Sunday, January 30, 2011

KLIA selepas 10 tahun

Salam PEMblogger sekalian. Siapa yang baca tittle mesti ingat aku pergi bercuti ke apa kan? Haiz manalah nak pegi bercuti minggu tahun baru cina ni kan?Sekarang ni dahlah tengah miskin. Ok, sebenarnya memang mood sekarang ni nak pergi bercuti, lupakan masalah di Kuala Lumpur. Tapi sayang cuti seminggu duduk rumah siapkan assigment. Haha, aku tau bila aku kata aku nak siapkan assingment awal-awal semua mesti gelak besar. Ok no more last minutes work ok. Sebenarnya pergi KLIA bukan pergi bercuti, bukan hantar orang bercuti. Menjejakan kaki ke KLIA hanya untuk menghantar bibik pulang ke Surabaya. Gahh, nak cerita pon rasa sebak. Mana tak sebak dah 10 tahun bersama dia di Malaysia. Dah 10 tahun berkongsi suka dan duka. Dari umur comel-comel sampai dah besar gajah pun masih jumpa dia. Walaupun pada tahun 2005 *masa aku masuk sekolah menengah* dia kerja rumah nenek tapi still tiap-tiap minggu jumpa dia. Aku dan dia dah macam keluarga. Hari ini bila tiba masa dia balik masing-masing muka tak rela lepaskan dia pergi. Dia kata mungkin akan balik selamanya atau mungkin akan kembali ke Malaysia tahun hadapan. Ok sini aku bagi gambar. Sorry gambar bibik yang aku anggap keluarga tak ada. Tak sempat ambik. Dah tu semua sibuk berdrama hindustan, mana sempat nak bergambar.



Sibuk- sibuk nak ambik gambar pakai camera kualiti Blackberry


Jakun nampak kapal terbang. Saya nak cuti!


Gambar tanpa motif.


Teruja nampak beruang hijau yang comel


Geram nampak kedai cokelat dan rasa nak pergi.


Jakun nampak lolipop besar.


Muka sengal tak habis-habis


Naik Bas Rapid pon tak pernah. Sedih :(


Saja suka-suka.

Dah ni je sempat snap. Malas tangkap gambar banyak sebab kualiti camera pon kualiti handphone je. Nanti bila dah beli DSLR kita tangkap gambar penuh memori. Ok tadi masa mak cik balik muka semua tahan sebak. Muka aku macam tettt. Sampai time peluk cium semua menangis macam babak drama cerita hindustan. Aku mula-mula agak control tak nak nangis tiba-tiba masa sesi peluk cium mak cik aku nangis bagai nak gila. Pelik sungguh aku hari ni. Ok ni baru berpisah dengan bibik belum lagi berpisah dengan mak abah. Masa tu tak terbayang apa jadi *sure banjir sekampung*. Aku harap satu je, tahun depan aku harap dapat jumpa mak cik lagi. Nak lepas rindu. Ok, lepas dah puas lepak dekat airport, dah dapat beli cokelat kesukaan pergi Putrajaya pulak. Sempatlah masuk Alamanda kejap. Sumpah Alamanda memang boring. Dengan orang ramai nya. Haizzz, boring sungguh la. Ok Malam ni dinneh makan Sabaa restaurant. Makanan arab memang gila terbaik lah. tu yang sampai 3 kali makan sana tu. heh. Bila nampak nasi beriyani dia yang kenyang pon boleh jadi lapar. Yang lapar boleh jadi bertambah lapar.

Ok, dah menguap dah ni. Nak pargi tido. Saya tau post hari ni agak emo macam orang baru putus cinta. Nanti saya tulis lagi. Saya janji. To all my chinese friend Gong Xi Fa Cai. Utuk yang lain happy holiday.

Thursday, January 27, 2011

Blackberry jantung hati

Hello gorgeous. Eh, yang tak cantik tu jangan nak perasan. Saya pon kadang-kadang TERperasan jugak. Maklumlah lah muka dah tak cantik, kenalah selalu perasan hot, posing maut depan cermin sahaja. Perasan depan cermin je boleh lah. Menggedik pon depan cermin je lah. Karang bagi orang tengok orang kata over. Oh, sungguh sedar diri saya ni.

Nilah BB kesanyangan saya. saja nak tayang.

Gambar budak kecik kiut miut ni curik dekat thesartorialist blog. Nampak je terus jatuh cinta. Siap buat dekstop wallpaper lagi.


Ni cover BB kita. Okeyhhhh, saya tak pakai pon cover bling bling buat sakit mata tu.Saya pakai cover palstik muka devil kaler purple pulak tu. Tau lah purple tu kaler favorite Justin Bieber. Purple is sexy!


Ok kali ni punya gambar tak pakai digital camera. Handphone pon tak. Pakai webcem- webcem je. Ok, sekarang ni sumpah nak dslr camera. Bolehlah snap gambar cantik menarik tetarik. haha. Woo sudah pasal dsrl. Nanti dah dapat nanti kita cerita gempak-gempak lagi. Nampak gambar dekat atas. Saya pakai Blackberry curve 3g kaler hitam je. Ok phone ni memang tak canggih macam iphone tapi sumpah suka gila BB ni. BB ni telepon pintar jugak. Semua dok tanya kenapa tak beli iphone. Cehh, macamlah iphone tu 2 3 ringgit. Yelah, orang kaya. Cakap pon nak sleng orang kaya lah. Kita yang dengar ni rasa miskin je. Nasib dapat beli BB. Tu pon dah bersyukur sangat dah. Tak pe, kita ni sedar diri. Suka betul aku merendah diri. Ok, hasrat beli telephone pintar dah tercapai. Next mission nak beli dslr camera pulak ye. Semoga angan-angan ini menjadi kenyataan. Amin.

Ok, dapat beli yang ni pon dah bahagia.


I wish. Kalaulah pari-pari dalam kartun Cinderella boleh tolong. haha.


Dah cukup sampai sini. Kitak story lagi nanti. Perut pon dan berbunyi gitar. Tangan pon dah lenguh mintak urut. Teehee :)

The Sky's The Limit- Jason Darulo
Yalla asia- Jay Sean featuring Karl Wolf and Radhika

Saturday, January 22, 2011

Pink Ninja

Hello. Lihat gambar ni. Diambil selepas beberapa jam menonton Raja Lawak. "Mengikut peribahasa cina, orang yang tidak matang tidak pernah melihat ular berak". Ayat David Teo masih segar-bugar dalam ingatan. Ayat apek tu macam siot je. Kan kan kan? American Idol semalam jugak terbaik!!

Boleh tak jadi kembar Waheeda?


Ninja gila adalah saya.


Pink ninja konon. Macam wuttt!


Hari ni aku tulis sebab aku bosan teramat sangat. Sangat sangat okeyh. Ignore gambar busuk aku. haha. Dah kena stop sekarang. Tuan punya laptop dah warning. Karang tak bagi kang mati aku. Nanti aku tulis post comel lagi.

Friday, January 21, 2011

Degil itu aku

curik di Tumblr. Ayat ni ada kebenaranya. kan?


Hello blogger. Semalam tulis, hari ni tulis. huh, nampak sangat addicted. Pagi tadi pergi kolej. Sampai-sampai terus jumpa kak Ida yang kiut miut tanya pasal subject. Aku puas pikir aku ni kena ambik tak subject Moral. Mak dah dari pagi kata call je kak Ida tapi kerana kedegilan aku yang nak jugak jumpa kak Ida jugak mak terpaksa hantar ke Kolej. Bila tanya Kak Ida dia tersenyum kata "Sharizad tak payah ambik Moral nanti semester depan baru ambik Pendidikan Islam , so hari ni boleh balik". Nampak tak berapa banyak masa aku dah buang pagi ni. Tulah mak cakap aku ni selalu tak nak dengar. Selalu nak menang. Ambik aku "kan dah buang masa" Sekarang dah paham kan, aku ni DEGIL!!!! Ok sekarang dah lega dah. Yahhh, nikmatnya hidup. Semester ni ada 3 kelas je. Isnin sampai rabu je suffer. Suka kan korang, weyh sempah aku lagi suka. Suka campur bahagia. Senang sikit bila Khamis dan Jumaat tak ada kelas. Kan? Assigment pon akan berkurang dan boleh bereskan secepat mungkin. Tu rancangan aku. Cakap je tapi karang kalau dah mood malas datang aku layan jugak lah. Harap-harap this sem bolehlah aku belajar tepati masa. Kalau assigment siap cepat bolehlah focus Mid Term and Final. Bila dah habis mid term and final bolehlah focus Bieber. bwahahahaha !

Tata, nak pergi tengok duni luar jap. Bersenam and buat yoga conferm tak lah kan. Bila aku dah muncul dekat luar itu pon dah bagus. Kalau tak nampak 24 jam depan E entertainment je. haha.

Haunted- Taylor Swith.

Thursday, January 20, 2011

Video

Hello PEMblogger sekalian. Hari tak nak dah post karangan panjang bejela ok. Nanti karang otak serabut pulak. Yang tulis serabut yang baca lagilah serabut. Hari ni nak share video je.


Glee- Mary You. Ok, I'm lovin it. Suka video ni. Buat aku rasa nak khawin. haha. Mana ada. Bergurau je. Kau gila ke nak khawin? haha. Orait, kepada sesiapa yang belum tengok series Glee ni pegi beli ke, download ke, apa ke. Yang tak tau serius Glee tu apa sila google sekarang. Dah tahu nanti moga-moga kau jatuh cinta. weyh, dalam video ni Fin nampak hot okeyh. Cuba cerita masa bila Fin pernah nampak hot? Dalam video ni je kot. Rachel macam biasa sumpah tak hot la kan. Kalau nak tengok dia lawa sekali je dia nampak lawa. Dalam Teen Vogue mag je dia lawa. Ok, aku dah tengok video ni. Puas hati kau? Aku kan Gleek.

Ni ada satu lagi video kesukaan aku. My current Bieber favorite video. Kalau Belieber tak suka entahlah. tak tau nak kata apa.


Justin Bieber at Golden Globe 2011. Wah aku suka spek 3D colour purple tu. Nak satu. Haizz. Beberapa hari ni asyik Bieber Fever je. Opss bukan beberapa hari ni tapi setiap hari. Aku kalau tak dengar lagu dia n tengok muka kacak dia setiap hari akan mabuk. Video ni bukti aku tak sabar tunggu April ni. Woahh, Justin Bieber in Malaysia lah ngok. ok kita jumpa nanti.

Dah. Dah malas dah nak membebel. Korang bukan kesah pon. Nanti kita post video lagi.

Wednesday, January 19, 2011

URL baru

Buona sera (Selamat petang dalam bahasa Italy) people. Konnichiwa (hello in Japanese) pemblogger . Eh, bahasa ni copy and paste dari internet je. Aku tak fasih pon bahasa Italy and Japanese ni. Belajar pon tak nak fasih apa benda nya. Cakap english tergagap-gagap cehh nak belajar bahasa lain konon. Ok tengok tittle dekat atas. woahhh, blog URL saya dah tukar. Ni benda yang jarang-jarang aku buat. heh? Tukar belog url kali ni sumpah bukan sebab bosan dangan url blog lama. Semalam masa termenung teringat blog sekejap. Teringatkan url blog pulak tu. Bila pikir balik blog url dulu tu macam tak ada makna langsung. tengok ni.

ijadqueenfabby.blogspot

Nampak tak. ok sini aku terangkan lebih detail. Makna Ijad tu adalah nama singkatan aku (Sharizad dipendekan ijad le). Kalau ijad tu masuk akal jugaklah letak dekat url blog. ok queen tu tak de makna apa-apa pon kan? Aku bukan permaisuri, puteri pon bukan. so nama queen tu macam tak masuk akal. Lagi satu fabby. Fabby tu singkatan bagi fabulous. Eh, aku tak fabulous macam Kimora Lee pon. Kenapa perlu ada fabby dekat url blog aku kan? Kalau digabungkan jadi akuputeriyangfabulous. ceh, aku puteri yang fabulous ke? Langsung tak ahh. Weyh, I'm not even a queen. Nak perasan sekejap bolehlah. Berangan tinggi betul. Haizz. Dah berbulan pakai url ni baru mengada kata tak ada makna. Menggelabah siot! Semalam dapat idea nak tukar url belog. Kali ni tak curik idea orang ok. Ni url baru ku (in case kalau ada yang tak pandang atas blogger kan).

Belogceritasaya.blogspot

Kali ni punya url ada makna okeyh. Sikit je lah makna nya. Belog cerita tu sepatutnya macam buku cerita lah. Ini bukan buku tapi belog so aku tukar perkataan buku jadi belog. Baru nampak stylist sikit. Ok makna saya tu takkan tak tahu, melainkan kau datang dari Tibet ke Rusia ke tu aku boleh lah paham. Sekarang orang negara lain pon dah paham saya tu maknanya apa. Takkan blogger malaysia tak paham kot. Yang tak paham tu pergi masuk tadika balik la. Aku dah bagi makna url sekarang kau pulak pergi baca entri belog aku sampai muntah. haha.

Sebelum stop ni ada satu gambar nak post. Kepada pembaca wanita sila tutup mata anda kerana saya takut anda akan TERjatuh cinta pulak. Kepada pembaca lelaki nak tengok tengok, aku tak paksa. Kalau jatuh cinta tu masalah besar "normal ke tak kau?". tu saja aku boleh tanya. hehe!

Dia aku punya ok. Sape berani sentuh aku jentik.

Ok, Caio! maksudnya goodbye in Italy. Nanti kita jumpa lagi. Tata bye-bye.

Monday, January 17, 2011

Justin Bieber in Malaysia

Nampak tak kegembiraan yang terpancar dalam diri ku? Ni dah bagi gambar cukup besar dah ni.

Align Center Poster concert. Aku pergi. Kau?


Eh, aku mimpi ke ni? Tampar muka aku sikit! Aku cakap tampar sekarang. Dah tamoar diri sendiri dah. Ini bukan mimpi, ini kenyataan.Gembira tahap maksimum *lebih gembira daripada anak kecil yang mendapat gula-gula *Pertama kali membeli tiket konsert dan pertama kali dapat ke konsert. Teruja sungguh saya!Easy breezy beautiful Bieber! Aku pergi konsert dia. Nampak tak muka gembira ni. Karang aku lompat korang tak nampak pulak. Btw, tadi dah lompat pon. huhh, siap menggelabah depan ustaz lagi. Ustaz siap buat muka hairan sebab kebingungan melihat aku yang sedang mengaji tiba-tiba bertukar menjadi hyper selepas menerima sms dari abah. Hyper tahap maksimum dah . Terima kasih abah. You make my dream come true! Tahun ni dah tak payah dah hadiah Birthday. Tahun dah tak payah dah buat birthday party ala-ala budak 6 tahun. Usaha aku telah berhasil. 2 minggu buat pujuk, paksa, buat muka sampai abah beli tiket. Hell yeah, usahaku dah menjadi. Yeahhhh, aku pergi jumpa Justin Drew Bieber. Sorry laptop, kesian kau. Sebab aku terlalu exited aku menjerit dekat skrin , tekan kau kuat-kuat and mengedik depan kau. Sorry! Lepas dapat sms dari abah tadi aku mabuk sikit. yeahhhh, yang penting aku dapat pergi jumpa husband aku. Hell yeah!!! Bahagianya hidup. Now I realize that dream will come true. Yang geram tak dapat pegi "be jelez". haha -__-! Pada Belieber yang tak dapat pegi jangan lari dari rumah pulak. Banyak lagi masa ada. Banyak lagi masa boleh jumpa dia. Bila dah jumpa tengok jelah sebab he's mine forever. Jangan nak mengacau dia. gahhhh, extra exited lah aku hari ni. Tadi dekat kelas muka gabra sampai habis presentaion. Sampai balik rumah muka pon masih muka cuakgabra. Sekarang dah lega dah. Happy tahap max sebab dapat pergi Justin Bieber concert in Malaysia.

I wish (ayat yang dicuri di Google)

When Justin Bieber see me at his concert he'll be like man she's gonna be my *Favorite girl*. And now in *My world* there's *One Less Lonely Girl*. I only have to tell u *One time* that I'll *Never Let u Go*. I just want u to *Love Me* like I love you. No more saying *Eenie Meenie* miney mo cause girl your pretty *Down To Earth*. Your heart is *Bigger* then anyone I ever know.
My *First Dance* is gonna be with u. If I had 2 pick *Somebody 2 Love* it will be u cause when *U Smile I smile*. I'm sill *Stuck In The Moment* from the first time I saw u. Your love makes me go *Overboard* so u need to help me 2 get back *Up*. Your my *Common Denominator* . Please don't be my *Runaway Love* and I know you'll never *Kiss and Tell* cause *Baby* your the one for me.

My Bieber Playlist

Baby featuring Ludacris

Somebody To Love
Stuck In The Moment
U Smile
Runaway Love
Never Let You Go
Overboard feat. Jessica Jarrell
Eenie Meenie – with Sean Kingston
Up
That Should Be Me
Favorite Girl
Never Say Never
Kiss and Tell
Latin Girl
Ride
Mama's Boys
Bigger
Rich Girl
Pray
Omaha Mall
Believe

Semua lagu Justin Bieber <3

Dah, cukup sampai sini. nanti kita hyper lagi.

Saturday, January 15, 2011

Hari ini

Assalamualaikum gorgeous. Nah kita mula dengan gambar semalam dan hari ni. Ignore je muka vain tu.

Motif gambar- nak tayang hairband bunga yang dirembat di kedai Diva. Oppss, bukan rembat tapi beli. Jangan tengok belakang, bilik berselerak.


Muka selpas penat menyelesaikan kerja rumah. konon muka ceria lah tu.



Penat tak hilang lagi dah nak tayang muka vain. Nampak tak rambut serabai tu? hehek.


oii, post pengenalan sudah, post gambar vain pon sudah, apa lagi? Ni tengah pening memikirkan apa nak buat ni. Hidup tak de hala tuju betul. Bosan boring bosan boirng tulah ayat aku tiap-tiap hari. Ok patut sambang tengok movie Elvis and Anabelle kan? Semalam pon tengok movie tu kualiti youtube je, siap berpart-part pulak tu. Dah lah baru sampai part 5. huh? Sumpah suka movie tu. Max atau Elvis sumpah hot gila buat aku geram sampai terbawa-bawa dalam mimpi masa tido. Crazytard me :).

Dah dah cukup merepek, mengada, memvain *cari dalam kamus takkan jumpa*. Nanti kita write lagi. Nak pi sambung tatap muka kacak Elvis a.k.a Max.

Runaway- Bruno Mars

Friday, January 14, 2011

Elvis and Anabelle



Elvis and Anabelle- Very beautiful movie


caption yang dekat atas tu saja ja tulis. Nak paksa semua blogger tengok movie ni.Nah ni gambar untuk hari ni. Gambar ni je yang sempat curik. haha. Hari ni dah malas nak bubuh muka vain saya. Dah cukup takat ni. Sungguh malas untuk menulis panjang berjela. Maaf dipinta.

Thursday, January 13, 2011

Result

Happy ke? Sikit la.

Assalamualaikum korang!

Hey korang.Mana aku menghilang ni? bwahaha *gelak tak henti-henti*. Sumpah beb, bukan saja tak nak blog. woahh, tak nampak ke muka rindu ni? Rindu belog lah kau. Dia tu aku dah tak rindu dah. Buat penat je rindu-rinduan dekat manusia. Bukan nak balas pon perasaan rindu kita.Tengok kan aku dah mula ungkapkan ayat emo-emo dalam belog ni*hukhuk*. Sorry kata pon dah semester 3 makin sibuklah saya. Banyak nak siapkan. Ok kita mula dengan entri campur cerita pasal kelmarin, semalam dan yang lepas-lepas. Kita mula pasal result periksa college keyh. Weyh upsr,pmr, spm dah habis. Kita ni dah tua dah! Allhamdulilah result exam kita selamat semuanya. Tekezut beruk jugaklah masa pandang papan kenyataan tu. Rasa macam waktu Farhan and Raju ambik result *filemhindustan3Idiots*. "kita akan rasa teruk kalau kita gagal, kita akan rasa lebih teruk kalau kawan kita lebih berjaya" Oppss maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sebab kita tak kan list result untuk subject kita satu-persatu. Yang penting aku tak fail. Tak payah bazirkan duit 300 and tak payah differ. Hoayyeh! Boleh lah bangga dengar kawan yang fail. Agak kurang hajar ayat tu kan *just joking lah derr*. Result aku pada semester lepas telah memotivate (letcurer baru ajar pasal apa yang motivate kita) aku untuk terus belajar besungguh-sungguh tanpa menghampakan bonda & ayahanda aku. Amen.

Dah, dah kalian. Ok stop sampai cerita result exam. Nanti kita tulis lagi. Kalau mood rindu datang kita tulis lagi. See you soon. Promise!

p/s- Sumpah nak beli ticket Justin Bieber Concert Live In Malaysia.

Sunday, January 9, 2011

Masa oh masa

Hello uolls! Dah beberapa hari tak belog ni. Sebab kita malas dan sangat malas. ok just nak ngomong esok college life da start. owhh dah sem 3 dah. cepat nya. oiii dulu masa hari pertama sem break ckp dalam hati" relax, chill lama lagi cuti" tulah sekarang dah tinggal beberapa jam lagi nak menikmati cuti. lepas ni dah tak de dah bagun lambat sampai muka bengak taik mata penuh. lepas ni dah tak de dah mandi berjam-jam n bersiap bagai puteri raja. Lepas ni dah tak de dah tengok tv dari pagi sampai petang. Lepas ni dah tak de dah tatap facebook sampai boring. Akan merindui rutin harian semeter break ku! Lepas ni bermulalah assigment yang memeningkan. Lepas ni bermulalah study exam yang menyeksakan. wah terlalu banyak lepas ni. sekejap je masa belalu. owhhh, cuak gilar beb pkir result. Doakan semoga selamat semuanya. kita tunggu esok.

weyh malam ni AJL aku harap Yuna, Aizat, Faizal Tahir menang. Hujan boleh belah xx)

Wednesday, January 5, 2011

Post yg ke 182 kot.

Hello awak! hari ni kita malas nak tulis panjang berjela- jela jela jela. Ok stop, too many jela already. Hyper mood biasalah. Hari ni tak pegi mana-mana pon. Duduk rumah buang masa sahaja :(. Semalam tengok The Back Up Plan kali yang ke 2. Cerita 2 agak biasa je tapi kerana teringatkan si kacak bergaya bernama Alex O' Loughlin tengok lah buat kali ke2. Masa tengok 2 abah kata "dia (Alex) blakon Hawaii 5 0. Gah, terpaksalah tengok Hawaii 5 0 lepas ni. Alex punya pasal semua boleh. Pagi tadi tengok movie The Time Travele's Wife. Bukan untuk kali yang pertama tapi kali yang ke 10. Dasyat kan perempuan ni? tengok sampai sepuluh kali tak jemu-jemu. weyh, situ tak de hot stuff la. cuma cerita dia je sweet like sugar gitu. Petang ni maybe nak layan 3 Idiots buat kali yang ke 26.All is well and Farhanite Prerajulasion (Farhan and Raju)! Wah tak jemu-jemu tengok cerita lawak dan comel tu. Hindi movie jarang buat cerita jenis macam tu. Balik-balik buat cerita cinta emo-emo buat orang nangis sampai banjir. Yeay satu lagi lunch tadi Mak belikan prosperity burger. Panas mulut makan sos black pepper tu. Panas pon panas le tapi sedap jilat jari jugaklah. tak lengkap kalau tak makan setahun sekali.


Dah Minum half baru complain tak sedap. Mak buat lagi sedap.

Tuesday, January 4, 2011

Sebab rindukan sekolah

Hello kawan-kawan yang kita like! Dah malas guna pekataan suka dah. Nanti orang ingat Zahiril pulak. haha. Wah, tengok tittle hari ni. Mesti dalam fikiran semua belog post hari ni bakal emo kan. Tak delah, mana ada. Kita biasalah hari-hari pon nak emo. Masa orang lain mood ceria saya tunjuk emo. Dah, dah berhenti bab emo. Pagi tadi mak saya ajak teman tengok adik dekat sekolah. Wah, si kecik annoying tu dah darjah 1. Memang dia annoying macam kakak dia, tapi kakak dia comel sikit. Mulalah nak perasan kita ni ya. Mula-mula inagtkan tak nak ikut mak tapi pagi tadi tiba-tiba teringin rasa nak ikut. Nak ikut pon sebab nak observed macam mana si annoying tu behave dekat sekolah. Masa sampai sekolah rendah tu teringat pulak zaman darjah 1 saya. Bila ingat-ingat balik owh masa darjah satu saya sungguh memalukan. Tanya anak jiran belakang rumah mesti dia tahu dan kenal budak ni. Dulu-dulu masa darjah 1 semua orang kenal saya. Konon hebatlah tu semua orang kenal. Padalah orang kenal sebab first day dah buat sekolah banjir. Macam-macam jadi masa tu. Masa part ustazah ajar tu lagi lah annoying. Tak nak cerita part 2 (sumpah memalukan). Masa tu semua kawan saya wah muka control semuanya. Konon baiklah tu. Saya pulak jadi macam satu dalam seribu dalam kelas. Semua dok pandang saya. Semua pandang sebab mata kita macam ada air terjun dah. hehe. Air terjun punya pasal sebulan jugaklah ayah kena tunggu kita dekat sekolah. Sebulan beb! Malu malu malu. Memang buat malu je. Orang lain seminggu cukup kita sampai sebulan. Bila tengok adik kita hari ni dalam hati berkata "nasib budak ni tak macam aku". Jumpa adik time rehat. Sebelum jumpa adik wah wah tengok budak darjah 1 semua comel-comel. Rasa macam nak kidnap bawak balik pon ada. Bila adik sampai muka macam tetttt -__-. Mak suruh dia makan bekal dia ngadu sakit perut. Isyhh budak ni annoying sungguh dia. Baru hari ke2 dah buat alasan sakit tulah ni lah. Macam-macam si kecik ni. Cakap adik lebih-lebihnya kita. Mak selalu kata "kamu tak tahu kamu kecik- kecik macam mana , lagi lah teruk". Bila dengar tu rasa nak gelak berguling-guling pon ada. Hari ni sempat jugak lah tengok kawan adik. Wah yang sorang tu berpinafore, rambut ikat tocang dua. Tu comel lah jugak *muka innocent macam takut kena marah*. eh yang lagi sorang yang bernama Sofea tu comel comel comel *tengok rasa nak peluk dan kiss*. wah muka dia dengan putih macam Snow White, rambut ikat satu. Memang comel habis budak kecik tu. Dah besar nanti sure cantik menyerlah tu. Masa tengok budak tu " ek eleh macam mana adik aku boleh kawan dengan dia". Budak tu muka tak de lah nampak annoying . Kot kot budak tu kena cover dengan muka comel dia kot. Cover comel pon coverlah kau, tapi kalau dah comel tu nak buat macam mana. Grrrr, ni yang rasa nak kidnap bawak balik rumah ni. Eh, sampai panjang pulak aku mendescribe anak kecik yang comel tu. Conclusion nya (terus kesimpulan pulak), tadi lepas adik buat muka mengada sakit sakit semua, owh dapatlah dia balik rumah sebelum waktu persekolahan tamat. Memang kedatangan ku ke sekolah hari ni memberikan kenangan terindah. Tu lah dulu suruh sekolah saya main-main kan sekarang dah rindu-rinduan. Saya sangat merindukan zaman persekolahan saya. If I could turn back time. bhaha I wish lah kan.

dah, sudah cukup. hari ni dah panjang sangat dah ni. chawwww! nanti kita tulis lagi

puaskah- wali band (lagu kesukaan).

Monday, January 3, 2011

Tahun baru azam baru

Salam kawan-kawan yang kita suka! Ni tiru ayat Zahiril Adzim ni. Suka baca blog dia. Muka skema habis tapi rupa-rupa dia seorang yang puitis. Sungguh tidak kusangka.

Sorry hari tu lupa nak upload gambar malam tahun baru. Semangat post karangan sampai macam-macam lupa. Ni aku bagi gambar. Tatap puas-puas!





Hah. Gambar ni macam tak ada rupa mercun dah. Mintak ampun lagi sekali! Gambar ni kualiti blackberry je. *salahkan handphone BB kesayangan* Dulu dapat Nokia pon complain. "eisyhh, aku ni". Ni memang muka dasar tak bersyukur.

Hanya gambar ini sahajalah yang dapat saya tayang di belog ni. Ni je gambar yang sempat saya tangkap. Khusyuk menonton bunga api lah katakan. Haha! Ada jugak saya record video tapi paham-paham jelah. Malas nak post dekat sini.

bye. Nanti kita tulis lagi. Mak dah panggil maman

Sunday, January 2, 2011

Social network

Hello kawan-kawan yang kita suka! Aduuh, tak merancang pon nak post belog hari ni. Tak merancang pon nak tekan-tekan benda alah ni *tiba-tiba*. Nah ni gian menulis punya pasal lah ni. Ni lah masalah nya kalau dah gian menulis, dah tak tahu apa nak tulis pon pakai belasah je. Janji penuh blogger kita walaupun tak ada yang sudi baca. Kalau orang tanya dia masa-masa kosong saya apakah kerjaan saya? wah wah ayat nak lawa je kan? Banyak sangat! Lagi-lagi yang membabitkan laman sosial ni. Dalam bahasa Inggeris nya adalah Social network. Kepada yang tak tahu dan terkial-kial memikirkan sini saya tunjuk.


Ini bukan social network yang saya sibuk-sibukan tadi. Ini saya punya dekstop wallpaper lah all. Benda ni pon nak tayang-tayang dekat belog. Lame!! Nampak gambar tu. Tu lah masalah kalau dah kegilaan terhadap pontianak ni kan? Sampai muka si kacak Steven Salvatore tu nak jadikan wallpaper. Saya ni memang sebegitu rupa. Pantang nampak mamat hot, segak lagi bergaya mulalah pandang mata tak berkelip. haha


Facebook


Macam-macam nampak dalan gambar tu kan. sorry kalau ada muka-muka yang dikenali di situ

Ini sosial network kita yang pertama. Masa awal tahun 2009 tengok semua orang buat benda alah ni saya pon sibuk-sibuk nak buat. Nasib reti guna. Wah wah sekarang ni dah tiap tiap hari dah menatap benda ni. Sampai aku naik bosan tengok benda ni, benda ni naik boring tengok aku. Hari-hari bukak benda ni bukan buat apa pon (tengok-tengok gambar, komen-komen sana sini, mengutuk orang). Mengutuk tu saja-saja tambah, padahal yang selalu kena kutuk tu diri sendiri -___-.

Twitter


Status mengarut yang sudah menjadi kebiasaan

Twitter ni pon mula buat pada awal tahun 2009. Buat pon pasal terbaca yang orang kata twitter ni paling ramai orang buat berbanding sn lain. Benda alah ni pon hari-hari saya login dan logout. Hari-hari tulis status. tulis curahan hati. Follow orang sana sini. Itulah kerja si saya kalau dah bertwitter ni.

Tumblr


Kecintaan ku sampai bila-bila- Justin Bieber, Dave Franco dan Dave Franco hitam putih

Sorry sebab gambar di atas tu macam tak menunjukkan tumblr dah. Malas yang teramat sangat nak menayang logo tumblr. Orang kata tumblr ni macam blog jugak lah kan. Lebih kurang lah tapi banyak orang suka post gambar daripada entri panjang berjela. Dalam belog biasanya semua post cerita emo terlebih tapi tumblr ni lebih kepada post gambar. Saya teramat suka tumblr ni. Dulu masa tak berapa pandai nak guna jarang-jarang jugaklah bukak. Sekarang mentang-mentang dah pandai hari-hari reblog post. hehe. Selalu bila kegilaan bertumblr datang saya seperti biasa suka reblog gambar lelaki-lelaki hot kacak segak lagi bergaya. Bukan reblog gambar lelaki je tapi reblog semua kecintaan dan kesukaan saya. *Gambar diatas menunjukkan bukti*

Blogger


Logo blogger yang dicuri dari Google !


Ni lah tempat nya kalau nak tengok kita menulis cerita kehidupan kita. Banyak benda kita selalu cerita dekat belog kita. Kadang-kadang dalam belog kita ni ada masa kita tulis coretan emo-emo. Bila datang waktu emo mulalah kita tulis merapu merepek semua dan lepas tu kita harap ada orang baca. Ada waktunya kita tulis moment membahagiakan dalam hidup kita. Masa tulah paling kita suka. Dah lah boleh cerita panjang berjela sampai lenguh tangan lepas tu tambah pulak dengan gambar comel comel segala. Dalam belog kesayangan kita ni megutuk orang lain dan manusia sangat kurang-kurang kita lakukan. Nanti marah pembaca sekalian semua. Perli-perli pon kita elak-elkan.

Banyak lagi social network dalam fikiran sekarang ni. Dulu mula-mula buat Myspace lah. Ingat lagi dulu semua dok sibuk tanya "ada myspace ka". Myspace saya ada lagi tapi account pertama dah rosak *geram teramat sangat*. Bila buat balik acc (singakatan bagi account) semua dah tak ramai guna dah. Perasaan menyesal tak sudah semua timbul bila buat acc baru. Sekarang pon dah tak berapa nak layan myspace-myspace ni. Benda lain pulak dah jadi trend tahun alaf baru ni.

Dah dah sudah. Tangan kita dah lenguh. Otak kita dah jam dah. Nanti kita tulis lagi. Esok sekolah rendah dan menengah mula. Sorang-sorang lah kita dekat rumah esok! bye tata :)

Saturday, January 1, 2011

Two thousand eleven

Assalamualaikum ibu ibu, bapak bapak, adik adik, kakak kakak dan semuanya. Salam tahun baru ye semua. Hari ini tarikhnya 1.1.11. fulamak, indah teramat sangat tarikh tu. Dah jadi tarikh kesukaan dah. Nak mula bahagian mana pon dah tak tahu. ahh 2010 banyak moment membahagiakan dan banyak jugak moment yang menyayat hati. dah dah dua ribu sepuluh dah pegi jauh dah. Biarkan moment yang membahagiakan tu dikenang- kenangkan. Sampai bila-bila kita kenang. Bagi moment yang menyayat hati tu kita buang jauh-jauh (tak payah kutip lagi dah). Buang yang keruh ambik yang jernih -____-!

opps terlebeh sudah! Kite balik pada situasi malam tahun baru. Saya hidup masih sama. Makan kenyang, mandi basah, tido lena. Macam biasa lah kita, malam tahun baru kawan kawan sibuk melalak, memekik, menyanyi sumbang kita rai dengan keluarga tercinta kita. Dah lah malam tadi nampak jalan bersesak-sesak segala. Lagi- lagi dekat The Curve beribu manusia sambut tahun baru! Masa konsert tahun baru semua semangat. Kita ni pandang jelah dari jauh. Orang sibuk konsert curve lah, Mizz Nina lah, Colby Ol Donis lah, Pavi lah, karaokey lah. Macam-macam bunyik malam tadi. Gempak sangat malam tahun baru tahun ni. Akan saya ingat sampai bila bila bila bila bila. Banyaknya bila. Itulah jadinya kalau hyper teramat sangat. Malam tadi pon sempat lah jugak kita melihat mercun, Firework berwarna-warni. Ingat semalam kita je jakun tapi tengok tengok beratus lagi manusia jakun campur annoying. Apa tak nya, semua umur dah besar gajah tapi menjerit, mememkik semua lebih lebih nya yang besar- besar tu. Siap bawak snow spray berbotol-botol lagi. konsert tak pergi pon gempak jugak tahun baru kita. Yang kecoh-kecoh dapat pegi konsert tu tunggu next year kita pulak kecoh-kecoh kat korang. skemanya ayat kan kan kan? Balik rumah on facebbok pakai blackberry sendiri nampak macam-macam status facebook keluar. Status tahun baru semuanya. ok tak nak lah saya post status diorang di belog saya ni. Karang tak pasal-pasal saya dipanggil stalker dan anoyying pulak.

Status tahun baru sendiri di facebook. kita kan dah maju!


Dah dah cukup pasal malam tahun baru -_________-

Pagi tahun baru sangat sangat dashyat. Saya terjaga dari mimpi tengok jam di Blackberry saya menunjukkan sudah pukul 10.00. Paling dasyat lepas tengok Blackberry kesayangan tutup mata balik kita. Tutup mata sampailah sepuluh setengan. Lepas dah bangun, termenung, menggeliat semua bersiram hampir satu jam. Kalau boleh nak lagi lama. Kalau mandi lebih lama siaplah selepas beberapa minit adalah yang memekik dari atas, bawah, tepi, kanan, kiri. Tu baru cerita bab mandi belum lagi cerita bab bersiap berjam-jam bagai puteri raja. Dah dah tak nak mengarut lagi dah. kata ada azam baru. Mengarut, merepek semua tu benda lama. dah jadi sejarah dah pon.


Memandangkan semua sudah tulis, cerita kenapa tidak saya jugak kongsi bersama. Saya pon ada azam tajun baru lah weyh. Ingat kau je ke ada azam tahun baru! Mula dah kepoyoaan saya. haha. Banyak sangat nak mintak. Banyak teramat sangat ni. Kalau tulis boleh jadi karangan 7 perenggan. hehe. Serba sedikit azam saya.

- Menjadi saya yang baru (New year, new me). Tak nak dah malas- malas, jahat-jahat, nakal-nakal. Tahun ni nak jadi yang baik baik sahaja. Insyallah.T

-Tengok result semester 2 saya. jantung dah dup dap dup dap dah. Semoga selamat semuanya. Nak result yang elok-elok je. Kalau result gempak pon lagi bagus.

-Buat yang terbaik untuk semester baru ni. Dah semester 3 dah saya. Nak buat assigment bukan last minutes. siap cepat hantar cepat. Nak result exam yang gempak je. Nak pensyarah beri komen baik saja dekat anak murid dia yang kecik ni.

- Tahun ni nak perbanyakan amal ibadat tu. Yang lepas lepas tu ambik ikhtibar. Insyaallah. Amin..

Sudah. Got to end my post now. Tangan dah lenguh-lenguh dah menaip benda lah ni. nanti kita tulis lagi.

Eh korang Selamat Tahun Baru! Happy New Year. Sealamat bergembira!
Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images