Sunday, January 30, 2011

KLIA selepas 10 tahun

Salam PEMblogger sekalian. Siapa yang baca tittle mesti ingat aku pergi bercuti ke apa kan? Haiz manalah nak pegi bercuti minggu tahun baru cina ni kan?Sekarang ni dahlah tengah miskin. Ok, sebenarnya memang mood sekarang ni nak pergi bercuti, lupakan masalah di Kuala Lumpur. Tapi sayang cuti seminggu duduk rumah siapkan assigment. Haha, aku tau bila aku kata aku nak siapkan assingment awal-awal semua mesti gelak besar. Ok no more last minutes work ok. Sebenarnya pergi KLIA bukan pergi bercuti, bukan hantar orang bercuti. Menjejakan kaki ke KLIA hanya untuk menghantar bibik pulang ke Surabaya. Gahh, nak cerita pon rasa sebak. Mana tak sebak dah 10 tahun bersama dia di Malaysia. Dah 10 tahun berkongsi suka dan duka. Dari umur comel-comel sampai dah besar gajah pun masih jumpa dia. Walaupun pada tahun 2005 *masa aku masuk sekolah menengah* dia kerja rumah nenek tapi still tiap-tiap minggu jumpa dia. Aku dan dia dah macam keluarga. Hari ini bila tiba masa dia balik masing-masing muka tak rela lepaskan dia pergi. Dia kata mungkin akan balik selamanya atau mungkin akan kembali ke Malaysia tahun hadapan. Ok sini aku bagi gambar. Sorry gambar bibik yang aku anggap keluarga tak ada. Tak sempat ambik. Dah tu semua sibuk berdrama hindustan, mana sempat nak bergambar.



Sibuk- sibuk nak ambik gambar pakai camera kualiti Blackberry


Jakun nampak kapal terbang. Saya nak cuti!


Gambar tanpa motif.


Teruja nampak beruang hijau yang comel


Geram nampak kedai cokelat dan rasa nak pergi.


Jakun nampak lolipop besar.


Muka sengal tak habis-habis


Naik Bas Rapid pon tak pernah. Sedih :(


Saja suka-suka.

Dah ni je sempat snap. Malas tangkap gambar banyak sebab kualiti camera pon kualiti handphone je. Nanti bila dah beli DSLR kita tangkap gambar penuh memori. Ok tadi masa mak cik balik muka semua tahan sebak. Muka aku macam tettt. Sampai time peluk cium semua menangis macam babak drama cerita hindustan. Aku mula-mula agak control tak nak nangis tiba-tiba masa sesi peluk cium mak cik aku nangis bagai nak gila. Pelik sungguh aku hari ni. Ok ni baru berpisah dengan bibik belum lagi berpisah dengan mak abah. Masa tu tak terbayang apa jadi *sure banjir sekampung*. Aku harap satu je, tahun depan aku harap dapat jumpa mak cik lagi. Nak lepas rindu. Ok, lepas dah puas lepak dekat airport, dah dapat beli cokelat kesukaan pergi Putrajaya pulak. Sempatlah masuk Alamanda kejap. Sumpah Alamanda memang boring. Dengan orang ramai nya. Haizzz, boring sungguh la. Ok Malam ni dinneh makan Sabaa restaurant. Makanan arab memang gila terbaik lah. tu yang sampai 3 kali makan sana tu. heh. Bila nampak nasi beriyani dia yang kenyang pon boleh jadi lapar. Yang lapar boleh jadi bertambah lapar.

Ok, dah menguap dah ni. Nak pargi tido. Saya tau post hari ni agak emo macam orang baru putus cinta. Nanti saya tulis lagi. Saya janji. To all my chinese friend Gong Xi Fa Cai. Utuk yang lain happy holiday.

Related Articles

0 comments:

Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images