Monday, October 20, 2014

Star beri cinta bab 3

Bab 3 Dunia Baru

" TUK, TUK, TUK. Assalamualaikum mama" Zikri memberi Salam.

Zikri bersuara lagi " Mama, bubbly boo mama dah balik. Pengarang jantung mama ni rindu mama. Jepun sejuk gila ma". Zikri sering menyindir mamanya kerana sifat mamanya yang suka melayan abang nya seperti anak kecil.

Zain terdengar suara Zikri dan segera membuka pintu. " Weii bro, awalnya Lu balik". Kata- kata Zikri mengejutkan Zain.

" well wa saja nak surprise semua orang. Lu muka makin buruk. Pipi berkedut doh. Kalah papa weyh" Zain dan Zikri sering berpewatakan seperti rakan baik biarpun mereka sebenarnya adik beradik. Biarpun jarak usia mereka 2 tahun tetapi kelakuan mereka seperti rakan sebaya.

Zain sering membahasakan dirinya gua Lu apabila bercakap dengan adiknya. Mereka memang adik beradik namun mereka selesa menggunakan bahasa yang kasar.

"Cehhh, wa ingat lu balik bawak Ayumi Hamasaki jadi kakak ipar. Lu bawak body je." Zikri mengutuk abang nya sambil memuncungkan muka.

Zain pantas menarik koler kemeja Fred Perry nya dan menjawab "Bitch! gua bukan macam lu, awek keliling pinggang. Gua lelaki bukan jantan." Zain megherdik Zikri tanpa memperdulikan perasaanya. 

"Lu macam mana nak ada awek, kawan pon tak ada. Nampak gayanya aku khawin dululah dengan Kilafairy. In your face mummy's boy. Alah alah my bubbly boo". Zikri terus menyakat abangnya. Dia berasa puas bila melihat abangnya bingung dah tak tentu arah.

Puan Sri Kirana tiba- tiba datang dari arah tangga. Zain dan Zikri merasa sungguh terkejut. "Mama solat tadi. Balik jugak anak mama sekor ni". Suara Puan Sri kedengaran girang.

Seminggu telah pun berlalu setelah Zain pulang dari Jepun. Zain banyak menghabiskan masanya di rumah. Sejak dari kecil Zain memang tidak pernah keluar rumah jika tiada kepentingan. 
Suatu hari Tan Sri Zainuddin tiba- tiba datang menegur Zain. " Zain tak pergi mana- mana? Tak keluar dengan kawan? Kenalah belajar begaul. Nanti nak ambik alih syarikat papa kan? Kena jumpa banyak orang" 

"Papa whatever for nak ada kawan. I've got you, mama and Zikri. It's more then enough" Zayn menjawab kata- kata papanya. 

Tan Sri Zainuddin sangat tidak puas hati dengan jawapan anaknya. Dia dengan segera membalas "haih budak ni, makin besar makin ikut perangai mamanya. Buang beras cakap dengan kau ni. Nasib la aku ni suami mithali. Sayang selalu kat omak kau".

Related Articles

0 comments:

Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images