Sunday, April 22, 2018

Star beri cinta bab 11

Jumaat, 5.00 petang

Kayla Iman dan Zain hanya berdua di dalam kereta Range Rover Evoque milik Zain. Di corong radio pula sedang ke udara lagu Langit Cinta dendangan Dayang Nurfaizah.

"Kerna dia yang ku cinta
Sungguh tak pernah ku sangka. Hadir membelai jiwa dengan ikhlas, tulus hatinya
Pulangkan dia padaku. Tak tertanggung merindu."

Di dalam kereta menuju ke Empire Damansara Zain tidak langsung mengendahkan Kayla disebelahnya. Zayn sangat sibuk menhayati lagu tersebut sehingga terlupa bahawa Kayla sedang bersama dia. Walaupun suara Zain tidak begitu kuat namun Kayla dapat melihat bibir Zain yang seolah sedang menyanyi lagu itu.

"emmm, awak ni boleh tahan jiwang jugak'. Kayla akhirnya bersuara.

"ye la.. sebab awek Jepun tu lah saya jadi jiwang karat macam ni. Dulu sebelum kenal dia saya layan Arctic Monkeys, Kodaline and The 1975 je. Lepas kena reject saya dah layan Dayang, Search and even Anuar Zain." Zain cuba berjenaka namun seakan tidak ikhlas.

"it's okay.. Lepas ni awak boleh cari kebahagiaan lain. I'm sure banyak lagi orang yang boleh buat awak bahagia."

"Maybe not. Hanya dia lah kebahagian saya. Macam mana saya nak rasa bahagia bila bahagia saya tu dah hilang."

“Zain papa saya selalu kata bahagia tu ada di mana- mana. Selagi awak percaya bahagia pasti ada.”

Kayla tidak pernah memberitahu sesiapa bahawa dia seorang pencinta puisi dan kata- kata. Setiap apa yang dia katakan semuanya ada dalam puisi dia. Cuma terpulang pada yang mendengar hendak percaya atau tidak.

Sedang Kayla duduk sendirian di Taman Metropolitan Batu dia menaip whatsapp kepada Zayn. Di ambil Dari lagu Tulus..

Cukup bagiku melihatmu tersenyum manis Di pagimu siangmu malamu. Seyum!”



Related Articles

0 comments:

Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images