Friday, March 18, 2011

Aku, dia dan semua

Salam semua,

Tajuk entri hari ini mungkin akan membuat korang terasa hati, terasa sakit dan terasa segalanya.. Sebelum mula cerita nak mintak maaf dulu. Entri hari ni tidak dituju kepada mana-mana pihak dan cerita hari ni bukan BERtujuan untuk mengata siapa-siapa. Kalau ada yang terasa hati jugak den tak boleh nak halang "HATI MASING-MASING, MASING-MASING PUNYA SUKA".

Ok sekarang dah boleh mula. Tak tahu macam mana nak mula *muka gelabah*. Entahlah, susah nak gambarkan perasaan sekarang ni. Semua ni salah siapa? Manusia oh manusia. Hidup ni selalu tak pernah puas. Kalau dapat kurang nak dapat lebih. Bila dah dapat lebih nak lebih lagi. Tak paham kenpa zaman la ni manusia asyik fikir tu salah, ni salah semua salah. Terlalu tinggi salah, terlalu pendek pon salah. Terlalu kurus salah, terlalu gemuk pon salah. Even diri sendiri ni pon selalu nampak salah orang lain. Salah sendiri tak nampak nampak jugak *walaupun pakai kanta pembesar*. Bila kita rasa diri kita sempurna orang lain rasa kita bukan apa-apa. Bila kita rasa kita tak sempurna orang lain lagilah. Manusia mana ada yang sempurna.

Ok semua, sekarang ni nak terus-terang pulak. Kadang- kadang bila masa kita kata kita happy, tak semestinya kita betul-betul happy. Bila waktu kita gelak-gelak berguling-guling tu kadang-kadang semuanya palsu. Kita selalu buat semua ni semata-mata nak tengok orang sekeliling kita happy, tersenyum lebar. Kita ingat bila buat benda ni semua orang yang kita yang sayang gembira, tapi ada jugak yang tak. Pandai kan kita belakon? *Boleh dapat award pelakon terbaik. Ok korang jangan nangis. Kita stop dulu. Nanti kita vogue lagi.

P/s- Jadi manusia jangan selalu cari salah orang lain *peringatan untuk diri sendiri*. Cerminlah diri sendiri dulu. Macam lagu Yuna "Gadis Semasa". Bukalah mata yang selama ini kau pejamkan, lihatlah diriku. hehe.

Related Articles

0 comments:

Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images