Saturday, January 1, 2011

Two thousand eleven

Assalamualaikum ibu ibu, bapak bapak, adik adik, kakak kakak dan semuanya. Salam tahun baru ye semua. Hari ini tarikhnya 1.1.11. fulamak, indah teramat sangat tarikh tu. Dah jadi tarikh kesukaan dah. Nak mula bahagian mana pon dah tak tahu. ahh 2010 banyak moment membahagiakan dan banyak jugak moment yang menyayat hati. dah dah dua ribu sepuluh dah pegi jauh dah. Biarkan moment yang membahagiakan tu dikenang- kenangkan. Sampai bila-bila kita kenang. Bagi moment yang menyayat hati tu kita buang jauh-jauh (tak payah kutip lagi dah). Buang yang keruh ambik yang jernih -____-!

opps terlebeh sudah! Kite balik pada situasi malam tahun baru. Saya hidup masih sama. Makan kenyang, mandi basah, tido lena. Macam biasa lah kita, malam tahun baru kawan kawan sibuk melalak, memekik, menyanyi sumbang kita rai dengan keluarga tercinta kita. Dah lah malam tadi nampak jalan bersesak-sesak segala. Lagi- lagi dekat The Curve beribu manusia sambut tahun baru! Masa konsert tahun baru semua semangat. Kita ni pandang jelah dari jauh. Orang sibuk konsert curve lah, Mizz Nina lah, Colby Ol Donis lah, Pavi lah, karaokey lah. Macam-macam bunyik malam tadi. Gempak sangat malam tahun baru tahun ni. Akan saya ingat sampai bila bila bila bila bila. Banyaknya bila. Itulah jadinya kalau hyper teramat sangat. Malam tadi pon sempat lah jugak kita melihat mercun, Firework berwarna-warni. Ingat semalam kita je jakun tapi tengok tengok beratus lagi manusia jakun campur annoying. Apa tak nya, semua umur dah besar gajah tapi menjerit, mememkik semua lebih lebih nya yang besar- besar tu. Siap bawak snow spray berbotol-botol lagi. konsert tak pergi pon gempak jugak tahun baru kita. Yang kecoh-kecoh dapat pegi konsert tu tunggu next year kita pulak kecoh-kecoh kat korang. skemanya ayat kan kan kan? Balik rumah on facebbok pakai blackberry sendiri nampak macam-macam status facebook keluar. Status tahun baru semuanya. ok tak nak lah saya post status diorang di belog saya ni. Karang tak pasal-pasal saya dipanggil stalker dan anoyying pulak.

Status tahun baru sendiri di facebook. kita kan dah maju!


Dah dah cukup pasal malam tahun baru -_________-

Pagi tahun baru sangat sangat dashyat. Saya terjaga dari mimpi tengok jam di Blackberry saya menunjukkan sudah pukul 10.00. Paling dasyat lepas tengok Blackberry kesayangan tutup mata balik kita. Tutup mata sampailah sepuluh setengan. Lepas dah bangun, termenung, menggeliat semua bersiram hampir satu jam. Kalau boleh nak lagi lama. Kalau mandi lebih lama siaplah selepas beberapa minit adalah yang memekik dari atas, bawah, tepi, kanan, kiri. Tu baru cerita bab mandi belum lagi cerita bab bersiap berjam-jam bagai puteri raja. Dah dah tak nak mengarut lagi dah. kata ada azam baru. Mengarut, merepek semua tu benda lama. dah jadi sejarah dah pon.


Memandangkan semua sudah tulis, cerita kenapa tidak saya jugak kongsi bersama. Saya pon ada azam tajun baru lah weyh. Ingat kau je ke ada azam tahun baru! Mula dah kepoyoaan saya. haha. Banyak sangat nak mintak. Banyak teramat sangat ni. Kalau tulis boleh jadi karangan 7 perenggan. hehe. Serba sedikit azam saya.

- Menjadi saya yang baru (New year, new me). Tak nak dah malas- malas, jahat-jahat, nakal-nakal. Tahun ni nak jadi yang baik baik sahaja. Insyallah.T

-Tengok result semester 2 saya. jantung dah dup dap dup dap dah. Semoga selamat semuanya. Nak result yang elok-elok je. Kalau result gempak pon lagi bagus.

-Buat yang terbaik untuk semester baru ni. Dah semester 3 dah saya. Nak buat assigment bukan last minutes. siap cepat hantar cepat. Nak result exam yang gempak je. Nak pensyarah beri komen baik saja dekat anak murid dia yang kecik ni.

- Tahun ni nak perbanyakan amal ibadat tu. Yang lepas lepas tu ambik ikhtibar. Insyaallah. Amin..

Sudah. Got to end my post now. Tangan dah lenguh-lenguh dah menaip benda lah ni. nanti kita tulis lagi.

Eh korang Selamat Tahun Baru! Happy New Year. Sealamat bergembira!

Related Articles

0 comments:

Powered by Blogger.

Pages

Flickr Images