadi ustaz. Ustaz pon tak semestinya beriman. Saya hanya harap lelaki tu boleh ajar sesuatu perkara yang baik dan berlandaskan syariat islam. Kalau boleh nak lelaki yang boleh meluangkan masa solat berjemaah sama-sama, mengaji sama-sama dan baca yassin pon sama-sama. Kalau lelaki tu boleh ubah diri kita ke arah yang lebih baik lagilah confirm suka.

LELAKI YANG PANDAI BERMAIN SQUASH OR RUGBY




Ok kebanyakkan perempuan lain sukakan permain bola tapi saya lagi suka yang pandai main squash or rugby. Perempuan yang suka pemain bola dah banyak kali dah dengar. Telinga pon mesti dah bosan. Kita ni selalu nak lain dari yang lain. haha. Dah lah pemain squash ni tak banyak yang handsome. Tapi tak pe kepada yang tak pandai boleh belajar. hahaha. Ok kalau ada yang tanya bab pemain rugby pulak, I think most of them macam ada badan buff, muscle berketul-ketul. Kalau jumpa yang macam tu confirm boleh buat perempuan jatuh cinta pandang pertama . Kalau kecik macam mana nak main rugby. Sekali kena lenyek, habis... hehe.

LELAKI YANG BERBADAN SASA.




Kan dah kata lelaki yang aku idamkan ciri-cirinya sungguh pelik. Yez, memang saya suka lelaki berbadan sasa. So what? Tak delah sampai nak mintak lelaki yang badan sasa macam ahli bina badan tu. Kalau boleh lelaki tu mesti pandai jaga kesihatan, pemakanan semua. Kalau dekat gym ada lelaki macam ni confirm hari-hari pergi. haha. Lelaki yang buff sangat sexy kowttt.

LELAKI YANG PANDAI BERMAIN PIANO.




Alahai readers oii. Korang tak rasa bahagia ke kalau ada lelaki yang main piano untuk korang. Adess, bestnya kalau ada lelaki pandai main piano kan? Nak nak time mood kita tengah down diorang mainkan lagu untuk kita. Kalau boleh main piano sekali dengan nyanyi lagu kesukaan kita. Perghhh, boleh menitik air mata dek kerana terharu .Paling best kalau diorang buat suprise pada hari-hari penting setiap tahun. Lelaki tu mainkan piano dan siap ajak kita duduk sebelah lagi. Memang susah nak cari lelaki macam ni. Tapi kalau dah pandai main piano, muka tak macho pon boleh dipertimbangkan. Harap maklum. Maksud tak macho tu bukan lelaki yang pondan ye.

LELAKI YANG PANDAI MASAK




Kalau saya kata lelaki yang pandai masak bukanlah pandai masak macam top chef, masterchef tu. Tapi kalau diorang boleh masak macam tu lagi bagus. Lelaki ni kalau bab masak ni kurang sikit, tapi kalau bab makan lelaki paling jaguh. Pompuan pon ada jugak yang macam tu *mengata diri sendiri*. Ada sesetengah lelaki yang berfikiran tah hape hape berfikir bahawa memasak adalah sangat keperempuanan.*Kalau Chef Wan pon berfikir macam tu, entah apa kerja dia sekarang. hehe No offense ye para lelaki seklian. Saya ni cakap orang lebihnya bukan main, padahal diri sendiri masak maggi pon hancuss. hehe. Pernah tak korang mimpi bila seorang lelaki memasak untuk korang? Pagi-pagi bila bangun nampak breakfast dah terhidang atas katil? Rasa macam dalam cerita hollywwod gitu *breakfast in bed*. Aduhhh, bahagia sungguh la kalau dapat lelaki macam tu.

Ok readers. Inilah serba sedikit tentang my dream guy. Sebernya banyak lagi ciri-ciri my dream guy yang tak dapat den senaraikan. Yang tak disenaraikan tu mmemang sumpah lagi tak logik lah kan. Karang kalau tulis kang korang yanng baca tu terpinga-pinga. hehe. Kepada para lelaki di luar sana kalau tak ada ciri-ciri dia atas tak payah lah berusaha nak adakan. Jadilah diri anda sahaja. Itulah yang paling baik.

Ok, need to chaww now. Assigment bertimbun menunggu. Thanks for reading this post. Love you guyzz. Muaxxxx :)

Tuesday, March 22, 2011

Hari ni

Salam semua. Dah banyak sangat dah reader suruh update blog. Telinga pon bosan dengar *asyik suruh update blog je*AHHH!! Sungguh tidakku sangka ada jugak yang baca belog tah hape-hape ni. Thank you reader. Semalam tulis, hari ni tulis. Puas hati korang?? Sebab nak jaga hati reader, assignment belambak tu aku tinggalkan. Lepas tu kalau cakap bab tinggalkan assignment ada pulak yang kata aku ni malas lah hape lah. Memang dasar ****. Masa baca belog hebat ketegori Melayu ada lah nampak yang diorang ni sangat rajin MENGupdate belog mereka. Setiap hari kalau tekan ada je benda baru diorang suruh baca. Tu yang semangat tu nak ikut macam diorang *walaupun belog saya ni tak lah sehandsome belog diorang*. Kan reader KAN? Ok, nak kata semangat nak update hari-hari tu tak delah sangat, tapi seminggu sekali je. Nanti kesian pulak reader tunggu sampai merayu-rayu suruh update belog.

Ok reader, bercakap pasal hari ni pulak. Korang jangan exited terlebih sangat. Hari ni tak ada apa-apa cerita menarik pon. Macam biasa. Pagi ni bangun pukul 8.37 dengan muka serabut serabainya. Muka ngantuk macam mana pon harus digagahkan jugak supaya bangun. Minggu lepas hari selasa dah lah enjoy dekat Penang. Takkan hidup nak enjoy je hari-hari. Dah siap mandi, sarapan semua, duduk sekejap depan tv. Kalau bab tonton tv bukan main lagi semangat berkobar-kobar. Pagi-pagi memag syok bukak channel mtv lah, ada mtv hits kowtt. Bila waktu pagi dengar muzik rasa jugak semangat. Tak delah muka letih lesu semua. Lagi-lagi kalau dengar lagu Justin Bieber. Perghhhh, semangat bukan main. Bercakap pasal Justin Bieber tadi ada lah tengok iklan dekat mtv. Iklan mtv gig. Korang tengok gambar bawah ni. Maaf kalau terlalu kecik.


sorce: mtv asia

OMG. Justin Bieber is coming tu Malaysia. Korang jangan ingat aku baru tau benda tu hari ni. Ya tuhan, exited gila sungguh teramat sangat ni. Ingat lagi masa bulan February tu semua dok sibuk cerita yang jejaka hot idaman gadis ni nak datang Malaysia. Ya, ok sini saya bagitau satu dunia.
"Ticket concert saya dah beli. Saya pegi Justin Bieber Live in Malaysia."
Sorry font besar sangat *kata pon exited*

Lama dah beli ticket. Bulan dua hari tu dah beli. Tunggu punya tunggu sekarang dah bulan 3. Maknanya bulan depan dah boleh pegi. Tu yang exited menggila tu. HAHA. Motif cerita pasal concert adalah untuk membuat sesiapa yang tak pegi jealous. Mesti comel muka yang tak dapat pegi tu bila nangis. Kejam sungguh ayat.

Ok sebelum end. Sini nak post video Got To Go by Najwa.



Najwa boleh jadi Adele versi Malaysia. Suara dia tesangatlah meletopss.

Got to end now reader. I hope you gorgeous enjoy reading my stupid post. Hope tu see you again. CHAWWWW!

Monday, March 21, 2011

Makanan memikat hati

Today had lunch at Chef & Drew
Jom lihat bersama-sama makanan memikat hati yang saya war-warkan sebentar tadi. Bejuta maaf kerana sekali lagi bagi gambar kualiti Blackberry.

Spring Chicken, mashed potato, red bean dan sausage.


Green Apple juice

Makan tengahari hari ni sungguh menyelerakan. Sebelum makan tadi terasa amat mengantuk. Sekarang dah kenyang sebab dapat makan makanan best. Kalau dah kenyang buat assignment pon semangat sikit.

Post hari ni hanya untuk memperbanyakkan entri sahaja *padahal assignment tak siap lagi*

Friday, March 18, 2011

Aku, dia dan semua

Salam semua,

Tajuk entri hari ini mungkin akan membuat korang terasa hati, terasa sakit dan terasa segalanya.. Sebelum mula cerita nak mintak maaf dulu. Entri hari ni tidak dituju kepada mana-mana pihak dan cerita hari ni bukan BERtujuan untuk mengata siapa-siapa. Kalau ada yang terasa hati jugak den tak boleh nak halang "HATI MASING-MASING, MASING-MASING PUNYA SUKA".

Ok sekarang dah boleh mula. Tak tahu macam mana nak mula *muka gelabah*. Entahlah, susah nak gambarkan perasaan sekarang ni. Semua ni salah siapa? Manusia oh manusia. Hidup ni selalu tak pernah puas. Kalau dapat kurang nak dapat lebih. Bila dah dapat lebih nak lebih lagi. Tak paham kenpa zaman la ni manusia asyik fikir tu salah, ni salah semua salah. Terlalu tinggi salah, terlalu pendek pon salah. Terlalu kurus salah, terlalu gemuk pon salah. Even diri sendiri ni pon selalu nampak salah orang lain. Salah sendiri tak nampak nampak jugak *walaupun pakai kanta pembesar*. Bila kita rasa diri kita sempurna orang lain rasa kita bukan apa-apa. Bila kita rasa kita tak sempurna orang lain lagilah. Manusia mana ada yang sempurna.

Ok semua, sekarang ni nak terus-terang pulak. Kadang- kadang bila masa kita kata kita happy, tak semestinya kita betul-betul happy. Bila waktu kita gelak-gelak berguling-guling tu kadang-kadang semuanya palsu. Kita selalu buat semua ni semata-mata nak tengok orang sekeliling kita happy, tersenyum lebar. Kita ingat bila buat benda ni semua orang yang kita yang sayang gembira, tapi ada jugak yang tak. Pandai kan kita belakon? *Boleh dapat award pelakon terbaik. Ok korang jangan nangis. Kita stop dulu. Nanti kita vogue lagi.

P/s- Jadi manusia jangan selalu cari salah orang lain *peringatan untuk diri sendiri*. Cerminlah diri sendiri dulu. Macam lagu Yuna "Gadis Semasa". Bukalah mata yang selama ini kau pejamkan, lihatlah diriku. hehe.

Thursday, March 17, 2011

Buat pembaca yang teruja

Gambar curik.


Salam semua. Maaf kalau ada yang tunggu dan teruja nak baca entri baru. Sekarang ni sedang sibuk dengan pelbagai perkara. Nak tulis pon tak ada cerita best. Nanti kalau ada masa dan cerita saya akan update bloggie saya.

P/s- sekali lagi maafkanlah, ku tak bisa.. haha

Wednesday, March 2, 2011

Saya suka makan.

Salam semua, lama dah tak berblogging kita ni ye. Kesian reader, penat korang tunggu. Hehe. Sekarang ni tengah merelexkan diri sekejap. Mid term exam baru habis pukul 12.00 tadi. Mid term exam je habis, assignment tak habis lagi. Malam ni ingat nak berehat sebentar. Esok kita sambung assignment kalau rajin. haha. Aduh, tajuk post tu ignore je. "Saya suka makan". Tajuk tu ada sebab nak cantikan belog je tu. Nak kata saya ni pemakan tu, tak de lah sangat. Tapi you all, hari ni memang nak cerita pasal makanan. Dah, jangan exited sangat korang. Tengok gambar ni dulu. Lepas dah tengok nak exited ke hape, lantak pi korang lah. haha.

Sushi- sekali ngapp rasa nak lagi.

Gambar diatas dicuri di tumblr. gah.

Nampak gambar besar dekat atas tu. Buat yang tak tahu makanan tu namanya Sushi donggg. Sushi tu adalah antara makanan yang saya suka. Sebelum reader tanya kenapa saya suka makan sushi, sini saya tolong jawab. Saya suka sushi ni sebab sejak akhir-akhir ni rasa bentuk dia macam comel. Dulu-dulu suka sushi ni sebab obsess dengan lelaki jepun. Annoying kan? Pasal lelaki boleh terjatuh cinta dengan makanan. haha. Tapi sekarang ni pasal lelaki korea dan jepun ni dah tak ambik port dah. Eh, korang sedia maklum lah saya ni kan dah jadi Belieber. Orang kalau dah jadi Belieber ni, mana pandang dah lelaki lain. Adessssssss, ayat. haha. Dah, dah.. Karang kalau dah story pasal Bieber boleh buat novel bersiri dah. Ok kita stop dulu sampai sini.

P/s- Post hari ni hanya untuk banyakkan entri sahaja. Langsung tak ada tujuan menulis.
Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images