Sunday, April 22, 2018

Star beri cinta bab 12

Setiap hari apabila berjumpa Kayla tidak langsung bertanyakan kisah silam Zain. Sebenarnya banyak perkara yang membelenggu fikiranya. Otaknya bercelaru, hatinya berdebar. Rasa ingin tahu semakin hari semakin mebuak- buak namun Kayla masih mengumpul kekuatan untuk menyuarakan perasaanya.

"Zain... Ermm sebenarnya benda ni dah lama dah bermain dalam fikiran saya tapi saya tak tahu macam mana nak mulakan. Saya takut awak marah"

Muka Zain seakan kebingungan. " Bila awak buat saya tertunggu- tunggu macam ni saya lagi marah. Cakap je lah. Kalau saya marah pon at least awak dah cakap apa awak nak cakap kan?"

“Em, pasal Ummu Naurah tu... awak rasa kenapa dia tinggalkan awak?”

“Dia tak pernah tinggalkan saya sebab dia tak pernah sukakan saya.. Saya yang main tarik tali dan sekarang itu tali dah terputus”. Dia tak pernah cuba nak tarik balik pon”

Saat itu terdetik hati Kayla untuk membalas. Kata- kata Kayla ringkas namun cukup membuat Zain tersenyum.

“Kalau awak tak putus dengan dia tak dapatlah awak jumpa saya”.. Bukan awak kata awak suka cipta memori baru?”

“ Betul, tapi saya tak perlu cipta memori baru dengan awak kot sebab mamat baju belang- belang tu mampu beri awak kenangan terindah.”

“Pergilah pada dia.. Jangan ulangi sejarah saya. Sejarah saya bosan.”
Dengan pantas Zain berlalu pergi meninggalkan Kayla.

“MELINAAA!”
“Ini untuk awak sebab awak saya punya. Apa sahaja yang saya punya saya kena jaga elok-elok.”

Sesungguhnya setiap yang kita ada haruslah dijaga seeloknya. Jangan sakiti dia. Beesyukurlah kerana dia bukan mungkin bukan milik kita selamanya.

Secara kebetulan Kayla sedang membaca baris ayat dari puisi tulisanya. Sengaja dia terus menatap telefon pintarnya kerana mahu mengelak dari jejaki penuh drama itu. Zain pergi meninggalkan dia sendiri dan muncul pula “jejaka drama” yang selalu sedih episode drama nya.

“Opss hari ni drama yang mana ye? Bukan Melina dalam drama slot Akasia kan? Yang tv3 tu...”
“Saya Iman dalam drama dekat astro. Berapa kali nak ulang cerita Melina tu? Saya tak suka yang sedih. Saya suka yang tersenyum je.”
“Awak pon saya suka yang tersenyum je sebab yang itu je Aideen Faliq yang saya kenal.. Periang dan açah- acah macho.”

Terlalu banyak untuk diceritakan tentang Aideen Faliq Lee. Cerita tentangya sungguh panjang dan sedih.

Related Articles

0 comments:

Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images