Thursday, March 24, 2011

Lelaki idaman saya

Salam semua. Tajuk hari ni mungkin akan nampak terlalu berlebihan pada sesetengah orang. Mungkin? Mungkin ada yang akan bertanya apakah ciri-ciri lelaki idaman saya. Sebagai persediaan saya terlebih dahulu akan mendescribe lelaki idaman saya supaya tak ada yang bertanya. Ini jugak sebagai panduan kepada kaum adam yang berminat. Nyihahaha. Mungkin korang akan rasa ciri-ciri yang saya nak ni kadang-kadang tak logik. Korang ingat apa? Saya ni pilih orang kaya je ke? Banyak lagi ciri-ciri my dream guy orang korang perlu tahu dan ambil perhatian Ok, that me being unrealistic.

LELAKI YANG PANDAI BERGAYA




Nak jugak ada gambar Bieber. Orang kalau dah obsess macam tulah.Bercakap pasal lelaki yang pandai bergaya banyak sebenarnya benda yang boleh dikongsi. Maksud lelaki yang pandai bergaya bukanlah lelaki yang bergaya stail over mengalahkan perempuan. Jangan pulak korang pegi pakai makeup MAC sampai muka pon dah tak ada rupa lelaki. hehe. Tak payah lah sebab nak bergaya punya pasal sampai pakai baju tebal berwarna-warni. Cukup sekadar memakai pakaian dan kasut yang trendy, selesa dan kemas. Pokoknya style yang sedap mata memandang lah kata orang.


LELAKI YANG BERIMAN



Bercakap pasal lelaki yang beriman korang mesti ingat saya ni terlalu islamic kan? Saya pon bukanya nak lelaki yang pandai menyanyi ala-ala Maher Zain tu. Lagi satu kalau saya kata lelaki beriman tak semestinya lelaki tersebut harus menjadi ustaz. Ustaz pon tak semestinya beriman. Saya hanya harap lelaki tu boleh ajar sesuatu perkara yang baik dan berlandaskan syariat islam. Kalau boleh nak lelaki yang boleh meluangkan masa solat berjemaah sama-sama, mengaji sama-sama dan baca yassin pon sama-sama. Kalau lelaki tu boleh ubah diri kita ke arah yang lebih baik lagilah confirm suka.

LELAKI YANG PANDAI BERMAIN SQUASH OR RUGBY




Ok kebanyakkan perempuan lain sukakan permain bola tapi saya lagi suka yang pandai main squash or rugby. Perempuan yang suka pemain bola dah banyak kali dah dengar. Telinga pon mesti dah bosan. Kita ni selalu nak lain dari yang lain. haha. Dah lah pemain squash ni tak banyak yang handsome. Tapi tak pe kepada yang tak pandai boleh belajar. hahaha. Ok kalau ada yang tanya bab pemain rugby pulak, I think most of them macam ada badan buff, muscle berketul-ketul. Kalau jumpa yang macam tu confirm boleh buat perempuan jatuh cinta pandang pertama . Kalau kecik macam mana nak main rugby. Sekali kena lenyek, habis... hehe.

LELAKI YANG BERBADAN SASA.




Kan dah kata lelaki yang aku idamkan ciri-cirinya sungguh pelik. Yez, memang saya suka lelaki berbadan sasa. So what? Tak delah sampai nak mintak lelaki yang badan sasa macam ahli bina badan tu. Kalau boleh lelaki tu mesti pandai jaga kesihatan, pemakanan semua. Kalau dekat gym ada lelaki macam ni confirm hari-hari pergi. haha. Lelaki yang buff sangat sexy kowttt.

LELAKI YANG PANDAI BERMAIN PIANO.




Alahai readers oii. Korang tak rasa bahagia ke kalau ada lelaki yang main piano untuk korang. Adess, bestnya kalau ada lelaki pandai main piano kan? Nak nak time mood kita tengah down diorang mainkan lagu untuk kita. Kalau boleh main piano sekali dengan nyanyi lagu kesukaan kita. Perghhh, boleh menitik air mata dek kerana terharu .Paling best kalau diorang buat suprise pada hari-hari penting setiap tahun. Lelaki tu mainkan piano dan siap ajak kita duduk sebelah lagi. Memang susah nak cari lelaki macam ni. Tapi kalau dah pandai main piano, muka tak macho pon boleh dipertimbangkan. Harap maklum. Maksud tak macho tu bukan lelaki yang pondan ye.

LELAKI YANG PANDAI MASAK




Kalau saya kata lelaki yang pandai masak bukanlah pandai masak macam top chef, masterchef tu. Tapi kalau diorang boleh masak macam tu lagi bagus. Lelaki ni kalau bab masak ni kurang sikit, tapi kalau bab makan lelaki paling jaguh. Pompuan pon ada jugak yang macam tu *mengata diri sendiri*. Ada sesetengah lelaki yang berfikiran tah hape hape berfikir bahawa memasak adalah sangat keperempuanan.*Kalau Chef Wan pon berfikir macam tu, entah apa kerja dia sekarang. hehe No offense ye para lelaki seklian. Saya ni cakap orang lebihnya bukan main, padahal diri sendiri masak maggi pon hancuss. hehe. Pernah tak korang mimpi bila seorang lelaki memasak untuk korang? Pagi-pagi bila bangun nampak breakfast dah terhidang atas katil? Rasa macam dalam cerita hollywwod gitu *breakfast in bed*. Aduhhh, bahagia sungguh la kalau dapat lelaki macam tu.

Ok readers. Inilah serba sedikit tentang my dream guy. Sebernya banyak lagi ciri-ciri my dream guy yang tak dapat den senaraikan. Yang tak disenaraikan tu mmemang sumpah lagi tak logik lah kan. Karang kalau tulis kang korang yanng baca tu terpinga-pinga. hehe. Kepada para lelaki di luar sana kalau tak ada ciri-ciri dia atas tak payah lah berusaha nak adakan. Jadilah diri anda sahaja. Itulah yang paling baik.

Ok, need to chaww now. Assigment bertimbun menunggu. Thanks for reading this post. Love you guyzz. Muaxxxx :)

Related Articles

0 comments:

Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images