Monday, October 20, 2014

Star beri cinta bab 1

Bab 1 Prolog

"BANGGGG!" terhenti seketika lamunan Kayla Iman apabila rakan baiknya, Najwa Izuana menghentak meja kerjanya.
         
       "Ya Allah, terkejut aku melayu anak mak cik Wawa oii" Kayla segera membalas. Kayla mudah melatah apabila terkejut.

"Ni apa ni, mengelamun tengahari buta ni. Mesti dok berangan khawin dengan Nate Archibald lagi ni" Najwa memang suka menyakat Kayla sebegitu kerana Kayla memang pantang melihat kelibat mat saleh.

"Mana ada mimpi Nate Archibald sayang oii. Aku teringat apa Tan Sri cakap kat aku pagi tadi. Terkejut aku dibuatnya". Kayla meluahkan rasa hati nya kepada Najwa. Riak wajahnya seperti gementar namun nada suaranya seakan teruja.

"Ok beb, apahal- apahal kita pergi lunch dulu. Perut aku dah berbunyi ring ding ding ding ding pow dah. Nadiah menyayikan sebaris lirik The Fox oleh Ylvis. Masa lunch kau harus story kat aku" katanya lagi.

Kayla dan Najwa segera menuju ke restoran kegemaran mereka "Chef & Brew". Di situ lah tempat mereka sering menjamu selera. Tempat ini lah tempat kegemaran mereka. Di sinilah mereka mula rapat dan saling kenal. 

"So what's up beb? Anything you want to tell me about Tan Sri Zainuddin? Nampak serious je. Or... Don't tell me dia mintak kau jadi gundik dia." Najwa segera bertanya dengan selamba.

"Ewahh, kau mulut tak ada insuran kan? Tak lawak lah joke bodoh kau" Kayla mendengus marah. 

"Ok sebelum otak kau jadi lagi kuning baik aku cerita sekarang.Tan Sri cakap dengan aku yang lagi 2 bulan akan ada orang ganti jawatan dia. According to him anak teruna dia yang akan ganti position dia" Kayla membuka bicara dengan nada gugup. Kayla jarang berbicara gugup namun kali ini tutur bicaranya sangat gugup seperti dilanda keresahan.

"OMG Kay Kay.. Anak dia akan ganti dia?" Mesti dia handsome macam Lee Min Ho. Mesti muka dia macam Choi Jin Hyuk. Mesti mata dia sepet macam Lee Seung Gi. Mesti suara dia macam Lee Hong Ki. And mesti dia jambu macam Rain. Best gila life kau. I can't wait to meet him" Najwa seringkali menunjukkan keterujaan yang melampau tatkala berbahas soal lelaki.

" Well hello kau dengan boyfriend Korea kau. Kau ni kalau bercakap pasal jantan bukan main lagi. Jangan stereotype sangat boleh? Anak Tan Sri tak semestinya handsome. Orang handsome tak semestinya baik. Entah entah dia kasanova, player. Who knows right? Lagi satu, kaya tak menjanjikan bahagia." Kayla sering berbalah apabila berbicara soal lelaki kaya. Kayla  berasa bahawa Najwa sangat kolot. Mungkin kerana dia suka berimaginasi dan terlalu banyak menonton drama korea.

"Wehh kau ni don't judge a book by it's cover boleh tak. Bukan semua lelaki kaya tu players ok. 
Gedik la lu! Tu lah padahnya suka sangat layan drama Melayu. Suruh layan drama Korea tak nak". Najwa pantas membela diri. Biarpun Najwa gadis Melayu tulin namun dia sering mengagung- agungkan bangsa Korea.

Perbualan mereka terhenti di situ. Masing- masing kembali asyik menikmati makanan mereka. Bak kata Najwa "rezeki jangan ditolak, maut jangan di cari".


Related Articles

0 comments:

Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images